Sebuah Ilusi Optik

Nama II

Cikgu BI aku semasa Tingkatan 4 bernama Cikgu Saleh. Beliau seorang yang berwajah garang. Tapi sebenarnya kelakar.

Satu hari, Cikgu Saleh bercerita tentang nama. Katanya, semasa di sekolah dulu mereka membuat satu permainan. Iaitu memanggil nama pelajar melalui cantuman nama pelajar dengan nama bapa. Contohnya beliau bernama Saleh bin Junid. Maka di dalam kelas, dipanggil SaJu. Manakala rakan beliau, Kamarudin Bin Mohamad dipanggil KaMo.

Alkisahnya, di dalam kelas terdapat seorang pelajar bernama Junaidah Bt Borhan. Dipendekkan menjadi JuB* !

Hahaha..

No comments: