Sebuah Ilusi Optik

Baca

Dulu-dulu. Aku sangat suka membaca. Hampir semua jenis buku aku baca. Sebut sahaja. Buku Panduan Solat, Buku Teks Kemahiran Hidup, Buku Hikayat Sang Kancil, Buku Kisah Pengembaraan 5 Bersaudara, Cara-Cara Berjimak (Opps!.. Cara-Cara Berjimat sebenarnya), Antologi Puisi, Kamus DwiBahasa (Ya, kamus pun aku baca) dan yang paling hardcore buku Panduan Telefon Telekom Malaysia. Dan tidak lupa. Aku juga rajin membaca Quran. Setiap hari diwajibkan pergi ke rumah tok guru. Mula-mula kerana terpaksa tapi lama kelamaan sudah jadi biasa. Kamu. Pasti kagum dengan aku. Sudahla kacak. Suka membaca pula. :p Hahaha.

Tapi. Itu dulu-dulu. Lamaaaaa dahulu.

Sekarang. Aku sangat kurang membaca. Kecuali surat khabar dan blog. Dan secara jujurnya. Al Quran juga sudah mula jarang-jarang baca. Walaupun kacak tapi jika jarang-jarang (sangat jarang?) membaca Quran adalah amat tidak bagus. Akan kelihatan tidak kacak juga. Pahala sudah berkurang. Sudahlah setiap hari membuat dosa. Sembahyang pun belum tentu diterima. Nasib baik aku sudah membayar zakat. Nanti-nanti besok jika sudah ketemu dengan-Nya apakah yang aku nak beritahu? "Saya tidak membaca Quran kerana saya sangat sibuk dengan urusan dunia walaupun setiap hari saya rajin membaca suratkhabar dan blog". Malunya aku kepada Tuhan.

1 comment:

Anonymous said...

Uh,uh.
Terkena batang hidung yang tak berapa mancung ni.

Thanks for the reminder.