Sebuah Ilusi Optik

Projek JutaWang

Semalam aku tgk rancangan Usik-Usik kt Astro. Hos dia Chef Wan. Pastu ade tiga tetamu jemputan, Siti Norhaliza, Irfan Khairi dan Azlina. Aku rasa ini pasal orang yg berjaya jd jutawan. Siti semua org kenal mmg jutawan, Irfan lak aku penah baca pasal die jd jutawan masa umur awal 20-an lagi. Die mmg famous dlm komuniti internet ni sbb die kaya pun melalui internet. Die penah kuarkan buku “Rahsia Jutawan Internet”. Kaya die ni tp pakai selamba dek je. Azlina, ntah sapa tp aku rasa jutawan gak laa… Aku harap dlm masa setahun lg Chef Wan buat balik program ni dan panggil 4 org lak. Siti, Irfan, Azlina dan Aku. Hahahaha. Gelak panjang. Aku skang sedang mengusahakan satu projek yg boleh memberi pulangan lumayan kt aku. Aku namakan ia projek JutaWang.

P/S: Susah jugak nk buat bisness ni… Banyak lak benda kena buat!!!

Satu lagi terkeluar…

Ada tiga perkara yg mengingatkan aku pasal negara ni. 1)ayam, 2)durian dan 3)kawan aku masa skolah dulu, Safuan. Dok sebelah meja aku. Die mmg penyokong kuat pasukan ni masa World Cup 98 aritu. Abis meja, buku semua dia conteng ngan bendera pasukan. Masa tu aku tak berapa kenal lg pasukan ni. Tp, sejak aritu aku mula mendekati corak permainannya. Masa World Cup 98, pasukan ni kalah. Safuan kecewa yg amat. 8 taun kendian, World Cup 2006, skali lagi Belanda kalah 1-0 ngan Portugal. Tp, aku rasa Safuan x kecewa sgt sbb mutu pengadilan yg teruk!! Kalau dia masih sokong pasukan ni laa…

P/S: Aku dh lama giler lost contact ngan Safuan. Kali terakhir aku denga keje jd pramugara. Oit, Safuan kalu ko baca blog ni hubungi aku…Cray.

Kuda Liar

Aritu aku ada tengok satu cite kt TV2. Tajuknya ‘Wild Horse’. Memula aku ingat citer ni pasal kaedah penjagaan kuda yang betul, takpun kisah koboi yang ingin menyertai pertandingan lumba kuda peringkat daerah kt Texas nun. Rupanya aku silap… cite ni berkisar pasal kebimbangan sorang lelaki yg melihat umur die semakin bertambah dan kawan2 nya lak ramai yg mula berkahwin, sorang demi sorang. Last2 tinggal die sorang x kawin lagi padahal awek ramai sangkut kt die. Beliau berimaginasi bahawa sorang lelaki ni umpama kuda liar. Hidup bebas, berlari, lepak2, besenda gurau, berpacar-pacaran dengan sesapa pun waima bersenggama dgn sebarang kuda lain kecuali kuda jantan.

Namun, apabila berkahwin lelaki terikat dgn komitmen rumah tangga spt membeli barang2 dapur, barang2 perhiasan zhulian bini, topup henset, bayar bil astro, elektrik,air, tu tak masuk bil streamix lg, beli susu anak, mana nk cekau duit buat bayar loan keta satria neo, rumah banglo 2 tingkat 4 bilik tidur 2 jamban, buat bayar minyak keta, kena gi pusing satu shah alam nak cari gula x jumpa, nak beli tudung ala-ala ‘Bienda’ utk bini supaya sentiasa kelihatan anggun, nk beli set perawatan sendayu tinggi dan sebagainya. Ini umpama kuda liar yang diikat dan ditambat. Tidak mampu bergerak bebas. Malahan komitmen lak yg banyak.

Aku pun rasa cam gitu gak skang ni. Kawan2 aku yg slalu lepak dulu ramai yg dh kawin xpun paling koman pun bertunang xpun paling cikai lg ada awek mengaku tunang. Aku lak masih seperti biasa...aku masih muda apa?? Haha. Terbaru aku tengok kt frenster kawan aku nama Fathi telah pun bergelar suami. Slamat kawin utk ko Fathi!!

p/s: Akhirnye lelaki dlm cite tu kawin gak… dgn awek die yg terbaru. Dia jumpa kebetulan. Fate maybe. Kuda liar itu berjaya jugak dijinakkan….

Kawe-Kawe

Tiba-tiba 2-3 ari ni aku jumpa ramai kawan2. Dulu dan skang.

Ari Jumaat aku g umah Wan. Wan kawan sekolah menengah aku membawak ke UK. Gi sama-sama ngan aku. Tp die abis awal setahun dr aku. So, sementelah aku balik ni. Aku g umah die sbb aku bajet die dh keje. Rupa2 nye buat bisnes budak ni. Byk gak income die sebulan. Perut pun makin membulat. Wan dulu kurang mementingkan nilai2 ketimuran dan lagi satu die ni jarang buat satu kewajipan yg penting bg org Islam. Tp, skang aku tengok die dh berubah. Dh insaf gamaknya Wan ni. Cakap pun sopan la skit. Ada diplomasi cam orang bisnes. Masa makan kt kedai tetiba nampak dua org, satu tinggi satu kurang skit. Rupanya Shah ngan Ajid. Membe aku masa kt skolah dulu gak. Tp, Shah lg lama sbb dia old skool punya orang. Masa zaman skolah rendah lg. Umah pun dekat je ngan umah aku. Rancak la kitorang berbual. Tp satu aku tengok. Semua dh bermisai, berjambang. Dh tua2 rupanya kawan2 aku ni termasuklah aku. Hehe.

Ari Sabtu, Li (kwn satu school ngan aku kt UK) ajak kuar bincang pasal bisnes juta2. Sedang kitorang rancak susun strategi bisnes tetiba nampak 3-4 orang dtg. Pastu salam2 duduk skali ngan kitorang. Rupa2 nya kwn Li. Yang aku kenal Zul, Anne ngan Mi aje. Tp, aku terkejut sbb Anne pun ada kt sini gak. “Anne macamana ko ada kt sini hah? Bukan ko dok kt KL ?”. “Zul ajak aku datang”. Kecik je dunia ni, kekadang kwn yang kite kenal merupakan kawan kepada kawan kita yg satu lagi…

Ari Ahad. Aku saje je anta msg kt Zain. Dia pun skali ngn aku kt UK gak tp die amik mechanical engineering. Aku slalu g lepak bilik die. Pastu kekadang g jenjalan keliling kawasan Banshire tu ngan Sukri, Ayie, Ajib. Banyak la kenangan kitorang kt situ. Tetiba je die kt dh ade kt umah ayah die. Dekat je ngan umah aku. Alang2 die ajak aku kuar. Pastu bual2 kosong pasal sapa yg dh dapat keje, sapa yg dh kawin, bertunang semua skali. Dia pun dh dapat keje. Kat Cyberjaya nun.

P/s: Rupa2nya ramai gak aku berkawan….

Mereka yang tertewas!

Masa aku pilih pasukan yg aku bajet boleh masuk separuh akhir, aku tahu mesti ada yg akan mengecewakan aku. Semalam Rep. Czech kalah ngan Italy 2-0. Ini kali ke 3 diorang kecewakan aku. Kali pertama tahun 1996, masa tu Euro 96. Aku baru kenal pasukan Rep. Czech melalui kawan aku. Tp, aku boleh tolerate lg mase tu sbb at least diorang kalah kt final.
Kali kedua masa Euro 2004. Diorang kalah ngan Greece, pasukan tak ternama langsung masa tu. Masuk pun atas tiket 'wild card', ganti negara lain. Aparaa lu ni Rep. Czech!! Main turun naik...cam pasukan malaysia gak!Err,aku silap sebenarnye. Pasukan Malaysia main asyik turun je ranking tak penah nye naik. Harap maklum.

P/s: Aku harap Pevel nedved membaca blog ini lalu menghadiahkan aku jersi, takpun kasut bola. Memandangkan aku antara penyokong tegar pasukan beliau. Aku harap laa!

World Cup

Masa tu aku darjah 1. Aku x tahu ape kebenda yang berlaku. Yang aku tahu, aku kena kumpul penutup botol yang ada lambang orang sepak bola. Lagi satu kumpul pelekat semua negara lepas tu tampal kt buku. Beli kt kedai dekat umah aku. Tp sering kali aku dapat pelekat negara sama. "Hampeh", getus hatiku. Adakah aku telah ditipu!! Tp lepas tu aku g beli lagisebab hadiahnye lumayan. Hehe. Tapi itu tahun 1990 dulu. Aku masih budak hingusan lagi.

Tahun 1994, USA- pun aku tak amik pot apa yang diorang buat. Tapi strategi diorang tetap sama buat peraduan tampal2 pelekat. Sekali lagi aku g beli. Dan hasilnye tetap sama. Penuh umah aku ngan pelekat negara2 bertanding. "Hampeh", kata hatiku mengulang ayat 4 taun lepas lalu berlalu ke kedai Kak Nah, pegi beli sekali lagi... Beberapa minggu kendian, keluar paper Brazil menang World Cup.

Tahun 1998, France- aku dah belajar subjek sejarah dan kenal semua negara bertanding. Aku juga belajar matematik moden dan sudah mampu utk bet dgn kengkawan negara yg akan menang... Aku sokong Argentina dgn penyerang sensasinya Gabriel Batistuta serta tak lupa Belanda, jaguh yg tak penah menang world cup. Argentina kalah ngan Belanda . Ok lagi. Tp, Belanda lak kalah lepas tu. Aku keciwa. Skali lg aku tukar kepada team Brazil lak dgn harapan akan membuahkan hasil. Last2 Brazil 0 - Perancis 3... tahun itu, aku rugi banyak. haha!

2002 Jepun,Korea- pertama kali dlm sejarah World cup buat kt 2 negara. Aku tak ketinggalan tengok. Still, aku masih menyokong Argentina, Brazil dan England. Aku anggap ketiga2 nie ade peluang sama rata. Tapi hasilnye mengecewakan aku. Argentina awal2 lagi dh bungkus. England pun sama gak lepas 2-3 step.... Nasib baik Brazil menyelamatkan maruah aku yang tercalar 4 tahun lepas.

2006, Germany - Sementelah aku masih menganggur ni, aku rajin tengok setiap perlawanan sambil membuat ulasan dan catitan yang berpatutan uk dipergunakan dlm CM06 nanti... haha! Aku bajet 4 negara ni ade peluang masuk semifinal, lps tu menang piala dunia. Argentina, Brazil, Rep. Czech ngn Belanda. Aku kalau main PS2 slalu amik pasukan2 ni. Slalu menang je... tak tau lak aku kali ni. Argentina main ok, passing cantik, orang kata semangat membunuh tu ade. Brazil stakat ni main hampeh, tp still awal lg nak nilai sebab diorang ade pemain berbakat cam ronaldinho, kaka, ronaldo dan ramai lg. Rep. Czech lak main Ok tp ramai cedera cam Koller, milan baros tu yg jd masalah tu. Diorang bley main ngn tempo laju pastu passing lak tepat. Belanda aku anggap satu skuad yang mampu bertahan dan menyerang. Diorang main cantik gile tp satu je masalah diorang dr segi persefahaman dan perhubungan antara pemain, slalu je ade masalah. Tapi masih awal untuk dperkatakan. Tengok le nanti...

p/s : Itu pandangan peribadi aku, kalu sesiapa tak setuju suka ati korang le...

Aku, Printer dan Awek Cun

Itu yang ketiga aku beli..err, maksud aku kakak aku yg belikan. Yg first versi dot matrix zaman dulu puny (era sebelum Pak lah). Masih OK tp kelajuan die...laju sikit dr siput. Bayangkan kalu ko nak print tesis yang beratus2 helai tu!Lepas tu Canon S200SP. Banyak gak berjasa. TP. die punye kartrij utk print dh rosak, kalu nk tukar kena dlm RM 100. Haramjadah..Baik beli yg baru. Last2 yg ni!Laju, berkualiti, gmbr jelas tip top, boleh scan lps tu simpan.. or scan lepas tu print terus cam mesin fotostat. Puas ati guna tp dakwat mahal nk mampus xleh refill. (baru-baru ni je aku tau boleh refill gak..hampeh). Jenama HP. Yg ni aku tak recommend utk adik2 sekolah ke, kt universiti ke sbb dakwat mahal, harge die pun mahal. Mampus lako nk beli dakwat! Rosak kena kilat. Err, adeke? aku x tau lak.

Then, Aku g anta kedai. Mase aku anta aku ade bwk gak die nye power cable tp aku saje x bg sbb aku bajet die dh ade. Then mase aku dh balik sampai umah, mak aku ckp org kedai tu telefon suh g anta cable tu. Hampeh!! Rupenye.. kedai ni pun sama gak. Nasib baiklah kt kedai tu ade sorang awek cun-gile-nk-mampus. Die dok jaga kaunter ngn layan pelanggan. Bagus betul strategi kedai ni. Terkasima aku kejap. Aku lalu hulur kt awek tu dgn penuh sopan dan die amik sambilmenguntum sebuah senyuman yg amat menawan.
Esoknye kedai tu telefon, die ckp xleh buat, kena anta g HP gak. Aku lalu terus g kedai tu nk amik printer tu balik. Dan awek cun tu masih di situ. Terus aku control kemachoan aku hingga tahap maksima. Seraya menegur beliau dgn nada paling menggoda. "Berapa kena bayar ni?". Lalu beliau berkataRM25 je bang!. "Celaka. mahal nk mampus! bukan buat ape pun. Bukak printer pastu tengok dlm je. Tu, aku pun boleh buat!!". Err, tu aku kata dlm hati je. Sambil menghulur RM25 tanpa banyak soal.

Moral of the story- Letak awek cun giler kt kaunter sykt ko dgn senyuman paling menggoda. hahaha...
p/s : aku dh beli printer baru jenama Canon (lagi) ip1600. Bentuk menggiurkan , harga boleh tahan tp prestasi belum teruji.

Blog yg Hilang

Adakah aku sudah terlalu tua? Atau adakah neuron2 untuk mengingat aku sudah hilang dengan cepat? aku pun tak tau... tp 2 ari lepas aku baru je create satu blog utk ganti blog ni. tetiba aku lupa lak password. Sbb password aku memacam dan x sama antara satu ngan yg lain ( so, bg sapa2 yg dpt password aku tu utk satu benda jgn harap boleh bukak benda lain lak!).... Tajuk blog tu agak jiwang "Diari Seorang Lelaki". Ari ni aku try bukak guna Blogger, last2 dpt bukak blog ni lak. Bagus gak!! Kt bwh ni post pertama aku utk blog tu ( nampaknye terpaksa berkubur- sbb aku ingat nk teruskan dgn yang ni)

Bismillahirrahmanirrahim. Akhirnya........ sebuah blog berjaya dibuka oleh aku!! Sebenarnye ini blog aku yang kedua. Yang pertama tu aku dah tak ingat apekejadah namenye. Adela dalam 1-2 taun lepas. Tp sebab aku takde mase nk update.. blog tu berkubur tanpa nisan. Aku harap yang ni dapat bertahan lama.Diari seorang Lelaki. Apa signifikannya untuk blog ni? takde langsung... Mase aku nak sign up. kena letak name blog. Aku lak blur kejap. Tak tau nak taruk ape. Last2 aku amik tajuk lagu "Pretty Ugly" ni. Boley tahan gak le. Slalu kuar kt radio ntah ape tu yang slalu kate die radio no. 1 kt Mesia ni... Tp, aku harap korang yang search kt yahoo ke, google ke pasal lagu tu and jumpe blog aku ni tak marah kt aku. haha!Untuk tidak menghampakan sesiape yg search pasal lagu tu... kt bwh ni lirik "diari seorang lelaki" by prety ugly.

Dari semalam ku tunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Ku dengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita
Ku mainkan cd berulang
Lupakan segala ucapan
Perpisahan yang kau pinta

C/O :Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
Belikan aku diari ku tulis setiap hari

Terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu setahun ku hilang arah
Ku tempahkan tiket sehala malam ini kitakan bertemu
Tunggu di bawah lampu

Bridge :Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa
Bergaduh, selisih buat kita sempurna
Janganlah dipendam luahkan perasaan
Tiada benci, iri hati itulah destinasi

p/s: pretty ugly adalah salah satu band kt malaysia ni yg aku suka selain dari Butterfingers dan otai rock cam search, wings dan lain2 (sorry: boy band aku tak layan). Suara penyanyi dia ada ala-ala macho rock dan muzik die lak lain dr yang lain. orang kt husky. Boley layan la...

Penulisan blog dr sudut sains

Penulisan memerlukan satu perahan otak yg jitu dan mapan untuk menarik minat membaca orang lain. Sebab itulah post kedua dan yang pertama aku ni terlalu jauh jarak waktunya...hampir setahun. Aku rase ni yg palig lama kt Malaysia!! Aku memerlukan waktu utk mengkaji pola membaca pengguna, subjek kesukaan, cara penggunaan internet, waktu yg afdal untuk menulis dan sebagainya.

Mengikut Prof. Dr. Cray dr Universitas Of Bloggos (2006) - "statistik menunjukkan pola penulisan berunsur porno disukai oleh ramai orang malah akan lebih mendapat perhatian jika ada diselitkan gambar2 sekali. Ia akanmeningkatkan rating blog tersebut malahan akan sentiasa diikuti oleh berjuta-juta peminat"
.... tp aku taklah sampai ke tahap penulisan berunsur itu. haha!

p/s : sebenarnye aku dh lupa password utk blog ni!! xleh masuk bertahun lamanye. Tp tetiba je ingat balik.