Sebuah Ilusi Optik

Turun minyak

Sebelah masjid berdekatan ofis aku, terdapat sebuah gerai cendol. Dulu-duluuu, semasa harga minyak RM1.92, cendol makcik itu dijual dengan harga RM1. Aku selalu makan di situ bersama kawan-kawan aku pada hari Jumaat. Sebelum sembahyang Jumaat.

Tapi. Selepas minyak naik 80 sen. Makcik tersebut turut naikkan harga sebanyak 20 sen. Kami memberontak. Setiap Jumaat, kami tidak lagi ke gerai makcik itu. Kami makan pisang plak. Pisang free sahaja. =). Kami cuba bertanya kepada makcik itu, kenapa harga naik. Alasannya minyak naik. Ooo.. Tapi apa kaitan minyak dengan cendol? Tanya kami. Makcik itu lalu berhujah panjang lebar, "Pabila minyak naik, kos pengangkutan pun naik, harga barang turut naik, jika mengikut teori penawaran dan permintaan bla bla bla..."

Sekarang. Minyak turun lagi dan lagi dan lagi. Makcik masih kekalkan harga cendol RM1.20. Kami cuba bertanya lagi sekali. Kata makcik, "Apa kaitan minyak dengan cendol? Cendol bukanlah dibuat daripada minyak. Cendol adalah cendol dan minyak adalah minyak. Mereka saling tidak berkait. Lagipun makcik dapat harga barang dengan harga lama. Mahal woo. bla bla bla.."

Ceh!




1 comment:

rudy bluehikari said...

bahan2 cendol dibeli dgn gunakan kereta yg diisi minyak petrol ehehehe