Sebuah Ilusi Optik

Kawan aku

Dedulu kala.... Kwn aku. Grad pn x lg. Alih2 tepon aku, nk kawin.
Setaun sblm tu... Kwn aku tu. Grad x lg jgk. Die tepon aku, nk bertunang.
Lama sblm setaun tu... Kwn aku tu lg. Grad mmg of course x lg sbb die baru masuk U. Die tepon aku, die beli kete. Cash!!
Beberapa lama lama sblm setaun tu... Lagi2 kwn tu. Grad jauh sekali sbb baru pas SPM. Die tepon aku, die dpt pegi Jepun.
Slalu2 mase blk Mesia... Kwn aku tu lg skali. Die slalu tepon aku. Aku jumpe die. Die msti beli mcm2. Ipod, Laptop, Henset. Sume Cash. macam2 die beli. Aku melopong tgk.
Baru2 ni... kwn aku tu. Die tk grad gak lg. Die tepon aku. Dh blk Mesia. Die dh dpt anak.
Baru2 kepada baru ni... kwn aku tu jugak. Die tepon aku lg. Nk g Jepun smbng blaja lg. Grad dlu blm lg.

Dlm otak aku ada satu benda je bermain2- byknye duit ko wahai kwn... ko still blaja. Bley beli kete cash, beli benda elektronik mcm2, bertunang, kawin, ada anak bini utk kene sara. Adakah ko sgt kaya???.. aku punyela tercari2 duit utk kawin ni. Mungkinkah org blaja kt oversea sgt kaya? Alahaii....

Kerja


-Ahad
6.30am, bgn, mandi, solat subuh, g kije. wat kije.
5.00pm, balik, makan nasik, solat, tdo.
-Isnin-Jumaat
(sama seperti di atas)
Itulah rutin wajib idup aku. Tambah2 skang ni kije lg byk. Bertimbun2. hampeh sgguh! Nk update blog pn tk sempat.. Kwn aku kate, tk bosan ke ko? Bosan dh tk jd satu isu dlm hidup aku ni. Perkataan tu dh sebati ngn aku.. tgk la. Mayb aku kene amik cuti. G holiday pn best gak kn? Kalaulah... huhuhu

Cikgu Suraya?

Taun 1999, aku kt skolah asrama penuh. Ptg2, ada waktu riadah. Tp aritu ujan. Lepak2 kt bilik kwn aku, bace mastika. Tajuk die ntah ape aku dh lupe. Tp yg aku tk mungkin lupe cte psl babyrina. Korang masih ingtkh die ni? Hahaha... Aku punyela semangat bace. Sblm ni ape pn tk tau psl perkembangan dunia cyber ni. Beginilah serba sikit info die "babyrina, salah seorang org melayu yg berani tampil bogel d internet dan mempunyai laman web sendiri".. Pastu heboh2 plak psl web melayu boleh. Gmbr2 daring n bogel sume ada..Gle btul. Tu dkt 10 taun dlu.

Taun 2008, aku terbaca psl cikgu suraya. Aku pn tk tau sape n takmo tau. Tp yg nyata, pasal pornografi ni gak. Uish!! Berani sgguh org melayu skang ni. Memula aku ingat cikgu suraya ni seorang guru yg ajar subjek2 cam Sains ke, Math ke. Hahahha... Hampeh sgguh. Tu tk masuk 3gpp sume lg.. hmm. Musykil2.

Ps: Harap2 dpt hits tinggi utk web aku kes tajuk ni. ;p .Peringatan dpd aku: Utk sesapa yg cari psl cikgu suraya kt internet tu, hentikanlah.. Membazir mase je. Tp klu korang nk cari gak, suke ati a.. aku dh nasihat. =)

(gambar hiasan, tiada kaitan dgn yg idup atau yg mati)

Dia II


Ptg yg hening itu. Aku kt ofis. Tiba2..Tet Tet.. Awek aku sms. "awk, tepon sy".
Aku pn dgn tk tau malunye.. Kol awek aku.
"nape", aku tanye.
"sy dh nak la", dia.
"tkleh sabar ke?",aku.
"tkleh... nak gak.. sy tk kire. ", die lg.
"Hmm.. Ptg kang blk ofis sy trus g jmpe awk", aku lak. Konpius aku bdk ni. Aku pn nk gak, tp bley g bersabar.





Maka ptg tu dtakdirkn setelah bertahun2, aku pn beli la hp baru. 5310 xpress music. Apa mcm? ada berani ka? Ktorang amik 2. Satu utk aku, satu utk awek aku.. hahaha. Ok gak a HP ni. Aku nk beli yg lg mahal, tk mampu lak. Ni je yg termampu.

Nih ade review skit psl HP ni. Bacela sdiri :
http://www.mobile88.com/mobilegallery/phonereview.asp?review=nokia_5310_xpressmusic&prodid=20679&cat=1&path=40,1&pg=review

Dia

2002.. Dia lahir. Comel, kecik je.. kakak aku kate die nak. Die amik. Bg nama Si Kuning. Sbb kakak kate warna die kuning. Yeke? tkde rupe kuning pn.. kate aku. Tu kt ekor die ada kaler kuning. Ceh...



2003.. Die bagus skali. Manja. Org soh itu, buat. Org soh ni pn buat. Kakak senyum. Gembira. Mudah kije die jadinye..



2006.. Kakak dh tkmo. kakak ade yg lg bagus. Mantap. Segak. Bergaya. Bley berkata2 dan bergurau senda... Suami die. Hehehe. Ceh.. yg buruk2 sume bg kt aku.. kate aku dlm hati.



2007.. Aku dh ade awek. Awek aku yg dlu tu kate. Sy pn ade mcm ni. Tp sy panggil die pinky. Hmm.. Aku kaget. Camne bley die ade gak. Tp aku diam je la.. Pinky lg comel. Die kate.. Huh.



2008.. Aku dh ade awek baru. Awek yg ade pinky tu tk sesuai utk aku. Awek baru pn ade. Tp die panggil nama lain. Nemo. Cam nama kartun la plak. Nemo awek aku ni mmg comel.. Walaupun awek aku lg comel. Hehehhe. Si kuning dh mcm hampeh. Skit2 menyusahkn aku. Skang bkn die yg wat kije. Tp aku.. Aku rase cam dh bosan. Mkn pn byk. Pastu nk kene wat penjagaan diri lg. Ubah itu ini itu ini.. Aku tensen. Tiap2 ari aku rase cm nk buang je die. Tp sian lak. Die dh buat hal... huhuhu.



Dia= seekor kancil EX850. Skang ni aku asyik pening pale. Minyak mkn byk dh. Even aku bwk slow. Seminggu at least RM40. Bg aku byk a. Sbb aku bwk dkt2 je area. Aritu g servis. Kene tukar timing belt, kene tukar bateri, kene tukar motor wiper. Aku rase klu calculate sume2 ade a dkt Rm500. Kopak aku... tensennye!!! Wahai kancil, klu aku ada duit byk.. aku dh lame tukar ngko. Adeiiii...


(Gambar ehsan en Wikipedia)

2 Years... again, an introduction

Hmm.. seems like 2 years has passed since my last entry. The longest ever. Maybe this is the introduction entry after the loooooong recess. hehhehe.
My last post is on Tuesday, July 18, 2006 and gush... as i'm writing this, the day is Wednesday, April 16 2008. 2 years is a long time.. Many things happened.. and most of the important part. I'm not single anymore. hehehhe.Just wanna try some writing in English. I'm not really good in English actually... But, i try my best. =)

Mayb after 2 years i've lost my killer ability to write. Well.. honestly speaking, blog and me is not a new things. I've gone through a lot of modification and variation in researching the prospect of blog. Then, i come out with the words, amazing and if you're the politician.. be aware. Cause, if you fail to use the cyber space (blog of course), you have higher possibility to loose in the election. (case study : PRU12)..

Recently, they all talk about blog. Mostly, after the election. Some sorts of "after terngantok baru terngadah" <--- correct me for the words terngantok? what the hell is it... i dunnow. ;p

Hmm.. actually, i don't want to make this blog as a politics blog. But, this is my blog. Who cares. Hahahha... that's all for today.

Siti oh Siti

Siti dah bersuara…akhirnye, Datuk K jugak yg die pilih. Seperti aku, ramai jejaka kt luar sana yg keciwa. Oh siti, tidak adakah jejaka yang lebih muda dari itu kt Malaya ni?? Tp. Apa2 pun itu pilihan siti, kite xleh nak cakap ape sebenarnye. Suka ati ko la Siti!!

Khabarnye, diorang memula kenal dalam taun 2004. Damn it!! kalaulah aku lebih awal dan lebih agresif dalam memenangi hati siti ntah2 aku yg ada kt sidang akhbar semalam. Hahaha. Pasti aku juga akan tersenyum puas dan bangga dan segala2 nye……….seperti insan bernama Datuk K, semalam.

GangBang (GAdis yaNG BANGang)

Semalam aku naik komuter. Kt sebelah aku ada sepasang kekasih dalam umur belasan tahun, yang kencing pun bercabang lagi. Tengah melakukan mukadimah zina. Bercumbu-cumbuan, pegang-pegangan, gesel-geselan, ramas-ramasan, cubit-cubitan, gentel-gentelan dan sebagainya. Maka, aku dengan selemah-lemah iman hanya menegur dr dalam hati. “Celaka punya budak”. Yang aku paling kesian kt gadis tu la. Muka takde la lawa sangat. Tapi ‘aset’ die ok gak. Haha. Pakai tudung nampak tetek. Hampeh… Aku terfikir, apekejadahnye ko bagi budak laki tu pegang2 ko?? Bukanke batal air semayang tu?? Aku tau la ‘aset’ ko besar, jgn la ko tunjuk2 lak!!! Kalau nak buat sangat pegi la tempat lain… dalam semak ke, dalam longkang ke, hotel murah kat chowket ke. Ini dalam komuter lak. Dahlah ni tempat awam. Ada kanak-kanak, remaja bawah umur, warga emas, OKU semua, pastu ada lak golongan yang macam aku ni. Muka hensem takde awek steady lagi. Kan ke gersang tu!! Haha

Lepas tu sampai kt satu stesen tu diorang turun… tetiba ada lak budak pompuan (budak darjah 6 / tingkatan 1 kot), 2 orang dok kt tepi aku dengan selambanye ( 2 org 1 kerusi). Gangbang punya budak! Pakai ala2 bebudak pompuan akhir zaman. Tergesa-gesa. Diorang gelak2 sakan. Pastu diorang siap kutuk2 mamat ntah mana ni. “Nasib baik kita lari tadi, kalau tak… ntah camne hah”. Kata budak sorang ni. “ ha’ah, mamat tu dahlah tak hensem, hitam, gemuk cam badak, ada hati nak ngorat orang!”.Kawan dia lak sambung pastu diorang gelak sama2. Aku yg tengah pandang luar cermin pun berpaling tengok kt diorang. Hek ele….. muka sorang tu cam tapai masam, tetek takde, ada jerawat lak tu. Sorang lagi muka hitam macam ntah ape, tetek pun baru nak tumbuh ada ati nak pakai ketat2. Bangang punye bebudak. Yang aku takleh terima skali, diorang kutuk mamat tu macam la diorang lawa sangat….hahaa. Mamat tu nak tekel korang pun dah kira untung tu…

Mentibang

Korang penah dengar pasal mentibang. Nama binatang. Tapi mentibang ni lain macam skit. Die nak bukak disko, pub, pusat2 hiburan sampai pukul 5 pagi. Supaya pelancong ada life malam. Pastu die nak suruh kerajaan turunkan cukai arak. Sebab pelancong komplen arak mahal kt M’sia Hadhari ni. Kalau la tetiba pelncong kata, Malaysia ni takde tempat nak berpelacuran, boleh ke kita sediakan satu tempat yang halal untuk itu?? Haha. Ape ko ingat pelancong datang sini nak benda tu semua ke?? Kalau macam tu baik diorang dok negara diorang je. Takpun gi Thailand ke! Ape ke bodoh sangat ko ni!! Sia2 je aku lantik ko jadi menteri. Takkan benda camni pun aku kena pikir!! Nantila, aku jadi PM nanti memang kalau ada spesis camni, aku dah letak kt zoo…Mentibang = menteri yg bang…

Posto

Lama aku tak post… aku sebenarnye sedang mengalami satu perubahan paradigma hidup. Satu manifestasi kehidupan yang bakal merubah perjalanan kehidupan aku…

Kekadang tu aku terfikir. Aku menulis ni untuk ape? Kebanggaan, untuk dipuji, untuk mendapat nama dan terkenal cam Usman Awang. Atau untuk sebuah karier. Haha yang ni aku rasa tak mungkin. Ataupun untuk peringatan mengenai hala tuju hidup yang singkat ni tentang ke mana kita dan dari mana asal-usul kita. Peringatan utk aku dan sesiapa yang membaca blog ni. Untuk dijadikan sebuah iktibar dan pedoman dalam hidup. Dan tak terkecuali, aku membuat sesuatu perkara untuk kepuasan diri…Itulah yang aku bagitau penemuramah masa di‘interview’ pasal kenapa aku nak jadi engineer!. Haha….. the worst interview so far! Insya-Allah. Satu masa nanti, korang akan menyesal sebab tak amik aku, seorang jurutera berbakat, kreatif, dinamik dan berwawasan. Seriously….

Projek JutaWang

Semalam aku tgk rancangan Usik-Usik kt Astro. Hos dia Chef Wan. Pastu ade tiga tetamu jemputan, Siti Norhaliza, Irfan Khairi dan Azlina. Aku rasa ini pasal orang yg berjaya jd jutawan. Siti semua org kenal mmg jutawan, Irfan lak aku penah baca pasal die jd jutawan masa umur awal 20-an lagi. Die mmg famous dlm komuniti internet ni sbb die kaya pun melalui internet. Die penah kuarkan buku “Rahsia Jutawan Internet”. Kaya die ni tp pakai selamba dek je. Azlina, ntah sapa tp aku rasa jutawan gak laa… Aku harap dlm masa setahun lg Chef Wan buat balik program ni dan panggil 4 org lak. Siti, Irfan, Azlina dan Aku. Hahahaha. Gelak panjang. Aku skang sedang mengusahakan satu projek yg boleh memberi pulangan lumayan kt aku. Aku namakan ia projek JutaWang.

P/S: Susah jugak nk buat bisness ni… Banyak lak benda kena buat!!!

Satu lagi terkeluar…

Ada tiga perkara yg mengingatkan aku pasal negara ni. 1)ayam, 2)durian dan 3)kawan aku masa skolah dulu, Safuan. Dok sebelah meja aku. Die mmg penyokong kuat pasukan ni masa World Cup 98 aritu. Abis meja, buku semua dia conteng ngan bendera pasukan. Masa tu aku tak berapa kenal lg pasukan ni. Tp, sejak aritu aku mula mendekati corak permainannya. Masa World Cup 98, pasukan ni kalah. Safuan kecewa yg amat. 8 taun kendian, World Cup 2006, skali lagi Belanda kalah 1-0 ngan Portugal. Tp, aku rasa Safuan x kecewa sgt sbb mutu pengadilan yg teruk!! Kalau dia masih sokong pasukan ni laa…

P/S: Aku dh lama giler lost contact ngan Safuan. Kali terakhir aku denga keje jd pramugara. Oit, Safuan kalu ko baca blog ni hubungi aku…Cray.

Kuda Liar

Aritu aku ada tengok satu cite kt TV2. Tajuknya ‘Wild Horse’. Memula aku ingat citer ni pasal kaedah penjagaan kuda yang betul, takpun kisah koboi yang ingin menyertai pertandingan lumba kuda peringkat daerah kt Texas nun. Rupanya aku silap… cite ni berkisar pasal kebimbangan sorang lelaki yg melihat umur die semakin bertambah dan kawan2 nya lak ramai yg mula berkahwin, sorang demi sorang. Last2 tinggal die sorang x kawin lagi padahal awek ramai sangkut kt die. Beliau berimaginasi bahawa sorang lelaki ni umpama kuda liar. Hidup bebas, berlari, lepak2, besenda gurau, berpacar-pacaran dengan sesapa pun waima bersenggama dgn sebarang kuda lain kecuali kuda jantan.

Namun, apabila berkahwin lelaki terikat dgn komitmen rumah tangga spt membeli barang2 dapur, barang2 perhiasan zhulian bini, topup henset, bayar bil astro, elektrik,air, tu tak masuk bil streamix lg, beli susu anak, mana nk cekau duit buat bayar loan keta satria neo, rumah banglo 2 tingkat 4 bilik tidur 2 jamban, buat bayar minyak keta, kena gi pusing satu shah alam nak cari gula x jumpa, nak beli tudung ala-ala ‘Bienda’ utk bini supaya sentiasa kelihatan anggun, nk beli set perawatan sendayu tinggi dan sebagainya. Ini umpama kuda liar yang diikat dan ditambat. Tidak mampu bergerak bebas. Malahan komitmen lak yg banyak.

Aku pun rasa cam gitu gak skang ni. Kawan2 aku yg slalu lepak dulu ramai yg dh kawin xpun paling koman pun bertunang xpun paling cikai lg ada awek mengaku tunang. Aku lak masih seperti biasa...aku masih muda apa?? Haha. Terbaru aku tengok kt frenster kawan aku nama Fathi telah pun bergelar suami. Slamat kawin utk ko Fathi!!

p/s: Akhirnye lelaki dlm cite tu kawin gak… dgn awek die yg terbaru. Dia jumpa kebetulan. Fate maybe. Kuda liar itu berjaya jugak dijinakkan….

Kawe-Kawe

Tiba-tiba 2-3 ari ni aku jumpa ramai kawan2. Dulu dan skang.

Ari Jumaat aku g umah Wan. Wan kawan sekolah menengah aku membawak ke UK. Gi sama-sama ngan aku. Tp die abis awal setahun dr aku. So, sementelah aku balik ni. Aku g umah die sbb aku bajet die dh keje. Rupa2 nye buat bisnes budak ni. Byk gak income die sebulan. Perut pun makin membulat. Wan dulu kurang mementingkan nilai2 ketimuran dan lagi satu die ni jarang buat satu kewajipan yg penting bg org Islam. Tp, skang aku tengok die dh berubah. Dh insaf gamaknya Wan ni. Cakap pun sopan la skit. Ada diplomasi cam orang bisnes. Masa makan kt kedai tetiba nampak dua org, satu tinggi satu kurang skit. Rupanya Shah ngan Ajid. Membe aku masa kt skolah dulu gak. Tp, Shah lg lama sbb dia old skool punya orang. Masa zaman skolah rendah lg. Umah pun dekat je ngan umah aku. Rancak la kitorang berbual. Tp satu aku tengok. Semua dh bermisai, berjambang. Dh tua2 rupanya kawan2 aku ni termasuklah aku. Hehe.

Ari Sabtu, Li (kwn satu school ngan aku kt UK) ajak kuar bincang pasal bisnes juta2. Sedang kitorang rancak susun strategi bisnes tetiba nampak 3-4 orang dtg. Pastu salam2 duduk skali ngan kitorang. Rupa2 nya kwn Li. Yang aku kenal Zul, Anne ngan Mi aje. Tp, aku terkejut sbb Anne pun ada kt sini gak. “Anne macamana ko ada kt sini hah? Bukan ko dok kt KL ?”. “Zul ajak aku datang”. Kecik je dunia ni, kekadang kwn yang kite kenal merupakan kawan kepada kawan kita yg satu lagi…

Ari Ahad. Aku saje je anta msg kt Zain. Dia pun skali ngn aku kt UK gak tp die amik mechanical engineering. Aku slalu g lepak bilik die. Pastu kekadang g jenjalan keliling kawasan Banshire tu ngan Sukri, Ayie, Ajib. Banyak la kenangan kitorang kt situ. Tetiba je die kt dh ade kt umah ayah die. Dekat je ngan umah aku. Alang2 die ajak aku kuar. Pastu bual2 kosong pasal sapa yg dh dapat keje, sapa yg dh kawin, bertunang semua skali. Dia pun dh dapat keje. Kat Cyberjaya nun.

P/s: Rupa2nya ramai gak aku berkawan….

Mereka yang tertewas!

Masa aku pilih pasukan yg aku bajet boleh masuk separuh akhir, aku tahu mesti ada yg akan mengecewakan aku. Semalam Rep. Czech kalah ngan Italy 2-0. Ini kali ke 3 diorang kecewakan aku. Kali pertama tahun 1996, masa tu Euro 96. Aku baru kenal pasukan Rep. Czech melalui kawan aku. Tp, aku boleh tolerate lg mase tu sbb at least diorang kalah kt final.
Kali kedua masa Euro 2004. Diorang kalah ngan Greece, pasukan tak ternama langsung masa tu. Masuk pun atas tiket 'wild card', ganti negara lain. Aparaa lu ni Rep. Czech!! Main turun naik...cam pasukan malaysia gak!Err,aku silap sebenarnye. Pasukan Malaysia main asyik turun je ranking tak penah nye naik. Harap maklum.

P/s: Aku harap Pevel nedved membaca blog ini lalu menghadiahkan aku jersi, takpun kasut bola. Memandangkan aku antara penyokong tegar pasukan beliau. Aku harap laa!

World Cup

Masa tu aku darjah 1. Aku x tahu ape kebenda yang berlaku. Yang aku tahu, aku kena kumpul penutup botol yang ada lambang orang sepak bola. Lagi satu kumpul pelekat semua negara lepas tu tampal kt buku. Beli kt kedai dekat umah aku. Tp sering kali aku dapat pelekat negara sama. "Hampeh", getus hatiku. Adakah aku telah ditipu!! Tp lepas tu aku g beli lagisebab hadiahnye lumayan. Hehe. Tapi itu tahun 1990 dulu. Aku masih budak hingusan lagi.

Tahun 1994, USA- pun aku tak amik pot apa yang diorang buat. Tapi strategi diorang tetap sama buat peraduan tampal2 pelekat. Sekali lagi aku g beli. Dan hasilnye tetap sama. Penuh umah aku ngan pelekat negara2 bertanding. "Hampeh", kata hatiku mengulang ayat 4 taun lepas lalu berlalu ke kedai Kak Nah, pegi beli sekali lagi... Beberapa minggu kendian, keluar paper Brazil menang World Cup.

Tahun 1998, France- aku dah belajar subjek sejarah dan kenal semua negara bertanding. Aku juga belajar matematik moden dan sudah mampu utk bet dgn kengkawan negara yg akan menang... Aku sokong Argentina dgn penyerang sensasinya Gabriel Batistuta serta tak lupa Belanda, jaguh yg tak penah menang world cup. Argentina kalah ngan Belanda . Ok lagi. Tp, Belanda lak kalah lepas tu. Aku keciwa. Skali lg aku tukar kepada team Brazil lak dgn harapan akan membuahkan hasil. Last2 Brazil 0 - Perancis 3... tahun itu, aku rugi banyak. haha!

2002 Jepun,Korea- pertama kali dlm sejarah World cup buat kt 2 negara. Aku tak ketinggalan tengok. Still, aku masih menyokong Argentina, Brazil dan England. Aku anggap ketiga2 nie ade peluang sama rata. Tapi hasilnye mengecewakan aku. Argentina awal2 lagi dh bungkus. England pun sama gak lepas 2-3 step.... Nasib baik Brazil menyelamatkan maruah aku yang tercalar 4 tahun lepas.

2006, Germany - Sementelah aku masih menganggur ni, aku rajin tengok setiap perlawanan sambil membuat ulasan dan catitan yang berpatutan uk dipergunakan dlm CM06 nanti... haha! Aku bajet 4 negara ni ade peluang masuk semifinal, lps tu menang piala dunia. Argentina, Brazil, Rep. Czech ngn Belanda. Aku kalau main PS2 slalu amik pasukan2 ni. Slalu menang je... tak tau lak aku kali ni. Argentina main ok, passing cantik, orang kata semangat membunuh tu ade. Brazil stakat ni main hampeh, tp still awal lg nak nilai sebab diorang ade pemain berbakat cam ronaldinho, kaka, ronaldo dan ramai lg. Rep. Czech lak main Ok tp ramai cedera cam Koller, milan baros tu yg jd masalah tu. Diorang bley main ngn tempo laju pastu passing lak tepat. Belanda aku anggap satu skuad yang mampu bertahan dan menyerang. Diorang main cantik gile tp satu je masalah diorang dr segi persefahaman dan perhubungan antara pemain, slalu je ade masalah. Tapi masih awal untuk dperkatakan. Tengok le nanti...

p/s : Itu pandangan peribadi aku, kalu sesiapa tak setuju suka ati korang le...

Aku, Printer dan Awek Cun

Itu yang ketiga aku beli..err, maksud aku kakak aku yg belikan. Yg first versi dot matrix zaman dulu puny (era sebelum Pak lah). Masih OK tp kelajuan die...laju sikit dr siput. Bayangkan kalu ko nak print tesis yang beratus2 helai tu!Lepas tu Canon S200SP. Banyak gak berjasa. TP. die punye kartrij utk print dh rosak, kalu nk tukar kena dlm RM 100. Haramjadah..Baik beli yg baru. Last2 yg ni!Laju, berkualiti, gmbr jelas tip top, boleh scan lps tu simpan.. or scan lepas tu print terus cam mesin fotostat. Puas ati guna tp dakwat mahal nk mampus xleh refill. (baru-baru ni je aku tau boleh refill gak..hampeh). Jenama HP. Yg ni aku tak recommend utk adik2 sekolah ke, kt universiti ke sbb dakwat mahal, harge die pun mahal. Mampus lako nk beli dakwat! Rosak kena kilat. Err, adeke? aku x tau lak.

Then, Aku g anta kedai. Mase aku anta aku ade bwk gak die nye power cable tp aku saje x bg sbb aku bajet die dh ade. Then mase aku dh balik sampai umah, mak aku ckp org kedai tu telefon suh g anta cable tu. Hampeh!! Rupenye.. kedai ni pun sama gak. Nasib baiklah kt kedai tu ade sorang awek cun-gile-nk-mampus. Die dok jaga kaunter ngn layan pelanggan. Bagus betul strategi kedai ni. Terkasima aku kejap. Aku lalu hulur kt awek tu dgn penuh sopan dan die amik sambilmenguntum sebuah senyuman yg amat menawan.
Esoknye kedai tu telefon, die ckp xleh buat, kena anta g HP gak. Aku lalu terus g kedai tu nk amik printer tu balik. Dan awek cun tu masih di situ. Terus aku control kemachoan aku hingga tahap maksima. Seraya menegur beliau dgn nada paling menggoda. "Berapa kena bayar ni?". Lalu beliau berkataRM25 je bang!. "Celaka. mahal nk mampus! bukan buat ape pun. Bukak printer pastu tengok dlm je. Tu, aku pun boleh buat!!". Err, tu aku kata dlm hati je. Sambil menghulur RM25 tanpa banyak soal.

Moral of the story- Letak awek cun giler kt kaunter sykt ko dgn senyuman paling menggoda. hahaha...
p/s : aku dh beli printer baru jenama Canon (lagi) ip1600. Bentuk menggiurkan , harga boleh tahan tp prestasi belum teruji.

Blog yg Hilang

Adakah aku sudah terlalu tua? Atau adakah neuron2 untuk mengingat aku sudah hilang dengan cepat? aku pun tak tau... tp 2 ari lepas aku baru je create satu blog utk ganti blog ni. tetiba aku lupa lak password. Sbb password aku memacam dan x sama antara satu ngan yg lain ( so, bg sapa2 yg dpt password aku tu utk satu benda jgn harap boleh bukak benda lain lak!).... Tajuk blog tu agak jiwang "Diari Seorang Lelaki". Ari ni aku try bukak guna Blogger, last2 dpt bukak blog ni lak. Bagus gak!! Kt bwh ni post pertama aku utk blog tu ( nampaknye terpaksa berkubur- sbb aku ingat nk teruskan dgn yang ni)

Bismillahirrahmanirrahim. Akhirnya........ sebuah blog berjaya dibuka oleh aku!! Sebenarnye ini blog aku yang kedua. Yang pertama tu aku dah tak ingat apekejadah namenye. Adela dalam 1-2 taun lepas. Tp sebab aku takde mase nk update.. blog tu berkubur tanpa nisan. Aku harap yang ni dapat bertahan lama.Diari seorang Lelaki. Apa signifikannya untuk blog ni? takde langsung... Mase aku nak sign up. kena letak name blog. Aku lak blur kejap. Tak tau nak taruk ape. Last2 aku amik tajuk lagu "Pretty Ugly" ni. Boley tahan gak le. Slalu kuar kt radio ntah ape tu yang slalu kate die radio no. 1 kt Mesia ni... Tp, aku harap korang yang search kt yahoo ke, google ke pasal lagu tu and jumpe blog aku ni tak marah kt aku. haha!Untuk tidak menghampakan sesiape yg search pasal lagu tu... kt bwh ni lirik "diari seorang lelaki" by prety ugly.

Dari semalam ku tunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Ku dengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita
Ku mainkan cd berulang
Lupakan segala ucapan
Perpisahan yang kau pinta

C/O :Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
Belikan aku diari ku tulis setiap hari

Terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu setahun ku hilang arah
Ku tempahkan tiket sehala malam ini kitakan bertemu
Tunggu di bawah lampu

Bridge :Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa
Bergaduh, selisih buat kita sempurna
Janganlah dipendam luahkan perasaan
Tiada benci, iri hati itulah destinasi

p/s: pretty ugly adalah salah satu band kt malaysia ni yg aku suka selain dari Butterfingers dan otai rock cam search, wings dan lain2 (sorry: boy band aku tak layan). Suara penyanyi dia ada ala-ala macho rock dan muzik die lak lain dr yang lain. orang kt husky. Boley layan la...

Penulisan blog dr sudut sains

Penulisan memerlukan satu perahan otak yg jitu dan mapan untuk menarik minat membaca orang lain. Sebab itulah post kedua dan yang pertama aku ni terlalu jauh jarak waktunya...hampir setahun. Aku rase ni yg palig lama kt Malaysia!! Aku memerlukan waktu utk mengkaji pola membaca pengguna, subjek kesukaan, cara penggunaan internet, waktu yg afdal untuk menulis dan sebagainya.

Mengikut Prof. Dr. Cray dr Universitas Of Bloggos (2006) - "statistik menunjukkan pola penulisan berunsur porno disukai oleh ramai orang malah akan lebih mendapat perhatian jika ada diselitkan gambar2 sekali. Ia akanmeningkatkan rating blog tersebut malahan akan sentiasa diikuti oleh berjuta-juta peminat"
.... tp aku taklah sampai ke tahap penulisan berunsur itu. haha!

p/s : sebenarnye aku dh lupa password utk blog ni!! xleh masuk bertahun lamanye. Tp tetiba je ingat balik.

ahlan wasahlan........

Assalamualaikum........

Pepatah cina ada mengatakan perjalanan sejauh seribu batu bermula dengan langkah yg pertama. Aku adalah pembaca blog.... aku suka membaca kisah hidup orang lain. Teringat semasa aku kat skolah asrama dulu... setiap org diwajibkan mempunyai sebuah buku journal ( macam diari) untuk matapelajaran BI. So, nak dijadikan cerita pelajar perempuan slalu tertinggal journal diorang kt dalam kelas.... maka, aku ngan kengkawan slalulah berkongsi membaca citer diorang. Kekadang tuh aku rase nk tergelak gak. Kat sini aku nak mintak maaf bebnyak kat sesape yang aku penah bace journal die tanpa kebenaran. Tp, dari pembacaan tulah aku mengenali bebudak pompuan ngan lebih baik dan dari situ aku mengetahui ade sorang budak pompuan tuh minat kt aku dan........... hehehe. (nanti lain kali aku citer). Sesekali teringin gak aku menulis kisah idup aku kat sini untuk dikongsi bersama.. Sebagai seorang pembaca, aku tak pasti yang aku dapat menulis blog dengan baik sebaik orang lain..