Sebuah Ilusi Optik

Gelandangan

Umurnya dalam lingkungan 14-15 tahun. Mungkin. Kurus sahaja kelihatan. Berbaju kurung dan bertudung sambil membawa beg sarat berisi barang. Aku tengok dia mundar mandir. Dari seorang ke seorang pelanggan stesen minyak tersebut. Setiap kali ada orang yang tidak menghiraukannya atau tidak berminat dengan barangnya. Mukanya kelihatan sugul. Tapi dia tak pernah kecewa. Dicuba lagi pelanggan lain. Begitulah setiap masa.

Aku memandang sahaja dari kejauhan. Dari atas bas itu. Aku lihat jam. Sudah pukul 10 malam. Di tengah-tengah lebuh raya. Waktu malam. Masih ada lagi rupanya yang mencari rezeki untuk sesuap nasi. Benarlah.. dalam keadaan terdesak atau terpaksa. Manusia boleh sahaja melakukan sesuatu yang tak dijangka.

2 comments:

ladylikeme said...

kesianyer dia..anak saper la tue kan...huhuhuhu

kamar hati said...

hmmmm....tah la...terkedu tanpa kata2...kenapa la dibiaqkan anak sekecil tu mencari rezeki...huhuhu....bukan kah tmptnya ketika tu dirumah, sedang mengulangkaji barangkali, bersama keluarga...huhuhu...

bersyukur sgt dengan nikmat yg diberi...walaupun tak mewah sgt...