Seorang pembayar cukai menelefon
LHDN di
Terengganu dan meminta borang B. Kerani
LHDN yang menjawab telefon meminta alamat untuk menghantar borang tersebut.
Kerani LHDN : "Boleh bagi alamat encik?"
Pembayar Cukai : "Hantar ke Ranhill Worley."
Kerani LHDN : "Ranhill... eja macam mana?"
Pembayar Cukai : "R.. for Rumah... A for Ayam.. N for Nangka... H for Holland .. I for itik... L for lain-lain...." (Mengeja)
Kerani LHDN : "Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu"
Selepas beberapa minggu....
Kawan aku, Man (bukan nama sebenar). Seorang yang berpendidikan tinggi dan berjawatan profesional. Kami bertemu di kafe dan makan-makan. Kami bertiga. Aku, Man dan sorang lagi kawan aku.
"Cray, betul ke fatwa majlis kebangsaan Malaysia keluarkan yang kita tidak boleh bernikah dengan orang sekampung?", dia.
"Ha?, aku tak pernah dengar plak", Aku.
"Btul.. aku ada baca haritu.", dia
"Apa dalil dia?", kawan aku yang makan sekali menyampuk
"Kita tidak boleh kahwin dengan orang sekampung. Gila engkau. Satu kampung nak kahwin dengan engkau. Ada berapa ratus orang tu! Sorang cukuplah.", kata dia lagi.
Man dilaporkan sedang koma di hospital selepas kejadian itu.
Aku tiba-tiba rasa bosan hari ini. Lalu menggodek-godek blogspot dan menggatal-gatal tangan aku. Mengubah itu ini. Nampak sangat aku takde kerja. Haha. Sedang-sedang aku meng'surf' internet, terjumpalah satu artikel. Berkenaan fakta-fakta menarik mengenai binatang. Jom kita layaaan...
1. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.
-Kuat gila. Kalah Sazali samad.
2. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.
- Err.. Ikut kiri jika tidak memotong.
3. Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.
- Inikah yang dinamakan mati katak? Mati disebabkan oleh racun katak. ;p
4. Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.
- Hmm.. Patutlah madu mahal.
5. Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.
- Kagum aku. Tak payah buat spek segiempat cam trend budak-budak skang ni. Pakai anak mata je.
6. Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.
- Buat sup sedap ni.
7. Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.
- Err.. No komen. =)
8. Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.
- Tingkap rosak tak? Bolehla aku jadi pembekal tingkap.
9. Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.
- "makan tengkuk ayam nanti bersanding kepala teleng", Jalil Hamid
10. Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.
- 21 inci?? ni bukan stakat cuci telinga, boleh buat sikat rambut skali. Hoho.
Sekian sahaja dari saya. Kita jumpa lagi.

Rumah aku bukan jenis di atas tanah. Yang mana bila engkau keluar sahaja rumah, sudah jejak ke tanah..Tidak. Rumah aku tidak berada di atas langit sepertimana kerajaan langit ayah pin. Rumah aku jenis yang bernama apartment. Sudahlah namanya apartment tingkat atas sekali, mengadap tasik pulak lagi. Petang-petang angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sambil makan goreng pisang dengan air teh, sambil melayan angin bertiup. Fuh, sempoi sungguh.
Waima demikian, kesempoian rumah aku telah menarik ramai pelawat. Ya, pelawat dari kalangan binatang. Sejenis burung yang apakejadah namanya. Akan duduk bertenggek berdekatan aircond di balkoni rumah. Pada waktu yang aku sendiri tak pasti bila dia datang. Sedar-sedar, berciciran tahi di balkoni. Sudahnya, menjadi tugas aku untuk mencuci balkoni. Hari minggu lepas, aku baru cuci. Dua hari kemudian, datang berak lagi. Aku jadi geram. Kalau aku biarkan, mahu boleh jual buat baja. Tahi diorang ni. Tapi sebagai seorang kacak yang mementingkan kebersihan, aku kene bersihkan jugak.
Kadang-kadang, aku mengintai dari tirai (kamar?), melihat-lihat takut ada burung yang datang. Tapi langsung takde. Licik jugak diorang ni. Ntah bila diorang merangka strategi untuk berak di balkoni rumah aku pun tak tahu. Sekelip mata je diorang berak. Keji sungguh. Takde warning langsung.
Balkoni yang kotor sungguh amat memualkan untuk dilihat. Jijik. Apalagi untuk bersantai di balkoni tersebut sambil menghirup udara segar. Untuk menjemur kain juga amat susah. Dibuatnya burung terberak atas baju ngan seluar aku. Naya jugak.
So, di kesempatan ini. Pada sesiapa yang terbaca entri ini. Aku ingin meminta jasa baik kamu-kamu semua (ramai ke yang baca blog ni? :p ...ceh!) Adakah apa-apa kaedah/tips/petua untuk aku menghalau burung-burung tersebut???
(gambar ehsan tempua.com)
Cuaca sejuk sungguh skang ni. Hujan lebat mencurah-curah. Nak-nak time malam. Pekena dok dalam selimut. Peh! Sampai ke pagi tidur... Err, dah pukul 9 ke ni? Aku tak gi keje ke?
"Nah, ambil ni", Ujarnya kepada aku sambil menghulurkan duit Rm1.
Aku menolak dan meletakkan kembali di atas meja.
"Kenapa taknak ambil? Makcik bagi ni, ambillah", katanya lagi seraya mengambil duit itu dan meletakkan dalam genggaman tangan aku. Aku diam. Dan ambil.
Aku. Ke KL bersama-sama ayah dan pakcik aku. Lalu ke rumah makcik itu. Umurnya mungkin dalam 30-an tika itu. Suaminya seorang askar. Mereka baru sahaja berpindah ke KL dari Sabah. Dan aku tidak mengambil duit itu kerana kasihan. Ya.. rumah mereka sangat kecil. Dengan anak-anak yang ramai. Pada usia yang muda, 7 tahun barangkali. Aku sudah ada sifat-sifat terpuji. Kasihankan orang. Selepas itu. Jika ke KL kami selalu ke rumah itu.
Barangkali, perkara yang aku sangat ingat tentang makcik itu selain kesengsaraan hidupnya bersama-sama suami ialah sambal belacan yang sedap. Sehinggakan , mak aku pernah meminta sedikit untuk dibawa pulang untuk aku.
Pagi semalam. Terima SMS dari mak aku. "Makcik sudah tiada".
Aku. Jadi malu dengan diri aku. Seumpama menjilat ludah sendiri. Di atas lantai. Dan ludah itu bercampur tahi ayam. Begitulah.
Sekarang baru aku mengetahui sesuatu. Manusia-manusia yang terdesak. Boleh jadi melakukan apa sahaja.
Kata orang, bercuti lama-lama membuatkan kita jadi malas untuk bekerja. Betul. Aku adalah salah satu contohnya. Aku terasa begitu malas. Kaku. Buntu. Malahan, meng'update' blog pun sudah tidak mahu. Pemalas kah aku?
p/s : akhirnya berjaya juga update blog. Aku sudah tidak malas nampaknya. Haha
Untuk semua. Selamat hari raya. Aku mahu bercuti.
Aku percaya. Dalam dunia yang fana ini, tak ramai yang mengaku kesalahan sendiri. Sebabnya. Mungkin malu. Mungkin segan. Mungkin juga ego. Ya, manusia penuh dengan sifat ego. Dan bongkak juga takabbur. Tidak terkecuali saya sendiri. Huh. :(
Aku. Walaupun tidak melakukan kesalahan sebagaimana dia. Terpanggil untuk meminta maaf. Bukankah saling bermaaf-maafan itu sifat yang terpuji? Dan aku teringat pada kata-kata Ustazah aku dulu "Sesekali, kita mesti beralah untuk menang".
Dulu-dulu. Aku sangat suka membaca. Hampir semua jenis buku aku baca. Sebut sahaja. Buku Panduan Solat, Buku Teks Kemahiran Hidup, Buku Hikayat Sang Kancil, Buku Kisah Pengembaraan 5 Bersaudara, Cara-Cara Berjimak (Opps!.. Cara-Cara Berjimat sebenarnya), Antologi Puisi, Kamus DwiBahasa (Ya, kamus pun aku baca) dan yang paling hardcore buku Panduan Telefon Telekom Malaysia. Dan tidak lupa. Aku juga rajin membaca Quran. Setiap hari diwajibkan pergi ke rumah tok guru. Mula-mula kerana terpaksa tapi lama kelamaan sudah jadi biasa. Kamu. Pasti kagum dengan aku. Sudahla kacak. Suka membaca pula. :p Hahaha.
Tapi. Itu dulu-dulu. Lamaaaaa dahulu.
Sekarang. Aku sangat kurang membaca. Kecuali surat khabar dan blog. Dan secara jujurnya. Al Quran juga sudah mula jarang-jarang baca. Walaupun kacak tapi jika jarang-jarang (sangat jarang?) membaca Quran adalah amat tidak bagus. Akan kelihatan tidak kacak juga. Pahala sudah berkurang. Sudahlah setiap hari membuat dosa. Sembahyang pun belum tentu diterima. Nasib baik aku sudah membayar zakat. Nanti-nanti besok jika sudah ketemu dengan-Nya apakah yang aku nak beritahu? "Saya tidak membaca Quran kerana saya sangat sibuk dengan urusan dunia walaupun setiap hari saya rajin membaca suratkhabar dan blog". Malunya aku kepada Tuhan.
Kata orang. Lelaki takkan mengaku kelemahan diri. Sebabnya? Ego.
Tapi hari ini. Di laman blog ini. Sebagai lelaki sejati. Aku tanpa segan silu mengaku kelemahan sendiri. Tanpa berdolak-dalik dan bersebab-sebab. Tak payah bersumpah laknat.
Baiklah. Aku mengaku yang aku tidak romantik. Cukup?
Soalan cepumas hari ini :
1- Kenapa awal bulan-bulan puasa ni orang secara automatik ramai je pergi surau/masjid?
2- Kenapa dekat-dekat tengah puasa ni orang dh berkurang kat surau/masjid tapi ramai kat shopping complex?
3- Kenapa dekat hujung-hujung puasa ni orang boleh bilang dengan jari dekat surau/masjid dan ramai plak lepak-lepak dekat rumah layan Cerekarama?
Thai stockbroker-Turned-Vendor "I'd rather be bankrupt than dead"Mungkin. Ini adalah perniagaan pertama aku. Bagaimana ia bermula adalah sangat mudah. Satu hari, semasa di kelas. Aku dipanggil seorang senior mengatakan ada seseorang ingin berjumpa.
Dan seseorang itu ialah seorang pakcik umur lingkungan 40-an. Datang membawa design baju untuk dijual. Menyuruh aku menjadi ejen di sekolah itu dan aku akan mendapat komisen dari setiap helai baju yang terjual. Amat mudah. Namun satu persoalan, bagaimana pakcik itu mengenali aku?... jawapannya ialah kawan aku di sebuah sekolah di Melaka yang mencadangkan nama aku. Aku teragak-agak. Meminta diri ke kelas lalu memberitahu perkara ini kepada seorang kawan aku, Azli (bukan nama sebenar). Azli agak berminat dan terus berjumpa pakcik itu.
Seterusnya. Aku dan Azli menjadi ejen jualan baju di sekolah itu. Kami adalah perintis dimana selepas itu, ada beberapa student turut menjual baju-baju self-design. Sambutan sangat menggalakkan. Duit kami banyak. Sangat banyak bagi pelajar sekolah seperti kami.
2 bulan berlalu. Duit sudah diserahkan kepada pakcik itu. Tapi baju masih belum kunjung tiba. Aku dan Azli jadi gelisah. Pakcik langsung gagal dihubungi.
Masuk bulan ke 4. Kami sedar yang kami telah ditipu. Perniagaan pertama aku menemui kegagalan. Aku sangat kecewa. Kawan-kawan mula bertanya tentang baju mereka. Dan ada yang meminta balik duit. Akhirnya aku terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri membayar duit baju kawan-kawan. Aku mendapat pengajaran yang sangat berguna mengenai perniagaan iaitu jangan mudah percaya kepada orang. Berlaku jujur dan jangan mudah berputus asa!
Dan adalah baik untuk kita renungkan kisah mengenai Sirivat Voravetvuthikun. Seorang jutawan hartanah dan pelaburan dari Thailand. Dulu dia hidup mewah dengan pelbagai perniagaan dan pelaburan. Beliau boleh dikatakan seorang yang sangat berjaya sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997. Dia telah disytiharkan bangkrup. Dia kerugian USD8.7 juta berserta aset seperti kondominium mewah dan tanah. Kereta-kereta mewah beliau turut ditarik. Akhirnya beliau terpaksa menjual sandwich yang dibuat oleh isteri dan 3 anaknya di kaki lima jalan untuk menyara hidup.
Dia pernah mengaku yang pada mulanya, dia amat malu dengan cara hidup barunya. Dia berkata ini umpama terbang tinggi 10 000 kaki ke udara dan akhirnya terpaksa duduk di atas tanah menjual sandwich di kaki lima. Tapi katanya, dia
lebih rela bankrupt daripada mati."It's not easy to do whatever we never did before, carrying a tray on the ground and sell sandwiches". "In the first week my sandwiches were not moving very quickly, but thanks to the media publicity, people begin to know me and the sandwiches soon statred selling. I feel better for myself", he added. His sandwiches are made new everyday and the unsold are given to his staff first. The remaining are given to abandoned children at Ban Rajavithi, Phayathai Shelter and to the aged at Ban Bang Kae. His main principle is to be honest to his customers, by selling them products of good quality. The unsold sandwiches would never be frozen overnight for next day sale, because that would damage the taste. He said his failure has taught him to look into reality. He said that in the past he used to think that big is beautiful and small is ugly, but now he thinks the opposite. He said he was proud that his 'never-give-up' spirit has been meaningful to his family, his employees and others who are living in despair." - petikan dari http://www.sirivatsandwich.com/
MAKING MONEYFree easy
tips to get rich in
30 days!
You could earn as much as
RM10K/month.Available soon in this blog... =)P/s: Orang yang tak kaya dan memberi tips tentang cara-cara untuk kaya adalah sangat memualkan. Begitu juga tentang orang yang gagal yang memberi tips bagaimana untuk berjaya. Sangat keji. Adalah lebih baik jika dapat memberi tips bagaimana mengelakkan kegagalan berulang seperti beliau. Wang bukanlah segalanya namun segalanya memerlukan wang. Tapi harus diingat gagal dan miskin bukanlah penentu kebahagiaan hidup ini. Memetik kata-kata akhir Bob Marley kepada anaknya, Ziggy semasa terlantar sakit di penghujung hayatnya, "money can't buy life"..
Satu persoalan daripada aku ; "Jika ditakdirkan kamu diberi RM1 juta, apa yang kamu akan lakukan?"
Kata ustaz, jika kamu dapat pergi ke mekah. Janganlah menganggap, kamu terpilih disebabkan kamu banyak membuat kebaikan. Tapi anggaplah kamu terpilih kerana dosa-dosa kamu yang banyak. Maka, kamu tidaklah terlalu gembira malah Insya Allah kamu akan lebih taat beribadah.
Begitu juga dengan Ramadhan. Anggaplah disebabkan dosa-dosa kita yang banyak. Maka kita diberi peluang untuk merasai Ramdhan. Mendapat pengampunan dan rahmat yang banyak. Sepanjang bulan Ramadhan.
Sekian. Renung-renungkan dan Selamat Beramal.
Pagi tadi. Lepas subuh. Terus bergerak. Hasilnya pukul 6.40 sudah tercongok depan stesen komuter. Tunggu punya tunggu. Orang dah ramai gila. Komuter tak nampak batang besi pun (komuter takde hidung). Masuk pukul 7.05, terdengarla pengumuman. Seperti yang dijangka. Komuter terlewat 40 minit.
Pukul 7.45, sebijik komuter datang dengan jayanya. Orang sendat. Penuh macam sardin. Kalau sardin tengok pun segan nak masuk. Sebagai warganegara yang prihatin, aku memberi peluang kepada pegawai kerajaan, warga kilang, penjawat awam, warga emas dan segala macam warga lagi untuk masuk dulu. Aku tunggu komuter seterusnya. Akhirnya. Aku sampai di ofis pukul 8.30.
Aku. Sangat berkecil hati dengan komuter hari ini.
Smalam di ofis. Sambil mendengar ceramah. Ada sorang brother. Cuba borak-borak dengan aku dan kawan aku.
"Nanti dapat PM baru la kita ye", kata brother tersebut.
"A'ah. Abisla Paklah dan kuncu-kuncunya. Anwar dah bertindak balas", kawan aku membalas.
"Agak-agak sapala ahli BN yang nak melompat tu?", tanya aku sekilas.
"Ceh! Aku cakap pasal
Project Manager kita la. Bukan
Perdana Menteri! Kan Project Manager dulu dah berhenti... Aparaa", brother.
"Ooo...", kami sambil tersipu-sipu.
1992. Balik kelas fardu ain hari itu panas terik bukan main. Budak-budak ramai yang tak datang. Adala 2-3 orang datang yang kuat semangat. Jarak rumah aku ke sekolah tak jauh pun. Boleh nampak dari rumah. Selang 3 buah rumah. Betul-betul tepi sekolah. Ada rumah makcik jual aiskrim asam. Aiskrim buat sendiri. Kat dalam ada taruk asam jeruk mangga. Takpun jeruk cermai. Aiskrim dia boleh tahan la.
Aku. Berjalan seorang. Laju-laju. Hajat di hati sampai di rumah nak pasang kipas nombor 5 (maximum) pastu tido sepuas ati. Sambil tunggu berbuka. Sampai di depan rumah itu. Aku rasa tak sedap hati. Nampak budak-budak ramai. Ni tak boleh jadi.Sekilas aku dah di muka pintu rumah makcik tu.
Dan sesampai di rumah, kakak aku tegur "ha! tak puasa ke hari ni?"
"Err..err", aku.
Otak beku. Tangan kejang. Pergerakan terbatas. Mata rasa berat. Aku. Terbayang sirap bandung. Ayam percik. Murtabak. Ayam masak merah... Fuh, Cobaan.