Sebuah Ilusi Optik

Belasungkawa.. Oghe Koto Bharu

(gambar ihsan Berita Harian)


Aku melawat laman blog Rudy bluehikari. Terkesima dengan berita pemergian penulis berbakat ini. Lalu, aku tulis sesuatu pada buku tamu :
"Teringat buku tulisan beliau. Orang Kota Baru. Aku menanti lama. Mencari-cari di segenap kedai. Ye. Salah satu sebab aku membelinya kerana aku bergenetik kedaerahan sama dengan tajuk buku itu.. Akak penjaga kaunter senyum sinis semasa aku membayar.. Buku yang sarat dengan mesej tersirat. Dan tak lupa juga cerita Jogho. Satu-satunya VCD original yang aku beli adaptasi novel beliau ‘Juara’. Juga penuh dengan mesej. Al-Fatihah untuk beliau. (SN S. Othman Kelantan)"- Crayon

Aku khatam buku Orang Kota Baru sebanyak dua kali. Aku terpegun dengan cerita mengenai gangster-gangster yang ada di Kota Bharu. Dan juga sekolah-sekolah pondok yang banyak. Ulama dan gangster berada bersama-sama di Kota Bharu. Begitu juga dengan Biaritz Park yang terkenal dengan sarang pelacuran. Menarik bukan. Oh tak lupa mengenai jolokan Paris Malaya terhadap Kota Bharu. Politik yang bergolak. Sikap kenegerian. Mafia. Dan pelbagai lagi. Penuh mesej tersirat.

Sebenarnya, aku baru sahaja mengulang tayang menonton cerita Jogho. Ya.. adaptasi novel beliau. Dan untuk rekod. Satu-satunya VCD original Melayu yang aku beli. Cerita yang sangat menarik bagi aku. Dialognya dalam bahasa Kelantan-Thai. Cerita yang simple sahaja. Mengenai laga lembu dan konflik yang berlaku disekeliling lewat suasana perkampungan Melayu-Thai.

Takziah untuk keluarga Allahyarham. Dan Al-Fatihah. Kita bakal menyusul..

2 comments:

Yana Ismail said...

Takziah dan Al-fatihah.

cuqisz said...

en crayon.
kat mana nak dapat vcd/dvd Jogho tu? puas saya cari. haih.