Sebuah Ilusi Optik

Nama

Akronim dalam istilah Bahasa Melayu bermaksud kata yang terbentuk daripada huruf awal kata dalam sesuatu frasa. Singkatan kata itu ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya, ABIM untuk Angkatan Belia Islam Malaysia, UM untuk Universiti Malaya, KL untuk Kuala Lumpur dan lain-lain.

Dalam pergaulan seharian, aku juga pernah berjumpa dengan rakan-rakan yang menggunakan akronim untuk namanya. Kawan aku yang bernama Nazri Efendi Omar lebih senang membahasakan dirinya N.E.O. Seorang lagi Abdul Rejab Mahmod pula lebih gemar dipanggil A.R.M. Entahlah, mungkin nama sendiri tidak sedap, terlalu panjang atau ingin kelihatan kool.

Untuk personaliti terkenal di Malaysia pula, nama seperti D.S.A.I untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim mungkin sudah tidak asing lagi. Begitu juga MFK untuk Mohd Fadzilah Kamsah. Atau mungkin insan yang bernama KJ, Khairy Jamaluddin.

Aku agak tertarik dengan satu perkara. Jika nama kamu Puteri Ain Natasya Tengku Ahmad Tajuddin, apakah akronim yang sesuai??

"Hai, nama saya Puteri Ain Natasya Tengku Ahmad Tajudin. Kamu semua boleh panggil saya P.A.N.T.A... !"

Hahahaha!!!

No comments: