Sebuah Ilusi Optik

Noktah

.

SMS

Minggu lepas: Tut..tut (sms)

Anda memenangi RM10,000.
Sila dail 453xxxxxxxx untuk sebarang pertanyaan.
Daripada Astro Sdn Bhd.

2 Hari lepas:Tut..tut (sms)

Anda menang hadiah sebanyak RM80,000 daripada Shell Malaysia.
Sila hubungi 345xxxxxx.

Semalam:Tut..tut (sms)

Daripada Petronas Malaysia. Anda menang hadiah RM100,000.
Sila hubingi nombor 265xxxxxx.

Kalau ikutkan dalam masa 2 minggu ni sahaja aku dapat RM200,00. Pergh! Tapi tengok nombor pun aku dah tahu. Mat Indon punya kerja la ni. Kalau aku jumpa, aku sula juga diorang.. Berani mempermainkan perasaan jejaka jujur macam aku ni.

Mimpi

"How are you sir", kata Mat Saleh tinggi, berhidung mancung itu kepadaku.
"O..ok", kata aku.
"plop"

Dulu. Cikgu B.I aku pernah berkata. Jika nak tahu sejauh mana penguasaan B.I kita, dalam mimpi pun kita akan bercakap bahasa Inggeris. Maka itu menunjukkan kita sudah mahir berbahasa Inggeris.

Walaupun hanya satu patah perkataan. Kali ini aku amat yakin dengan tahap penguasaan B.I aku. =)

Umur


Jika dihitung-hitung umur manusia tak panjang sangat pun. Manusia paling tua di dunia seratus lebih je umur. Purata hayat kat Malaysia pulak dalam 60-70 tahun.

Secara teorinya, aku dah habiskan lebih 1/4 daripada jangka hayat purata tu. Sesekali aku melihat diri aku. Aku tertanya-tanya sendiri. Apekejadah aku dah buat sepanjang umur aku? Apakah pencapaian paling membanggakan aku? Sudahkah aku mencapai segala cita-cita dan impian aku suatu masa dahulu?

Tapi paling 'hardcore', soalan-soalan berunsur agama seperti dah berapa kali aku tinggal sembahyang? Dah berapa kali tinggal puasa? Dah berapa kali mengumpat? Dah berapa kali buat amal kebajikan? Lama lagi ke hidup dekat dunia ni?

Aisey.. tak tenteram aku ni!

P/s : Selamat Hari Lahir untuk saya. :)

Homeless To Harvard


Ada sekali tu. Aku tertengok satu cerita di TV2. Cerita itu amat menyedihkan. Kisah hidup seorang budak yang terbiar dan tidak berumah (homeless). Ibu meninggal disebabkan AIDS dan bapa pula tinggal di rumah jagaan untuk pesakit HIV. Beliau terpaksa bergelut sendirian untuk meneruskan hidup. Tapi kesusahan dalam hidup tidak menghalang beliau untuk berjaya ke Universiti Harvard. Ceritu itu menyebabkan aku rasa bertuah dalam hidup ini. Terus bersemangat untuk baca buku. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Harvard. Betul.

Setelah beberapa lama. Aku terjumpa satu info yang menarik. Rupanya cerita yang aku tengok itu adalah berdasarkan kisah benar. Tajuknya "Homeless To Harvard". Mati-mati aku ingat cerita tu hanya rekaan semata. Rupanya budak itu betul-betul ada. Pergh! Kat bawah ni ada info mengenai budak itu Elizabeth "Liz" Murray yang aku petik dari wikipedia.

Elizabeth "Liz" Murray, born September 23, 1980(1980-09-23), is an American inspirational speaker who is best known as having been homeless in her youth, and as having overcome her hardship to achieve success.

Murray was born in
the Bronx, New York, to poor, drug-addicted, HIV-infected parents. She became homeless just after she turned 15, when her mother died of AIDS, and her father moved to a homeless shelter. Murray's life turned around when she began attending the Humanities Preparatory Academy in Chelsea, Manhattan. Though she started high school later than most students, and remained without a stable home while supporting herself and her sister, Murray graduated in only two years. She was awarded a New York Times scholarship for needy students and accepted into Harvard University, matriculating in the fall semester of 2000. She left Harvard in 2003 to care for her sick father; she resumed her education at Columbia University to be closer to him. In 2006 her father died of AIDS. As of May 2008, she is back at Harvard working towards her degree and plans to graduate in December 2008.

Murray's life was the subject of the 2003 Emmy-nominated Lifetime TV movie Homeless to Harvard: The Liz Murray Story. Actress Thora Birch played Murray, and Murray played a cameo role as a social worker. Murray's memoir, Breaking Night, was published by Hyperion Books in 2005. Murray works as an inspirational speaker, represented by the Washington Speakers Bureau. She has been featured in billboard advertisements by The Foundation for a Better Life.

P/s : Kamu rasa hidup kamu susah?

Nama II

Cikgu BI aku semasa Tingkatan 4 bernama Cikgu Saleh. Beliau seorang yang berwajah garang. Tapi sebenarnya kelakar.

Satu hari, Cikgu Saleh bercerita tentang nama. Katanya, semasa di sekolah dulu mereka membuat satu permainan. Iaitu memanggil nama pelajar melalui cantuman nama pelajar dengan nama bapa. Contohnya beliau bernama Saleh bin Junid. Maka di dalam kelas, dipanggil SaJu. Manakala rakan beliau, Kamarudin Bin Mohamad dipanggil KaMo.

Alkisahnya, di dalam kelas terdapat seorang pelajar bernama Junaidah Bt Borhan. Dipendekkan menjadi JuB* !

Hahaha..

Nama

Akronim dalam istilah Bahasa Melayu bermaksud kata yang terbentuk daripada huruf awal kata dalam sesuatu frasa. Singkatan kata itu ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya, ABIM untuk Angkatan Belia Islam Malaysia, UM untuk Universiti Malaya, KL untuk Kuala Lumpur dan lain-lain.

Dalam pergaulan seharian, aku juga pernah berjumpa dengan rakan-rakan yang menggunakan akronim untuk namanya. Kawan aku yang bernama Nazri Efendi Omar lebih senang membahasakan dirinya N.E.O. Seorang lagi Abdul Rejab Mahmod pula lebih gemar dipanggil A.R.M. Entahlah, mungkin nama sendiri tidak sedap, terlalu panjang atau ingin kelihatan kool.

Untuk personaliti terkenal di Malaysia pula, nama seperti D.S.A.I untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim mungkin sudah tidak asing lagi. Begitu juga MFK untuk Mohd Fadzilah Kamsah. Atau mungkin insan yang bernama KJ, Khairy Jamaluddin.

Aku agak tertarik dengan satu perkara. Jika nama kamu Puteri Ain Natasya Tengku Ahmad Tajuddin, apakah akronim yang sesuai??

"Hai, nama saya Puteri Ain Natasya Tengku Ahmad Tajudin. Kamu semua boleh panggil saya P.A.N.T.A... !"

Hahahaha!!!

???

Perkara paling bengang ialah jika dah taip banyak-banyak tapi alih-alih networ error dan tidak save. Huh..

Welcome Back

Aku sudah balik. Dari perjalanan yang jauh. Haha..