Sebuah Ilusi Optik

Lurus

Seorang pembayar cukai menelefon LHDN di Terengganu dan meminta borang B. Kerani LHDN yang menjawab telefon meminta alamat untuk menghantar borang tersebut.

Kerani LHDN : "Boleh bagi alamat encik?"
Pembayar Cukai : "Hantar ke Ranhill Worley."
Kerani LHDN : "Ranhill... eja macam mana?"
Pembayar Cukai : "R.. for Rumah... A for Ayam.. N for Nangka... H for Holland .. I for itik... L for lain-lain...." (Mengeja)
Kerani LHDN : "Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu"

Selepas beberapa minggu....

Klimaks

Kawan aku, Man (bukan nama sebenar). Seorang yang berpendidikan tinggi dan berjawatan profesional. Kami bertemu di kafe dan makan-makan. Kami bertiga. Aku, Man dan sorang lagi kawan aku.
"Cray, betul ke fatwa majlis kebangsaan Malaysia keluarkan yang kita tidak boleh bernikah dengan orang sekampung?", dia.
"Ha?, aku tak pernah dengar plak", Aku.
"Btul.. aku ada baca haritu.", dia
"Apa dalil dia?", kawan aku yang makan sekali menyampuk
"Kita tidak boleh kahwin dengan orang sekampung. Gila engkau. Satu kampung nak kahwin dengan engkau. Ada berapa ratus orang tu! Sorang cukuplah.", kata dia lagi.

Man dilaporkan sedang koma di hospital selepas kejadian itu.

Fakta Menarik

Aku tiba-tiba rasa bosan hari ini. Lalu menggodek-godek blogspot dan menggatal-gatal tangan aku. Mengubah itu ini. Nampak sangat aku takde kerja. Haha. Sedang-sedang aku meng'surf' internet, terjumpalah satu artikel. Berkenaan fakta-fakta menarik mengenai binatang. Jom kita layaaan...

1. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.
-Kuat gila. Kalah Sazali samad.

2. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.
- Err.. Ikut kiri jika tidak memotong.

3. Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.
- Inikah yang dinamakan mati katak? Mati disebabkan oleh racun katak. ;p

4. Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.
- Hmm.. Patutlah madu mahal.

5. Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.
- Kagum aku. Tak payah buat spek segiempat cam trend budak-budak skang ni. Pakai anak mata je.

6. Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.
- Buat sup sedap ni.

7. Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.
- Err.. No komen. =)

8. Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.
- Tingkap rosak tak? Bolehla aku jadi pembekal tingkap.

9. Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.
- "makan tengkuk ayam nanti bersanding kepala teleng", Jalil Hamid

10. Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.
- 21 inci?? ni bukan stakat cuci telinga, boleh buat sikat rambut skali. Hoho.

Sekian sahaja dari saya. Kita jumpa lagi.

Petua/Tips/Kaedah Menghalau Burung


Rumah aku bukan jenis di atas tanah. Yang mana bila engkau keluar sahaja rumah, sudah jejak ke tanah..Tidak. Rumah aku tidak berada di atas langit sepertimana kerajaan langit ayah pin. Rumah aku jenis yang bernama apartment. Sudahlah namanya apartment tingkat atas sekali, mengadap tasik pulak lagi. Petang-petang angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sambil makan goreng pisang dengan air teh, sambil melayan angin bertiup. Fuh, sempoi sungguh.
Waima demikian, kesempoian rumah aku telah menarik ramai pelawat. Ya, pelawat dari kalangan binatang. Sejenis burung yang apakejadah namanya. Akan duduk bertenggek berdekatan aircond di balkoni rumah. Pada waktu yang aku sendiri tak pasti bila dia datang. Sedar-sedar, berciciran tahi di balkoni. Sudahnya, menjadi tugas aku untuk mencuci balkoni. Hari minggu lepas, aku baru cuci. Dua hari kemudian, datang berak lagi. Aku jadi geram. Kalau aku biarkan, mahu boleh jual buat baja. Tahi diorang ni. Tapi sebagai seorang kacak yang mementingkan kebersihan, aku kene bersihkan jugak.

Kadang-kadang, aku mengintai dari tirai (kamar?), melihat-lihat takut ada burung yang datang. Tapi langsung takde. Licik jugak diorang ni. Ntah bila diorang merangka strategi untuk berak di balkoni rumah aku pun tak tahu. Sekelip mata je diorang berak. Keji sungguh. Takde warning langsung.

Balkoni yang kotor sungguh amat memualkan untuk dilihat. Jijik. Apalagi untuk bersantai di balkoni tersebut sambil menghirup udara segar. Untuk menjemur kain juga amat susah. Dibuatnya burung terberak atas baju ngan seluar aku. Naya jugak.

So, di kesempatan ini. Pada sesiapa yang terbaca entri ini. Aku ingin meminta jasa baik kamu-kamu semua (ramai ke yang baca blog ni? :p ...ceh!) Adakah apa-apa kaedah/tips/petua untuk aku menghalau burung-burung tersebut???
(gambar ehsan tempua.com)

Sejuk

Cuaca sejuk sungguh skang ni. Hujan lebat mencurah-curah. Nak-nak time malam. Pekena dok dalam selimut. Peh! Sampai ke pagi tidur... Err, dah pukul 9 ke ni? Aku tak gi keje ke?

Pergi

"Nah, ambil ni", Ujarnya kepada aku sambil menghulurkan duit Rm1.
Aku menolak dan meletakkan kembali di atas meja.
"Kenapa taknak ambil? Makcik bagi ni, ambillah", katanya lagi seraya mengambil duit itu dan meletakkan dalam genggaman tangan aku. Aku diam. Dan ambil.

Aku. Ke KL bersama-sama ayah dan pakcik aku. Lalu ke rumah makcik itu. Umurnya mungkin dalam 30-an tika itu. Suaminya seorang askar. Mereka baru sahaja berpindah ke KL dari Sabah. Dan aku tidak mengambil duit itu kerana kasihan. Ya.. rumah mereka sangat kecil. Dengan anak-anak yang ramai. Pada usia yang muda, 7 tahun barangkali. Aku sudah ada sifat-sifat terpuji. Kasihankan orang. Selepas itu. Jika ke KL kami selalu ke rumah itu.

Barangkali, perkara yang aku sangat ingat tentang makcik itu selain kesengsaraan hidupnya bersama-sama suami ialah sambal belacan yang sedap. Sehinggakan , mak aku pernah meminta sedikit untuk dibawa pulang untuk aku.

Pagi semalam. Terima SMS dari mak aku. "Makcik sudah tiada".

Kosong

Aku. Jadi malu dengan diri aku. Seumpama menjilat ludah sendiri. Di atas lantai. Dan ludah itu bercampur tahi ayam. Begitulah.

Sekarang baru aku mengetahui sesuatu. Manusia-manusia yang terdesak. Boleh jadi melakukan apa sahaja.

Malas

Kata orang, bercuti lama-lama membuatkan kita jadi malas untuk bekerja. Betul. Aku adalah salah satu contohnya. Aku terasa begitu malas. Kaku. Buntu. Malahan, meng'update' blog pun sudah tidak mahu. Pemalas kah aku?

p/s : akhirnya berjaya juga update blog. Aku sudah tidak malas nampaknya. Haha