Aritu aku ada tengok satu cite kt TV2. Tajuknya ‘Wild Horse’. Memula aku ingat citer ni pasal kaedah penjagaan kuda yang betul, takpun kisah koboi yang ingin menyertai pertandingan lumba kuda peringkat daerah kt Texas nun. Rupanya aku silap… cite ni berkisar pasal kebimbangan sorang lelaki yg melihat umur die semakin bertambah dan kawan2 nya lak ramai yg mula berkahwin, sorang demi sorang. Last2 tinggal die sorang x kawin lagi padahal awek ramai sangkut kt die. Beliau berimaginasi bahawa sorang lelaki ni umpama kuda liar. Hidup bebas, berlari, lepak2, besenda gurau, berpacar-pacaran dengan sesapa pun waima bersenggama dgn sebarang kuda lain kecuali kuda jantan.
Namun, apabila berkahwin lelaki terikat dgn komitmen rumah tangga spt membeli barang2 dapur, barang2 perhiasan zhulian bini, topup henset, bayar bil astro, elektrik,air, tu tak masuk bil streamix lg, beli susu anak, mana nk cekau duit buat bayar loan keta satria neo, rumah banglo 2 tingkat 4 bilik tidur 2 jamban, buat bayar minyak keta, kena gi pusing satu shah alam nak cari gula x jumpa, nak beli tudung ala-ala ‘Bienda’ utk bini supaya sentiasa kelihatan anggun, nk beli set perawatan sendayu tinggi dan sebagainya. Ini umpama kuda liar yang diikat dan ditambat. Tidak mampu bergerak bebas. Malahan komitmen lak yg banyak.
Aku pun rasa cam gitu gak skang ni. Kawan2 aku yg slalu lepak dulu ramai yg dh kawin xpun paling koman pun bertunang xpun paling cikai lg ada awek mengaku tunang. Aku lak masih seperti biasa...aku masih muda apa?? Haha. Terbaru aku tengok kt frenster kawan aku nama Fathi telah pun bergelar suami. Slamat kawin utk ko Fathi!!
p/s: Akhirnye lelaki dlm cite tu kawin gak… dgn awek die yg terbaru. Dia jumpa kebetulan. Fate maybe. Kuda liar itu berjaya jugak dijinakkan….
No comments:
Post a Comment