Sebuah Ilusi Optik

Kenangan Mengusik Jiwa 1999 : Dia. Pertama

Slalu-slalunya, kita akan lebih ingat perkara-perkara pertama yang berlaku dalam hidup.

Pertama kali pergi sekolah. Pertama kali dapat nombor pertama. Pertama kali mengorat. Pertama kali pergi obersea. Pertama kali berjauhan dari keluarga. Pertama kali naik bas. Pertama kali jumpa tok mudim. Pertama kali pergi interview. Pertama kali dapat kerja. Pertama kali ada kereta. Pertama kali ada awek. Pertama kali bercinta. Pertama kali clash. Pertama kali kahwin. Pendek kata, semua benda pertama adalah sejarah dalam hidup. Dan kita akan mengingati perkara pertama tersebut.

Dia adalah cinta monyet pertama aku. Cinta monyet umpama monyet bergayutan. Kadang-kadang bila terjatuh. Sakit sekali. Haha.. Tapi dia bukanlah cinta pertama aku. Saat-saat dia berkata 'tidak' untuk aku. Juga merupakan benda pertama. Iaitu pertama kali direjek. Haha..

Daripada sejarah direjek pertama kali, barulah kutahu. Rupa-rupanya, suka bagi perempuan ada banyak maksud. Maybe dia suka kita sebab kita hensem, maybe dia suka kita sebab kita baik. Maybe dia suka kita sebab kita slalu tolong dia. Maybe juga sebab kita bijak. Atau, maybe dia suka kita sebab kita kelakar. Tapi.. suka disini bukan bermaksud dia mencintai dan menyayangi kita. Suka adalah suka. Umpama suka main bola. Suka makan megi. Suka berkawan. Begitulah adanya..

Ahh.. melankolik sekali aku hari ini. Apa-apapun Selamat pengantin baru untuk dia pada 30/06/2008. Semoga berbahagia.

4 comments:

kamar hati said...

wahhh...semuanyer ttg pertama kali...kadang2 malas nak igt pertama kali yg sedih2 tu...lupa kan je...huhuhu...

apa pun, selamat pemgantin baru jg tuk dia ye... :)

Yana Ismail said...

Banyaknye pertama kat dalam entry ni..hehe,hm suka dan cinta memang tidak samakan?memang susah mahu temui someone yg btol2 menyayangi kita..

hm,selamat pengantin baru untuk dia:)

Crayon said...

kamar,
pertama kali yang sedih mematangkan kita untuk menghadapi saat-saat gembira. Percayalah. =)

princess,
Yup.. Suka dan cinta dua entiti yang berbeza. hehe

ladylikeme said...

amboi..teringat kisah lama yek.....