Sebuah Ilusi Optik

Heroes


Heroes adalah 'mini series' yang berkisarkan tentang beberapa individu yang mempunyai kebolehan luar biasa. Dan seperti biasa, Misi mereka adalah untuk menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bak kata spiderman "with great powers come great responsibility".

Salah satu watak dalam siri itu bernama Hiro Nakamura. Hiro mempunyai kebolehan teleport iaitu boleh kembali ke masa lalu atau ke masa akan datang.
Aku selalu terfikir. Jika aku diberi pilihan, aku akan memilih mendapatkan kuasa Hiro. Dapat kembali ke masa lalu atau melihat masa depan. Diberi peluang ke-2 dalam hidup. Boleh membetulkan segala kesilapan yang dilakukan dalam hidup ini. Menarik bukan.

Rock

"Awek-awek ni mana main bro! tak rock la", kata dia kepada aku pada satu hari.

Akhirnya kawan aku sudah kahwin. Dengan gadis lain. Bukan dengan aweknya yang dulu. Yang aku pernah jumpa.

Selamat berkahwin untuk lu bro. Ingat pesan aku. Slooooow and Steadyyyyy! Hahaha

'Spoil'

Aku berpendapat. Kebanyakan anak orang-orang kaya adalah manusia yang 'spoil'. Diulang. KEBANYAKAN.

Ini adalah berdasarkan pengalaman hidup aku. Kebanyakan mereka amat manja. Disebabkan di rumah serba serbi disua ke mulut. Waima berak sekalipun ada tukang basuh. Mungkin. Hidup didunia umpama syurga. Sebut sahaja apa yang diingini. Terus dibeli oleh Mummy dan Daddy.
Bagi aku. Mereka ini amat menyedihkan. Mereka tiada kelangsungan survival untuk hidup. Jika diletak agak jauh dari rumah. Mulalah mengelabah mak enon. Takpun mereka berpeleseran tak tentu hala. Menghabiskan duit ibu bapa.

Aku pernah mempunyai kawan yang merungut-rungut disebabkan tilam katil di asrama sekolah yang keras dan makanan di dewan makan terlebih cili. WTF! Apa yang engkau harapkan pabila duduk di asrama? Samada engkau terima keadaan itu atau engkau boleh keluar sahaja dari sekolah dan duduk di rumah. Bersekolah di sebelah rumah dan duduk di bawah ketiak ibu bapa.
Aku juga pernah mempunyai kawan yang asyik merungut dan menyama tarafkan hidupnya seperti dalam Bersamamu semata-mata di rumah sewa tiada peti ais. Apekejadahnya??? Engkau boleh sahaja beli. Engkau kan kaya.

Dan jika aku perhatikan. Mereka amat-amat berdukacita jika tiada duit. Maksud tiada duit ialah tiadanya sekurang-kurangnya RM500 dalam wallet. Dan semestinya dalam bank mereka masih ada berpuluh-puluh ribu.

Mereka sangat 'spoil'. Anak yang rosak jati dirinya. Dan tidak. Mereka tidak salah. Ibu bapa mereka lah petualangnya.

Hidup ini sebuah tayar yang berputar..


Masih aku ingat. Hampir 10 tahun dulu. Ayat terakhir yang diucapkan dia kepada aku, "Saya hanya anggap awak sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu. Harap awak tidak salah faham". Kata-kata itu menusuk jantung aku. Umpama pisau Rambo yang menusuk. Sakit sungguh. Aku termenung lama.

Dan untuk tempoh setahun seterusnya. Aku dan dia hampir tidak bercakap. Boleh dikira dengan jari secara jujurnya. Hinggalah dia terperasan dan menulis sekeping nota kepada aku. "Saya perasan awak sudah lain sekarang. Tidak seceria dulu".

Hati aku sangat sakit. Aku menjadi pendendam. Melakukan apa sahaja agar dia sakit hati. Sehinggalah aku berasakan yang usaha aku hanya sia-sia. Dia tetap bukan milik aku. Lebih baik meneruskan hidup dan menerima hakikat. Aku berharap kami tak bertemu di lain masa agar luka di hati ini tidak berdarah lagi.

Takdirnya. Selepas hampir 10 tahun. Kami tiba-tiba berjumpa. Dia masih seperti dulu. Cantik. Tapi dia sudah berkahwin. Kelihatan bahagia sekali. Kami hanya ber"hai". Selepas hampir 10 tahun kami hanya ucapkan sepatah perkataan dengan hanya 3 huruf. Dan dia berlalu begitu sahaja.

Aku termenung.. Tiba-tiba aku terasa ingin meminta maaf kepadanya. Untuk segalanya. Sungguh.

(Entri ini sangat jiwang karat.. hahaha)




Laskar Pelangi

Hari minggu nan lalu. Aku ke majlis perkahwinan seorang kawan. Aku kira keluarganya seorang yang berada. Berkahwin pula dengan orang yang berada. Mereka 'Double berada'. Majlisnya sangat meriah. Diadakan di tempat mewah dan suasananya juga mewah. Tetamunya adalah golongan VIP. Tan Sri, Datuk Seri, Datuk panglima, Datuk bercucu, YB dan lain-lain.

Mungkin. Aku sahaja bertaraf encik di situ. Segan sungguh aku. Aku pergi dengan hanya berkemeja dan berseluar jeans. Tetamu lain pula segak berbaju batik dan baju berkot.

Aku kira-kira terdapat 100 meja semuanya dan lebih daripada 20 meja kelihatan kosong tetapi terdapat banyak makanan. Reserve untuk orang bunian barangkali. Lauk pauk banyak sungguh. Kalau aku tapau. Seminggu boleh tahan aku makan lauk tu. Kalaulah.

Dulu, semasa aku belajar. Aku pernah mempunyai kawan yang makan hanya sekali sehari. Itulah brekfast, itulah makan tengah hari dan itulah juga makan malam. Jangan harap nak minum petang atau makan supper. Ada juga kawan yang makan roti dan minum air paip setiap hari demi mengalas perut. Sungguh. Ini kisah betul. Badan mereka sangat kurus. Dan pakaian mereka sangat lusuh. Kemewahan adalah satu benda yang hanya mampu diimpikan oleh mereka.

Dan aku rasa diri bertuah berbanding mereka yang tidak berada itu. Cukup serba serbi tapi lupa untuk bersyukur kepada tuhan. Malahan rasa diri ini sangat tidak bertuah melihatkan kekayaan kawan yang berada itu. Keji sungguh rasanya.

Trivia dari buku 50 Facts that should change the world
"Every day, one in five of the world's population -- some 800 million people -- go hungry. Incredibly, this is not caused by food shortages. The world produces enough food each year to feed all its inhabitants. Healthy diet requires 2,500 calories a day; an American consumes 3,600 calories a day while a Somalian gets 1,500. Nobel laureate Amartya Sen says it's because poor people have no money to secure a constant food supply, and no resources to grow their own food."

p/s: Gambar itu... amat menyedihkan. :(





Ten Rules For Being Human

1. You will receive a body. You may like it or hate it, but it's yours to keep for the entire period.

2. You will learn lessons. You are enrolled in a full-time informal school called, "life."

3. There are no mistakes, only lessons. Growth is a process of trial, error, and experimentation. The "failed" experiments are as much a part of the process as the experiments that ultimately "work."

4. Lessons are repeated until they are learned. A lesson will be presented to you in various forms until you have learned it. When you have learned it, you can go on to the next lesson.

5. Learning lessons does not end. There's no part of life that doesn't contain its lessons. If you're alive, that means there are still lessons to be learned.

6. "There" is no better a place than "here." When your "there" has become a "here", you will simply obtain another "there" that will again look better than "here."

7. Other people are merely mirrors of you. You cannot love or hate something about another person unless it reflects to you something you love or hate about yourself.

8. What you make of your life is up to you. You have all the tools and resources you need. What you do with them is up to you. The choice is yours.

9. Your answers lie within you. The answers to life's questions lie within you. All you need to do is look, listen, and trust.

10. You will forget all this.

Turun minyak

Sebelah masjid berdekatan ofis aku, terdapat sebuah gerai cendol. Dulu-duluuu, semasa harga minyak RM1.92, cendol makcik itu dijual dengan harga RM1. Aku selalu makan di situ bersama kawan-kawan aku pada hari Jumaat. Sebelum sembahyang Jumaat.

Tapi. Selepas minyak naik 80 sen. Makcik tersebut turut naikkan harga sebanyak 20 sen. Kami memberontak. Setiap Jumaat, kami tidak lagi ke gerai makcik itu. Kami makan pisang plak. Pisang free sahaja. =). Kami cuba bertanya kepada makcik itu, kenapa harga naik. Alasannya minyak naik. Ooo.. Tapi apa kaitan minyak dengan cendol? Tanya kami. Makcik itu lalu berhujah panjang lebar, "Pabila minyak naik, kos pengangkutan pun naik, harga barang turut naik, jika mengikut teori penawaran dan permintaan bla bla bla..."

Sekarang. Minyak turun lagi dan lagi dan lagi. Makcik masih kekalkan harga cendol RM1.20. Kami cuba bertanya lagi sekali. Kata makcik, "Apa kaitan minyak dengan cendol? Cendol bukanlah dibuat daripada minyak. Cendol adalah cendol dan minyak adalah minyak. Mereka saling tidak berkait. Lagipun makcik dapat harga barang dengan harga lama. Mahal woo. bla bla bla.."

Ceh!




Jauh Di Sana..

Semasa aku darjah 5, setiap murid dalam kelas aku dibahagikan mengikut kumpulan. Ada kumpulan A, ada kumpulan B, C dan seterusnya. Setiap kumpulan terdapat lebih kurang 8 orang murid. Setiap kumpulan juga mempunyai gabungan murid bijak dan kurang bijak. Tujuan diadakan sistem berkumpulan ini mungkin untuk mengelakkan sistem kasta dan mungkin juga bagi membolehkan murid bijak membantu yang kurang bijak. Aku pula, sebagai seorang murid yang berada dalam kategori bijak (ceh..) ditempatkan dalam kumpulan B. B untuk Bijak, Bagus, Baik dan Bengis. Hahaha.

Dalam kumpulan kami hanya ada dua orang murid lelaki. Aku dan Amin. Disebabkan itu, kami menjadi rebutan ramai gadis. Kami umpama 2 ekor kumbang dalam rimbunan bunga yang mekar. Wooohoo.. Tapi aku langsung tak tertarik kepada gadis lain melainkan seorang murid perempuan yang duduk betul-betul berhadapan dengan aku, Azlin. Azlin mukanya comel macam kucing. Azlin baru berpindah sekolah dari Johor. Cakapnya bunyi standard Bahasa Melayu kebangsaan sedangkan kami semua bunyi standard Kelantan pekat. Haha.. Pertama kali bersua muka, hatiku terus terpikat pada Azlin. Cinta pandang pertama mungkin. Tapi Azlin anak pegawai polis. Bapaknya garang bermisai macam A.Galak dalam Roda-Roda Kotaraya (masa tu mana ada rancangan Gerak Khas lagi). Huhu.

Berbalik pada cerita aku. Amin seorang yang pendiam. Sesekali diusik gadis-gadis genit dalam kumpulan kami, dia hanya senyum. Tapi aku tak pernah mengusik dia. Aku bukanlah gadis genit. Aku kan jejaka macho. =). Semasa darjah 3, ibu Amin meninggal dunia disebabkan barah. Tidak lama kemudian, bapanya kahwin lain. Tapi aku dapat rasakan Amin seorang yang tabah. Rumah neneknya terletak di sebelah rumah aku. Semasa hari kematian ibunya, aku ke rumah nenek Amin iaitu ibu kepada mak Amin. Aku lihat Amin sedang rancak menyusun kerusi sambil berborak-borak dan sesekali gelak bersama adiknya. Sementara menanti jenazah ibunya tiba dari hospital. Oh ya.. Amin mempunyai seorang adik lelaki, seorang kakak dan seorang abang. Jauh di sudut hatiku kagum dengan Amin. Mungkin Amin sudah penat menangis atau Amin menyembunyikan kesedihannya di saat itu. Mungkin.

Aku tidak begitu rapat dengan Amin sebenarnya walaupun Amin duduk bersebelahan dengan aku dalam kelas. Puncanya mudah, Amin juga menyukai Azlin. Mana boleh 2 jejaka yang menyukai gadis sama saling berkawan baik. Pantang! Azlin comel, mestilah disukai ramai jejaka. Aku dan Amin saling cuba memikat Azlin. Kami saling berlawan dalam apa sahaja. Terutama dalam permainan golek-golek getah pemadam, permainan Saidina, permainan jentik penutup botol mahupun permainan guli. Adatlah, kekadang aku menang. Kekadang aku kalah. Tapi banyaknya aku kalah. Hebat juga Amin ni rupanya. Sesekali aku borak-borak juga dengan Amin terutama mengenai siri kegemaran kami, Satria Baja Hitam. Kelakar juga budak Amin ni rupanya. Sambil-sambil isi masa lapang dapat juga aku mencungkil strategi Amin dalam memikat Azlin. Licik tak? =)

Semasa darjah 6, aku dan Amin tidak lagi sekelas. Dia ditempatkan di kelas hujung manakala aku maintain kelas depan. Selepas UPSR, aku mendapat tempat di sekolah asrama manakala Amin meneruskan pengajian di sekolah biasa. Aku dan Amin langsung terputus hubungan. Berita terakhir aku terima dari seorang kawan selepas itu, Amin sudah berhenti sekolah. Amin sudah menjadi liar. Dia merantau untuk bekerja dan bercampur gaul dengan kutu berahak tak tentu hala. Dia menjadi anak terbiar.

2 tahun lepas, semasa balik ke kampung. Nenek aku bercerita. Amin sudah meninggal dunia. Nenek Amin yang memberitahu nenek aku. Amin meninggal dalam keadaan yang amat menyedihkan selepas beberapa bulan terlantar sakit. Neneknya menangis sambil bercerita. Semasa terlantar sakit di hospital jauh dari rumah, Amin beberapa kali menelefon ayahnya dan meminta agar ayahnya datang menjenguknya. Amin terlantar keseorangan tanpa sesiapa. Namun ayahnya langsung tidak menghiraukannya. Amin begitu hiba dan hampa. Semasa menelefon buat kali terakhir, Amin merayu kepada ayahnya agar dibawa pulang ke kampung. Amin kata, dia ingin mati di rumah dan dikebumikan bersebelahan ibunya. Tapi sekali lagi ayahnya tidak mempedulikannya. Beberapa hari kemudia, Amin meninggal dunia. Tanpa sesiapa.

Amin meninggal dunia disebabkan AIDS. Jasadnya dikebumikan di suatu tempat di Negeri Sembilan. Jauh dari rumah. Al-Fatihah untuk Amin.

(Entri ini adalah sempena Hari AIDS sedunia yang disambut hari ini, 1 Disember)

Trivia dari buku 50 Facts that should change the world oleh Jessica Williams
"Some 30 million people in Africa are HIV-positive. By 2050, the disease may have claimed 280 million lives. Life expectancy in some sub-saharan countries is currently 30! China refused to acknowledge it's AIDS problem till 2002; till then, 30,000 was the number of those living with HIV in China but after that, it jumped to 1 million. Of the $70 billion is spent each year in researching new drugs, less than 10% is spent on finding soutions for 90% of the world's health problems."