Sebuah Ilusi Optik

Senyap


"Aku akan bercuti lama. Ingin tenangkan fikiran. Sesekali terasa ingin masuk tabligh sahaja. Atau belajar sekolah pondok. Mendekatkan diri pada tuhan. Tanpa unsur-unsur duniawi yang melampau." - Dia.

"Tika susah ni, barula nak ingat kat tuhan ye". -Aku.

Huh..

P/s: En. Crayon akan senyap seketika mencari dirinya.

Lelaki Tidak Menangis (Boy's Don't Cry)

Dulu. Moyang aku kata, budak lelaki tidak boleh menangis. Sebabnya.. Lelaki kena kuat. Malu kat budak perempuan. Dan selepas itu aku jarang menangis lagi.

Tapi.. lelaki kuat pun menangis. Tengok sahaja sukan olimpik. Ramai lelaki-lelaki yang gagah dan auw menangis. Kalah atau menang.

Semasa ayah aku meninggal, aku tidak menangis di hadapan mak aku. Tidak pernah. Aku tahan dan menangis dalam bilik atau dalam tandas. Keseorangan. Sebabnya, aku ingin kelihatan kuat pada mak. Supaya mak tidak terlalu sedih kehilangan ayah.

Depresi

Aku tidak menulis beberapa lama. Tidak, aku tidak malas. Aku sudah rajin. Bahkan amat rajin. Cuma... di saat-saat ini. Pada waktu ini, aku sedang mengalami depresi. Untuk yang tidak mengetahui apa itu depresi. Kamu buka kamus atau 'google'kan sahaja. Jangan jadi malas!! (dengan nada bengis)

Selamat

Aku sedang "time travel". Jam menunjukkan pukul 11.50, 31 Disember 2008. Sekejap lagi kita akan memasuki tahun baru 2009. Selamat Tahun Baru untuk aku. Juga untuk kamu semua. Oh ya.. juga selamat tahun baru hijrah yang ke.. err kamu fikirlah sendiri. =p

Kemalasan

Di Kelantan ada sejenis kuih bernama Kuih "Malas". Perkataan "malas" disebut "ma-llah". Kuihnya berwarna seakan-akan kekuningan dan ada juga berwarna keperangan.

Rasanya agak tawar dan sedikit masin jika dimakan begitu sahaja. Namun akan lebih sedap jika dimakan dengan pencicahnya (sos). Jika di luar dari Kelantan aku tak pasti apekejadah namanya. Namun rupanya seakan cucur udang.

Mengikut cakap-cakap belakang (back talk) dan gurauan penduduk kampung. Orang yang malas adalah disebabkan makan kuih malas tersebut atau orang yang makan kuih tersebut akan menjadi malas. Hahah..

Aku sangat-sangat tidak bersetuju dengan gurauan itu. Ini kerana, aku tidak makan kuih itu. Tapi aku agak malas sekarang. :p

p/s: Aku gagal mencari gambar kuih malas. Sebab... Err aku MALAS. =)