Dulu. Moyang aku kata, budak lelaki tidak boleh menangis. Sebabnya.. Lelaki kena kuat. Malu kat budak perempuan. Dan selepas itu aku jarang menangis lagi.
Tapi.. lelaki kuat pun menangis. Tengok sahaja sukan olimpik. Ramai lelaki-lelaki yang gagah dan auw menangis. Kalah atau menang.
Semasa ayah aku meninggal, aku tidak menangis di hadapan mak aku. Tidak pernah. Aku tahan dan menangis dalam bilik atau dalam tandas. Keseorangan. Sebabnya, aku ingin kelihatan kuat pada mak. Supaya mak tidak terlalu sedih kehilangan ayah.
No comments:
Post a Comment