"Nah, ambil ni", Ujarnya kepada aku sambil menghulurkan duit Rm1.
Aku menolak dan meletakkan kembali di atas meja.
"Kenapa taknak ambil? Makcik bagi ni, ambillah", katanya lagi seraya mengambil duit itu dan meletakkan dalam genggaman tangan aku. Aku diam. Dan ambil.
Aku. Ke KL bersama-sama ayah dan pakcik aku. Lalu ke rumah makcik itu. Umurnya mungkin dalam 30-an tika itu. Suaminya seorang askar. Mereka baru sahaja berpindah ke KL dari Sabah. Dan aku tidak mengambil duit itu kerana kasihan. Ya.. rumah mereka sangat kecil. Dengan anak-anak yang ramai. Pada usia yang muda, 7 tahun barangkali. Aku sudah ada sifat-sifat terpuji. Kasihankan orang. Selepas itu. Jika ke KL kami selalu ke rumah itu.
Barangkali, perkara yang aku sangat ingat tentang makcik itu selain kesengsaraan hidupnya bersama-sama suami ialah sambal belacan yang sedap. Sehinggakan , mak aku pernah meminta sedikit untuk dibawa pulang untuk aku.
Pagi semalam. Terima SMS dari mak aku. "Makcik sudah tiada".
No comments:
Post a Comment