Malam Smalam.
Engkau masuk umah aku kat kampung. Engkau kopak pintu umah time semua orang tido.
Engkau masuk bilik mak aku. Amik semua barang kemas mak aku. Amik semua dokumen penting mak aku. Amik semua duit dalam beg mak aku. Amik beg mak aku. Amik kredit kad mak aku. Amik handphone mak aku. Amik VCD player adik aku.
Banyak yang engkau dapat. Pasti engkau gembira kan???
CELAKA!!
Engkau telah menyusahkan mak aku. Nak kene wat report. Nak kene wat IC balik. Nak kene beli handphone baru. Nak kene block kredit kad. Nak kene macam2 lagi... Mak aku mesti susah hati. Keselamatan duduk di kampung dah takde. Dah tak tenteram.
Dan aku rasa engkau adalah orang yang kami kenali wahai celaka. Engkau penah datang umah aku. Aku tahu. Sebab engkau tahu pintu mana nak masuk. Engkau tahu kedudukan bilik. Engkau tahu kedudukan almari dan barang kemas. Engkau tahu banyak.
Wahai pencuri.. engkau penah dengar peribahasa melayu "sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Engkau jangan senang hati sangat! Ingatlah hasil yang engkau makan tu adalah haram. Aku tahu engkau penah pegi skolah agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”. (riwayat At-Tirmizi).
... dan aku harap engkau insaf.
"Life is not fair, Get used to it!" - Bill Gates
Arkib
-
▼
2008
(83)
-
▼
June
(14)
- Spain 1 - 0 Germany
- Dan gembiralah engkau..
- Permainan apakah itu?
- Kenangan Mengusik Jiwa 1998 : Dia. Sweet
- Pengalaman saya menaiki bas TRANSNASIONAL
- Adakah mungkin..
- Mungkin aku terlalu banyak bercakap..
- Tips Menjimatkan Minyak.. Tinjauan umum
- Blackout satu hari macamana saya mahu tingkatkan p...
- Pisang
- Rahsia buat duit dengan kad kredit?
- Parut (Istimewa Hari Bapa)
- Naik II
- Naik!!
-
▼
June
(14)
3 comments:
wahhhhhhhhhhh...apa sudah jd...
chisssssss...beraninya dia...suka2 ati ja menyusahkan semua org....
sabaq banyak2 ye...dia pasti akan terima balasannya nanti...
Pencuri/penjenayah akan dibelasah secara menyeluruh kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
kamar,
tengah sabar ni. Huhu
Dugong,
Ya! stuju.. apa kata kita sula sahaja mengikut undang2 kerajaan Semerah Padi. Haha
Post a Comment