Sebuah Ilusi Optik

Pernahkah???

Adakah pernah engkau mengalami satu situasi dimana engkau rasakan tersangat terdesak?
Dimana semua jalan untuk penyelesaian sudah kelihatan tertutup pada pandangan engkau. Dan masa yang ada amat singkat. Engkau terasa seolah-olah susah untuk bernafas menghirup udara segar. Sesak sekali.

Engkau rasakan sangat tertekan. Murung. Hiba. Jiwa kacau. Semuanya bercampur gaul. Satu demi satu cubaan. Ujian dariNya. Ditambah dengan kesuntukan masa untuk membuat keputusan yang tepat. Engkau rasakan semua perancangan yang dibuat sukar untuk menandingi perancangan Yang Maha Kuasa. Semuanya serba tak kena. Hampir semuanya. Dan dalam kesilapan perancangan itu. Engkau menangis. Bukan kerana kebodohan diri atau kerana ujian yang menimpa jauh sekali menyalahkan Yang Esa. Tapi kerana engkau rasakan teramat kerdil. Tiada kuasa sama sekali serta menginsafi kekurangan diri. Sesungguhnya Dia juga yang Maha Mengetahui.

Aku... Mohon dengan sangat ya Allah!!!

2 comments:

kamar hati said...

bertenang, rehatkan minda & fizikal...think positive...berfikir menggunakan akal dan bukan hati...berfikir sedalam mungkin...berserah & bermohon hanya padaNYA, ALLAH S.W.T. insyaALLAH, akan ketemu dgn jawapan yg diingini...

ladylikeme said...

pernah gak rasa mcm nie.....masa mcm nie lah...baru nak teringat dengan yang MAHA ESA....