Sebuah Ilusi Optik

Wajah Yang Sedih

Melihatnya. Aku rasa sedih.

Dulu. Arwah ayah selalu membawa kami ke rumah dia. Sambil membawa beras atau makanan. Dia tinggal dengan neneknya selepas ibunya meninggal sewaktu kecil. Dia dan neneknya yang tua. Berdua. Di rumah yang sangat daif pada pandangan aku. Jika Bersamamu wujud pada ketika itu, dia dan neneknya mungkin masuk rancangan itu.
Sebenarnya ayahnya masih ada. Ayahnya adalah adik ayah aku. Dan dia adalah sepupu aku. Ayahnya berkahwin lain dan tinggallah dia di situ. Berdua.

Perjalanan hidupnya sangat menyedihkan. Sungguh.Beberapa tahun lepas, neneknya pula meninggal dunia. Dan dia keseorangan di situ. Ditakdirkan, dia cerah hatinya. Mendapat tempat di universiti. Selepas grad, dia ke KL. Mendapat kerja. Dan kami terputus berita.

Baru-baru ini, dia ke rumahku. Umurnya sudah menjangkau 30. Hampir tidak kenal. Dia amat kurus. Sugul wajahnya. Sangat sedih. Mungkin kedaifan atau kemiskinan menjadikan dia rendah diri. Mungkin. Sewaktu berbual dia asyik menunduk. Termenung seolah-olah memikirkan kehidupan sendiri.

Dia selamat menjadi seorang isteri pada 30/08 lalu. Semoga lelaki itu dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan padanya. Semoga tiada lagi wajah sedih. Amin.

1 comment:

kamar hati said...

moga kebahagian miliknya selamanya...

chaiyok, chaiyok...

salam ramadhan al mubarak...
semoga beroleh keberkatan yang hakiki... (",)