Sebuah Ilusi Optik

Hidup ini sebuah tayar yang berputar..


Masih aku ingat. Hampir 10 tahun dulu. Ayat terakhir yang diucapkan dia kepada aku, "Saya hanya anggap awak sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu. Harap awak tidak salah faham". Kata-kata itu menusuk jantung aku. Umpama pisau Rambo yang menusuk. Sakit sungguh. Aku termenung lama.

Dan untuk tempoh setahun seterusnya. Aku dan dia hampir tidak bercakap. Boleh dikira dengan jari secara jujurnya. Hinggalah dia terperasan dan menulis sekeping nota kepada aku. "Saya perasan awak sudah lain sekarang. Tidak seceria dulu".

Hati aku sangat sakit. Aku menjadi pendendam. Melakukan apa sahaja agar dia sakit hati. Sehinggalah aku berasakan yang usaha aku hanya sia-sia. Dia tetap bukan milik aku. Lebih baik meneruskan hidup dan menerima hakikat. Aku berharap kami tak bertemu di lain masa agar luka di hati ini tidak berdarah lagi.

Takdirnya. Selepas hampir 10 tahun. Kami tiba-tiba berjumpa. Dia masih seperti dulu. Cantik. Tapi dia sudah berkahwin. Kelihatan bahagia sekali. Kami hanya ber"hai". Selepas hampir 10 tahun kami hanya ucapkan sepatah perkataan dengan hanya 3 huruf. Dan dia berlalu begitu sahaja.

Aku termenung.. Tiba-tiba aku terasa ingin meminta maaf kepadanya. Untuk segalanya. Sungguh.

(Entri ini sangat jiwang karat.. hahaha)




No comments: