Sebuah Ilusi Optik

Heroes


Heroes adalah 'mini series' yang berkisarkan tentang beberapa individu yang mempunyai kebolehan luar biasa. Dan seperti biasa, Misi mereka adalah untuk menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bak kata spiderman "with great powers come great responsibility".

Salah satu watak dalam siri itu bernama Hiro Nakamura. Hiro mempunyai kebolehan teleport iaitu boleh kembali ke masa lalu atau ke masa akan datang.
Aku selalu terfikir. Jika aku diberi pilihan, aku akan memilih mendapatkan kuasa Hiro. Dapat kembali ke masa lalu atau melihat masa depan. Diberi peluang ke-2 dalam hidup. Boleh membetulkan segala kesilapan yang dilakukan dalam hidup ini. Menarik bukan.

Rock

"Awek-awek ni mana main bro! tak rock la", kata dia kepada aku pada satu hari.

Akhirnya kawan aku sudah kahwin. Dengan gadis lain. Bukan dengan aweknya yang dulu. Yang aku pernah jumpa.

Selamat berkahwin untuk lu bro. Ingat pesan aku. Slooooow and Steadyyyyy! Hahaha

'Spoil'

Aku berpendapat. Kebanyakan anak orang-orang kaya adalah manusia yang 'spoil'. Diulang. KEBANYAKAN.

Ini adalah berdasarkan pengalaman hidup aku. Kebanyakan mereka amat manja. Disebabkan di rumah serba serbi disua ke mulut. Waima berak sekalipun ada tukang basuh. Mungkin. Hidup didunia umpama syurga. Sebut sahaja apa yang diingini. Terus dibeli oleh Mummy dan Daddy.
Bagi aku. Mereka ini amat menyedihkan. Mereka tiada kelangsungan survival untuk hidup. Jika diletak agak jauh dari rumah. Mulalah mengelabah mak enon. Takpun mereka berpeleseran tak tentu hala. Menghabiskan duit ibu bapa.

Aku pernah mempunyai kawan yang merungut-rungut disebabkan tilam katil di asrama sekolah yang keras dan makanan di dewan makan terlebih cili. WTF! Apa yang engkau harapkan pabila duduk di asrama? Samada engkau terima keadaan itu atau engkau boleh keluar sahaja dari sekolah dan duduk di rumah. Bersekolah di sebelah rumah dan duduk di bawah ketiak ibu bapa.
Aku juga pernah mempunyai kawan yang asyik merungut dan menyama tarafkan hidupnya seperti dalam Bersamamu semata-mata di rumah sewa tiada peti ais. Apekejadahnya??? Engkau boleh sahaja beli. Engkau kan kaya.

Dan jika aku perhatikan. Mereka amat-amat berdukacita jika tiada duit. Maksud tiada duit ialah tiadanya sekurang-kurangnya RM500 dalam wallet. Dan semestinya dalam bank mereka masih ada berpuluh-puluh ribu.

Mereka sangat 'spoil'. Anak yang rosak jati dirinya. Dan tidak. Mereka tidak salah. Ibu bapa mereka lah petualangnya.

Hidup ini sebuah tayar yang berputar..


Masih aku ingat. Hampir 10 tahun dulu. Ayat terakhir yang diucapkan dia kepada aku, "Saya hanya anggap awak sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu. Harap awak tidak salah faham". Kata-kata itu menusuk jantung aku. Umpama pisau Rambo yang menusuk. Sakit sungguh. Aku termenung lama.

Dan untuk tempoh setahun seterusnya. Aku dan dia hampir tidak bercakap. Boleh dikira dengan jari secara jujurnya. Hinggalah dia terperasan dan menulis sekeping nota kepada aku. "Saya perasan awak sudah lain sekarang. Tidak seceria dulu".

Hati aku sangat sakit. Aku menjadi pendendam. Melakukan apa sahaja agar dia sakit hati. Sehinggalah aku berasakan yang usaha aku hanya sia-sia. Dia tetap bukan milik aku. Lebih baik meneruskan hidup dan menerima hakikat. Aku berharap kami tak bertemu di lain masa agar luka di hati ini tidak berdarah lagi.

Takdirnya. Selepas hampir 10 tahun. Kami tiba-tiba berjumpa. Dia masih seperti dulu. Cantik. Tapi dia sudah berkahwin. Kelihatan bahagia sekali. Kami hanya ber"hai". Selepas hampir 10 tahun kami hanya ucapkan sepatah perkataan dengan hanya 3 huruf. Dan dia berlalu begitu sahaja.

Aku termenung.. Tiba-tiba aku terasa ingin meminta maaf kepadanya. Untuk segalanya. Sungguh.

(Entri ini sangat jiwang karat.. hahaha)




Laskar Pelangi

Hari minggu nan lalu. Aku ke majlis perkahwinan seorang kawan. Aku kira keluarganya seorang yang berada. Berkahwin pula dengan orang yang berada. Mereka 'Double berada'. Majlisnya sangat meriah. Diadakan di tempat mewah dan suasananya juga mewah. Tetamunya adalah golongan VIP. Tan Sri, Datuk Seri, Datuk panglima, Datuk bercucu, YB dan lain-lain.

Mungkin. Aku sahaja bertaraf encik di situ. Segan sungguh aku. Aku pergi dengan hanya berkemeja dan berseluar jeans. Tetamu lain pula segak berbaju batik dan baju berkot.

Aku kira-kira terdapat 100 meja semuanya dan lebih daripada 20 meja kelihatan kosong tetapi terdapat banyak makanan. Reserve untuk orang bunian barangkali. Lauk pauk banyak sungguh. Kalau aku tapau. Seminggu boleh tahan aku makan lauk tu. Kalaulah.

Dulu, semasa aku belajar. Aku pernah mempunyai kawan yang makan hanya sekali sehari. Itulah brekfast, itulah makan tengah hari dan itulah juga makan malam. Jangan harap nak minum petang atau makan supper. Ada juga kawan yang makan roti dan minum air paip setiap hari demi mengalas perut. Sungguh. Ini kisah betul. Badan mereka sangat kurus. Dan pakaian mereka sangat lusuh. Kemewahan adalah satu benda yang hanya mampu diimpikan oleh mereka.

Dan aku rasa diri bertuah berbanding mereka yang tidak berada itu. Cukup serba serbi tapi lupa untuk bersyukur kepada tuhan. Malahan rasa diri ini sangat tidak bertuah melihatkan kekayaan kawan yang berada itu. Keji sungguh rasanya.

Trivia dari buku 50 Facts that should change the world
"Every day, one in five of the world's population -- some 800 million people -- go hungry. Incredibly, this is not caused by food shortages. The world produces enough food each year to feed all its inhabitants. Healthy diet requires 2,500 calories a day; an American consumes 3,600 calories a day while a Somalian gets 1,500. Nobel laureate Amartya Sen says it's because poor people have no money to secure a constant food supply, and no resources to grow their own food."

p/s: Gambar itu... amat menyedihkan. :(





Ten Rules For Being Human

1. You will receive a body. You may like it or hate it, but it's yours to keep for the entire period.

2. You will learn lessons. You are enrolled in a full-time informal school called, "life."

3. There are no mistakes, only lessons. Growth is a process of trial, error, and experimentation. The "failed" experiments are as much a part of the process as the experiments that ultimately "work."

4. Lessons are repeated until they are learned. A lesson will be presented to you in various forms until you have learned it. When you have learned it, you can go on to the next lesson.

5. Learning lessons does not end. There's no part of life that doesn't contain its lessons. If you're alive, that means there are still lessons to be learned.

6. "There" is no better a place than "here." When your "there" has become a "here", you will simply obtain another "there" that will again look better than "here."

7. Other people are merely mirrors of you. You cannot love or hate something about another person unless it reflects to you something you love or hate about yourself.

8. What you make of your life is up to you. You have all the tools and resources you need. What you do with them is up to you. The choice is yours.

9. Your answers lie within you. The answers to life's questions lie within you. All you need to do is look, listen, and trust.

10. You will forget all this.

Turun minyak

Sebelah masjid berdekatan ofis aku, terdapat sebuah gerai cendol. Dulu-duluuu, semasa harga minyak RM1.92, cendol makcik itu dijual dengan harga RM1. Aku selalu makan di situ bersama kawan-kawan aku pada hari Jumaat. Sebelum sembahyang Jumaat.

Tapi. Selepas minyak naik 80 sen. Makcik tersebut turut naikkan harga sebanyak 20 sen. Kami memberontak. Setiap Jumaat, kami tidak lagi ke gerai makcik itu. Kami makan pisang plak. Pisang free sahaja. =). Kami cuba bertanya kepada makcik itu, kenapa harga naik. Alasannya minyak naik. Ooo.. Tapi apa kaitan minyak dengan cendol? Tanya kami. Makcik itu lalu berhujah panjang lebar, "Pabila minyak naik, kos pengangkutan pun naik, harga barang turut naik, jika mengikut teori penawaran dan permintaan bla bla bla..."

Sekarang. Minyak turun lagi dan lagi dan lagi. Makcik masih kekalkan harga cendol RM1.20. Kami cuba bertanya lagi sekali. Kata makcik, "Apa kaitan minyak dengan cendol? Cendol bukanlah dibuat daripada minyak. Cendol adalah cendol dan minyak adalah minyak. Mereka saling tidak berkait. Lagipun makcik dapat harga barang dengan harga lama. Mahal woo. bla bla bla.."

Ceh!




Jauh Di Sana..

Semasa aku darjah 5, setiap murid dalam kelas aku dibahagikan mengikut kumpulan. Ada kumpulan A, ada kumpulan B, C dan seterusnya. Setiap kumpulan terdapat lebih kurang 8 orang murid. Setiap kumpulan juga mempunyai gabungan murid bijak dan kurang bijak. Tujuan diadakan sistem berkumpulan ini mungkin untuk mengelakkan sistem kasta dan mungkin juga bagi membolehkan murid bijak membantu yang kurang bijak. Aku pula, sebagai seorang murid yang berada dalam kategori bijak (ceh..) ditempatkan dalam kumpulan B. B untuk Bijak, Bagus, Baik dan Bengis. Hahaha.

Dalam kumpulan kami hanya ada dua orang murid lelaki. Aku dan Amin. Disebabkan itu, kami menjadi rebutan ramai gadis. Kami umpama 2 ekor kumbang dalam rimbunan bunga yang mekar. Wooohoo.. Tapi aku langsung tak tertarik kepada gadis lain melainkan seorang murid perempuan yang duduk betul-betul berhadapan dengan aku, Azlin. Azlin mukanya comel macam kucing. Azlin baru berpindah sekolah dari Johor. Cakapnya bunyi standard Bahasa Melayu kebangsaan sedangkan kami semua bunyi standard Kelantan pekat. Haha.. Pertama kali bersua muka, hatiku terus terpikat pada Azlin. Cinta pandang pertama mungkin. Tapi Azlin anak pegawai polis. Bapaknya garang bermisai macam A.Galak dalam Roda-Roda Kotaraya (masa tu mana ada rancangan Gerak Khas lagi). Huhu.

Berbalik pada cerita aku. Amin seorang yang pendiam. Sesekali diusik gadis-gadis genit dalam kumpulan kami, dia hanya senyum. Tapi aku tak pernah mengusik dia. Aku bukanlah gadis genit. Aku kan jejaka macho. =). Semasa darjah 3, ibu Amin meninggal dunia disebabkan barah. Tidak lama kemudian, bapanya kahwin lain. Tapi aku dapat rasakan Amin seorang yang tabah. Rumah neneknya terletak di sebelah rumah aku. Semasa hari kematian ibunya, aku ke rumah nenek Amin iaitu ibu kepada mak Amin. Aku lihat Amin sedang rancak menyusun kerusi sambil berborak-borak dan sesekali gelak bersama adiknya. Sementara menanti jenazah ibunya tiba dari hospital. Oh ya.. Amin mempunyai seorang adik lelaki, seorang kakak dan seorang abang. Jauh di sudut hatiku kagum dengan Amin. Mungkin Amin sudah penat menangis atau Amin menyembunyikan kesedihannya di saat itu. Mungkin.

Aku tidak begitu rapat dengan Amin sebenarnya walaupun Amin duduk bersebelahan dengan aku dalam kelas. Puncanya mudah, Amin juga menyukai Azlin. Mana boleh 2 jejaka yang menyukai gadis sama saling berkawan baik. Pantang! Azlin comel, mestilah disukai ramai jejaka. Aku dan Amin saling cuba memikat Azlin. Kami saling berlawan dalam apa sahaja. Terutama dalam permainan golek-golek getah pemadam, permainan Saidina, permainan jentik penutup botol mahupun permainan guli. Adatlah, kekadang aku menang. Kekadang aku kalah. Tapi banyaknya aku kalah. Hebat juga Amin ni rupanya. Sesekali aku borak-borak juga dengan Amin terutama mengenai siri kegemaran kami, Satria Baja Hitam. Kelakar juga budak Amin ni rupanya. Sambil-sambil isi masa lapang dapat juga aku mencungkil strategi Amin dalam memikat Azlin. Licik tak? =)

Semasa darjah 6, aku dan Amin tidak lagi sekelas. Dia ditempatkan di kelas hujung manakala aku maintain kelas depan. Selepas UPSR, aku mendapat tempat di sekolah asrama manakala Amin meneruskan pengajian di sekolah biasa. Aku dan Amin langsung terputus hubungan. Berita terakhir aku terima dari seorang kawan selepas itu, Amin sudah berhenti sekolah. Amin sudah menjadi liar. Dia merantau untuk bekerja dan bercampur gaul dengan kutu berahak tak tentu hala. Dia menjadi anak terbiar.

2 tahun lepas, semasa balik ke kampung. Nenek aku bercerita. Amin sudah meninggal dunia. Nenek Amin yang memberitahu nenek aku. Amin meninggal dalam keadaan yang amat menyedihkan selepas beberapa bulan terlantar sakit. Neneknya menangis sambil bercerita. Semasa terlantar sakit di hospital jauh dari rumah, Amin beberapa kali menelefon ayahnya dan meminta agar ayahnya datang menjenguknya. Amin terlantar keseorangan tanpa sesiapa. Namun ayahnya langsung tidak menghiraukannya. Amin begitu hiba dan hampa. Semasa menelefon buat kali terakhir, Amin merayu kepada ayahnya agar dibawa pulang ke kampung. Amin kata, dia ingin mati di rumah dan dikebumikan bersebelahan ibunya. Tapi sekali lagi ayahnya tidak mempedulikannya. Beberapa hari kemudia, Amin meninggal dunia. Tanpa sesiapa.

Amin meninggal dunia disebabkan AIDS. Jasadnya dikebumikan di suatu tempat di Negeri Sembilan. Jauh dari rumah. Al-Fatihah untuk Amin.

(Entri ini adalah sempena Hari AIDS sedunia yang disambut hari ini, 1 Disember)

Trivia dari buku 50 Facts that should change the world oleh Jessica Williams
"Some 30 million people in Africa are HIV-positive. By 2050, the disease may have claimed 280 million lives. Life expectancy in some sub-saharan countries is currently 30! China refused to acknowledge it's AIDS problem till 2002; till then, 30,000 was the number of those living with HIV in China but after that, it jumped to 1 million. Of the $70 billion is spent each year in researching new drugs, less than 10% is spent on finding soutions for 90% of the world's health problems."

Petua Menghalau Burung II

Entri ini adalah kesinambungan entri petua menghalau burung dahulu. Setelah membuat beberapa kaji selidik, aku dapati cara yang paling senang ialah meletakkan benda alah gantung-gantung yang beli dekat kedai RM5 tu. Yang ada bunyi tu.
Aku telah letakkan benda tu. Hasilnya, burung tak datang berak dekat balkoni rumah aku selama hampir satu bulan. Lamaaa tu. Mungkin sebab bunyi-bunyian dari benda tu mengganggu keharmonian burung untuk berak. Well. Burung pun macam kita. Perlukan tempat yang sunyi dan sepi untuk melabur (berak!). Atau pun mungkin reka bentuk benda tu mengganggu pemandangan burung. Pihak burung mungkin fikir benda bunyi tu adalah satu pemandangan yang menjijikkan lalu tak jadi berak. Hahaha.
Tapi 2-3 hari lepas, adela seekor burung datang. Berak lagi sekali. Burung pekak gamaknya takpun buta. Huh..

Hot "Chick" nude picture!

Hot CHICK nude picture below!

P/s : Perghh Cun... Takleh jadi ni. Kena cari Kenny Rogers.


Another 5 Facts that Should Change the World

1. More than 12,000 women are killed each year in Russia as a result of domestic violence. That's one every 43 minutes. In America, by contrast, that number is 1,246 women killed by an intimate partner in 2000. It seems that massive economic and social upheavel in the post-Soviet era have left men demoralized. In general, women are five to eight times more likely to be assaulted by an intimate partner than men.

2. In 2001, 13.2 million Americans had some form of plastic surgery. The number of prodecures has more than doubled since 1997. More than 70% of plastic surgery patients now earn less than $50,000 per year. The industry now even boasts its own TV show -- Extreme Makeover.

3. Landmines killor maim at least one person every hour. All around the world, more than 100 million remnants of conflicts past and present lie quietly in the ground, waiting for action. In more than 60 countries, landmines litter the earth. They are said to be popular because they're cheap to install. People killed and maimed by landmines are largely powerless and the countries most heavily mined are among the world's poorest.

4. There are 44 million child labourers in India. Worldwide, the UN Labour Organization estimates 246 million child labourers aged between five and seventeen. Of those, 171 million work in hazardous conditions; roughly 8.4 million are involved in what ILO calls 'the unconditional worst forms of child labour.'

5. People in industrialised countries eat between six and seven kilograms of food additives every year. In 2000, the food industry spends around $20 billion on making our food look prettier, taste nicer and last longer. Food additives are chemicals meant to keep our food fresh longer to prevent frequent trips to the market and reduces our time in the kitchen via 'convenience' foods. Worldwide market in flavourings is worth $3.6 billion a year. Artificial sweetners are another profitable sector.

Petang yang kelam

Petang itu gelap sungguh. Aku balik awal. 10 minit di pertengahan jalan. Hujan lebat tak ingat. Kilat berdentum-dentum. Serius. Aku bergerak dengan pantas. Meter motor dah cecah 110. Baju dengan seluar basah lenjun. Sampai di tengah-tengah hiway, ngam-ngam motor jadi henjut-henjut. Ahh sudah! Aku kaget. Bawak slow skit. Dia jadi lagi henjut kuat. pastu terus berhenti. Aisey.. Aku bukak tempat duduk. Periksa minyak. Kosong. Melilau cari stesen minyak dalam hujan. Sudahnya aku tolak motor hampir dua kilo pergi stesen minyak. Dalam hujan lebat. Disertai ribut petir. Dan banjir kilat.


Kata Ustaz,"Tuhan datangkan kesusahan untuk menguji hambanya, maka bersabarlah dengan ujian itu. Nescaya kegembiraan akan datang bagi orang-orang yang sabar"

PTD

Kawan aku kata kepada aku, pegawai kerajaan yang paling dipandang "tinggi" ialah PTD. Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Ooo..

Dia kata, pegawai PTD semuanya kacak-kacak. Tinggi dan bertubuh sasa. Sebab itulah dipandang tinggi. Ceh...

Dia kata lagi, pegawai PTD sangat digilai oleh gadis-gadis genit. Choii...

Untuk menjadi pegawai PTD, memerlukan beberapa sesi temuduga dan juga saringan. Dan jika engkau layak. Maka bertuahlah kamu kerana kamu adalah satu dalam seribu. Kata dia. Hehe..

Kawan aku seorang pegawai PTD.

Ho Ho..


1 tahun

2007, aku berjalan masuk dengan wajah hensem. Berkemeja smart. Bertali leher dan berseluar hitam bergosok. Dan kasut hitam berkilat. Kelihatan begitu "pegawai kerajaan" sekali lagaknya. Tapi aku bukanlah pegawai kerajaan.

Setahun sudah berlalu. Sekejap sungguh rasanya..

10 Facts That Should Change the World

Entri kali ini agak ringkas. Saya tidak ingin memenatkan kamu dengan benda-benda yang membuatkan fikiran jadi serabut. Kamu tak perlu berfikir pun (jika kamu mahu) semasa membaca entri ini. Ada sebuah buku tulisan Jessica Williams. Tajuknya "50 Facts That Should Change the World". Mendengar tajuknya sahaja akan mengingatkan kita kepada isi kandungan buku itu. Ya, buku yang dipenuhi fakta. Mari kita berkongsi fakta itu bersama-sama. (sementara saya masih sibuk dan tidak mempunyai masa secukupnya untuk berfikir mengenai perkara menarik bagi menulis entri kali ini :p )
  1. The average Japanese women can expect to live to be 84. The average Botswanan will reach just 39. During the Roman Empire, life expectancy was just 22 years; 1500 years later, it reached 33; now, Japense have the highest life expectancy that is predicted to increase. In Central and South Africa, though, US Census Bureau predicts a drop in life expectancy in 51 countries ... primarly because of the HIV/Aids pandemic.
  2. A third of the world's obese people live in the developing world. Obesity related conditions cost the US $118 billion in the 1990s, more than double the $47 billion attributable to smoking. The type of diet we intake is cited as the chief cause.
  3. The US and Britain have the highest teen pregnancy rates in the developing world. For every 1,000 American women aged between fifteen and nineteen, there was 52.1 births, compared with 2.9 in Korea and 4.6 in Japan. UNICEF indicates that a key factor in reducing teen pregnancies is equipping young people to make informed choices.
  4. China has 44 million missing women. For every 100 baby girls born in China in 2000, there were 116.8 baby boys. In China and India, sex-selective abortions are illegal but still common. China's 'one child' policy has meant that many births go unreported; these unregistered children won't be able to, for example, go to school or receive state-funded healthcare.
  5. Brazil has more Avon ladies than members of its armed services. 450,000 personnel on active service, and 700,000 revendadoras (a.k.a. Avon ladies). Global beauty market is $95 billion and growing 7% every year. Avon's own reserach shows that 90% of Brazilian women considered beauty products to be a necessity, not a luxury.
  6. Eighty-one percent of the world's executions in 2002 took place in just three countries: China, Iran and the USA. Gallup poll in 2003 showed that 74 percent of Americans support capital punishment for those convicted of murder. In China, most executions take place after rallies in front of massive crowds, and prisoners are often paraded through the streets on their way to their final destination.
  7. British supermarkets know more about their consumers than the British government does. Loyalty cards, aimed to save you some bucks at the grocery counter, gather sophisticated information about your spending patterns. The problem? Such information is then sold, or used against you in court or taken by the government without your permission.
  8. Every cow in the European Union is subsidised by $2.50 a day. That's more than what 75 per cent of Africans have to live on. World Bank reports than Japense cows get $7.50 per day. Of course, government costs are passed onto the consumers in terms of milk and beef prices.
  9. In more than 70 countries, same-sex relationships are illegal. In nine countries, the penalty is death. Nine countries include Mauritania, Sudan, Afghanistan, Pakistan, the Chechen Republic, Iran, Saudi Arabia, the United Arab Emirates and Yemen. Since the Islamic revolution in Iran in 1979, more than 4,000 homosexuals have been executed.
  10. One in five of the world's people live on less than a $1/day. Through the 1990s, there was a 7% improvement in poverty. Poverty, as it turns out, is completely avoidable. For less than 1% of the income of the wealthiest countries each year, the worst effects of poverty can be greatly diminished. At least four times between 2000 and 2003, rich countries pledged 0.7% of their income and poor countries promised political reforms for accountable implementation. As it turns out, rich didn't follow through on pledges and poor are plagued with corruption.

p/s : Cukuplah 10 fakta untuk kali ini. Kamu hafal dan hadam sepuasnya dahulu. 40 fakta lagi akan menyusul kemudian dikala saya tidak lapang untuk menulis. =) Oh ya.. maaf jika entri ini panjang. Entri ini tidak cukup ringkas rupanya.. Ceh!

Lurus

Seorang pembayar cukai menelefon LHDN di Terengganu dan meminta borang B. Kerani LHDN yang menjawab telefon meminta alamat untuk menghantar borang tersebut.

Kerani LHDN : "Boleh bagi alamat encik?"
Pembayar Cukai : "Hantar ke Ranhill Worley."
Kerani LHDN : "Ranhill... eja macam mana?"
Pembayar Cukai : "R.. for Rumah... A for Ayam.. N for Nangka... H for Holland .. I for itik... L for lain-lain...." (Mengeja)
Kerani LHDN : "Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu"

Selepas beberapa minggu....

Klimaks

Kawan aku, Man (bukan nama sebenar). Seorang yang berpendidikan tinggi dan berjawatan profesional. Kami bertemu di kafe dan makan-makan. Kami bertiga. Aku, Man dan sorang lagi kawan aku.
"Cray, betul ke fatwa majlis kebangsaan Malaysia keluarkan yang kita tidak boleh bernikah dengan orang sekampung?", dia.
"Ha?, aku tak pernah dengar plak", Aku.
"Btul.. aku ada baca haritu.", dia
"Apa dalil dia?", kawan aku yang makan sekali menyampuk
"Kita tidak boleh kahwin dengan orang sekampung. Gila engkau. Satu kampung nak kahwin dengan engkau. Ada berapa ratus orang tu! Sorang cukuplah.", kata dia lagi.

Man dilaporkan sedang koma di hospital selepas kejadian itu.

Fakta Menarik

Aku tiba-tiba rasa bosan hari ini. Lalu menggodek-godek blogspot dan menggatal-gatal tangan aku. Mengubah itu ini. Nampak sangat aku takde kerja. Haha. Sedang-sedang aku meng'surf' internet, terjumpalah satu artikel. Berkenaan fakta-fakta menarik mengenai binatang. Jom kita layaaan...

1. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.
-Kuat gila. Kalah Sazali samad.

2. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.
- Err.. Ikut kiri jika tidak memotong.

3. Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.
- Inikah yang dinamakan mati katak? Mati disebabkan oleh racun katak. ;p

4. Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.
- Hmm.. Patutlah madu mahal.

5. Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.
- Kagum aku. Tak payah buat spek segiempat cam trend budak-budak skang ni. Pakai anak mata je.

6. Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.
- Buat sup sedap ni.

7. Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.
- Err.. No komen. =)

8. Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.
- Tingkap rosak tak? Bolehla aku jadi pembekal tingkap.

9. Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.
- "makan tengkuk ayam nanti bersanding kepala teleng", Jalil Hamid

10. Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.
- 21 inci?? ni bukan stakat cuci telinga, boleh buat sikat rambut skali. Hoho.

Sekian sahaja dari saya. Kita jumpa lagi.

Petua/Tips/Kaedah Menghalau Burung


Rumah aku bukan jenis di atas tanah. Yang mana bila engkau keluar sahaja rumah, sudah jejak ke tanah..Tidak. Rumah aku tidak berada di atas langit sepertimana kerajaan langit ayah pin. Rumah aku jenis yang bernama apartment. Sudahlah namanya apartment tingkat atas sekali, mengadap tasik pulak lagi. Petang-petang angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sambil makan goreng pisang dengan air teh, sambil melayan angin bertiup. Fuh, sempoi sungguh.
Waima demikian, kesempoian rumah aku telah menarik ramai pelawat. Ya, pelawat dari kalangan binatang. Sejenis burung yang apakejadah namanya. Akan duduk bertenggek berdekatan aircond di balkoni rumah. Pada waktu yang aku sendiri tak pasti bila dia datang. Sedar-sedar, berciciran tahi di balkoni. Sudahnya, menjadi tugas aku untuk mencuci balkoni. Hari minggu lepas, aku baru cuci. Dua hari kemudian, datang berak lagi. Aku jadi geram. Kalau aku biarkan, mahu boleh jual buat baja. Tahi diorang ni. Tapi sebagai seorang kacak yang mementingkan kebersihan, aku kene bersihkan jugak.

Kadang-kadang, aku mengintai dari tirai (kamar?), melihat-lihat takut ada burung yang datang. Tapi langsung takde. Licik jugak diorang ni. Ntah bila diorang merangka strategi untuk berak di balkoni rumah aku pun tak tahu. Sekelip mata je diorang berak. Keji sungguh. Takde warning langsung.

Balkoni yang kotor sungguh amat memualkan untuk dilihat. Jijik. Apalagi untuk bersantai di balkoni tersebut sambil menghirup udara segar. Untuk menjemur kain juga amat susah. Dibuatnya burung terberak atas baju ngan seluar aku. Naya jugak.

So, di kesempatan ini. Pada sesiapa yang terbaca entri ini. Aku ingin meminta jasa baik kamu-kamu semua (ramai ke yang baca blog ni? :p ...ceh!) Adakah apa-apa kaedah/tips/petua untuk aku menghalau burung-burung tersebut???
(gambar ehsan tempua.com)

Sejuk

Cuaca sejuk sungguh skang ni. Hujan lebat mencurah-curah. Nak-nak time malam. Pekena dok dalam selimut. Peh! Sampai ke pagi tidur... Err, dah pukul 9 ke ni? Aku tak gi keje ke?

Pergi

"Nah, ambil ni", Ujarnya kepada aku sambil menghulurkan duit Rm1.
Aku menolak dan meletakkan kembali di atas meja.
"Kenapa taknak ambil? Makcik bagi ni, ambillah", katanya lagi seraya mengambil duit itu dan meletakkan dalam genggaman tangan aku. Aku diam. Dan ambil.

Aku. Ke KL bersama-sama ayah dan pakcik aku. Lalu ke rumah makcik itu. Umurnya mungkin dalam 30-an tika itu. Suaminya seorang askar. Mereka baru sahaja berpindah ke KL dari Sabah. Dan aku tidak mengambil duit itu kerana kasihan. Ya.. rumah mereka sangat kecil. Dengan anak-anak yang ramai. Pada usia yang muda, 7 tahun barangkali. Aku sudah ada sifat-sifat terpuji. Kasihankan orang. Selepas itu. Jika ke KL kami selalu ke rumah itu.

Barangkali, perkara yang aku sangat ingat tentang makcik itu selain kesengsaraan hidupnya bersama-sama suami ialah sambal belacan yang sedap. Sehinggakan , mak aku pernah meminta sedikit untuk dibawa pulang untuk aku.

Pagi semalam. Terima SMS dari mak aku. "Makcik sudah tiada".

Kosong

Aku. Jadi malu dengan diri aku. Seumpama menjilat ludah sendiri. Di atas lantai. Dan ludah itu bercampur tahi ayam. Begitulah.

Sekarang baru aku mengetahui sesuatu. Manusia-manusia yang terdesak. Boleh jadi melakukan apa sahaja.

Malas

Kata orang, bercuti lama-lama membuatkan kita jadi malas untuk bekerja. Betul. Aku adalah salah satu contohnya. Aku terasa begitu malas. Kaku. Buntu. Malahan, meng'update' blog pun sudah tidak mahu. Pemalas kah aku?

p/s : akhirnya berjaya juga update blog. Aku sudah tidak malas nampaknya. Haha

Selamat

Untuk semua. Selamat hari raya. Aku mahu bercuti.

Salah

Aku percaya. Dalam dunia yang fana ini, tak ramai yang mengaku kesalahan sendiri. Sebabnya. Mungkin malu. Mungkin segan. Mungkin juga ego. Ya, manusia penuh dengan sifat ego. Dan bongkak juga takabbur. Tidak terkecuali saya sendiri. Huh. :(
Aku. Walaupun tidak melakukan kesalahan sebagaimana dia. Terpanggil untuk meminta maaf. Bukankah saling bermaaf-maafan itu sifat yang terpuji? Dan aku teringat pada kata-kata Ustazah aku dulu "Sesekali, kita mesti beralah untuk menang".

Baca

Dulu-dulu. Aku sangat suka membaca. Hampir semua jenis buku aku baca. Sebut sahaja. Buku Panduan Solat, Buku Teks Kemahiran Hidup, Buku Hikayat Sang Kancil, Buku Kisah Pengembaraan 5 Bersaudara, Cara-Cara Berjimak (Opps!.. Cara-Cara Berjimat sebenarnya), Antologi Puisi, Kamus DwiBahasa (Ya, kamus pun aku baca) dan yang paling hardcore buku Panduan Telefon Telekom Malaysia. Dan tidak lupa. Aku juga rajin membaca Quran. Setiap hari diwajibkan pergi ke rumah tok guru. Mula-mula kerana terpaksa tapi lama kelamaan sudah jadi biasa. Kamu. Pasti kagum dengan aku. Sudahla kacak. Suka membaca pula. :p Hahaha.

Tapi. Itu dulu-dulu. Lamaaaaa dahulu.

Sekarang. Aku sangat kurang membaca. Kecuali surat khabar dan blog. Dan secara jujurnya. Al Quran juga sudah mula jarang-jarang baca. Walaupun kacak tapi jika jarang-jarang (sangat jarang?) membaca Quran adalah amat tidak bagus. Akan kelihatan tidak kacak juga. Pahala sudah berkurang. Sudahlah setiap hari membuat dosa. Sembahyang pun belum tentu diterima. Nasib baik aku sudah membayar zakat. Nanti-nanti besok jika sudah ketemu dengan-Nya apakah yang aku nak beritahu? "Saya tidak membaca Quran kerana saya sangat sibuk dengan urusan dunia walaupun setiap hari saya rajin membaca suratkhabar dan blog". Malunya aku kepada Tuhan.

Lelaki sejati

Kata orang. Lelaki takkan mengaku kelemahan diri. Sebabnya? Ego.
Tapi hari ini. Di laman blog ini. Sebagai lelaki sejati. Aku tanpa segan silu mengaku kelemahan sendiri. Tanpa berdolak-dalik dan bersebab-sebab. Tak payah bersumpah laknat.

Baiklah. Aku mengaku yang aku tidak romantik. Cukup?

Mengata dulang paku serpih

Soalan cepumas hari ini :
1- Kenapa awal bulan-bulan puasa ni orang secara automatik ramai je pergi surau/masjid?
2- Kenapa dekat-dekat tengah puasa ni orang dh berkurang kat surau/masjid tapi ramai kat shopping complex?
3- Kenapa dekat hujung-hujung puasa ni orang boleh bilang dengan jari dekat surau/masjid dan ramai plak lepak-lepak dekat rumah layan Cerekarama?

1999 : Bussiness

Thai stockbroker-Turned-Vendor "I'd rather be bankrupt than dead"

Mungkin. Ini adalah perniagaan pertama aku. Bagaimana ia bermula adalah sangat mudah. Satu hari, semasa di kelas. Aku dipanggil seorang senior mengatakan ada seseorang ingin berjumpa.

Dan seseorang itu ialah seorang pakcik umur lingkungan 40-an. Datang membawa design baju untuk dijual. Menyuruh aku menjadi ejen di sekolah itu dan aku akan mendapat komisen dari setiap helai baju yang terjual. Amat mudah. Namun satu persoalan, bagaimana pakcik itu mengenali aku?... jawapannya ialah kawan aku di sebuah sekolah di Melaka yang mencadangkan nama aku. Aku teragak-agak. Meminta diri ke kelas lalu memberitahu perkara ini kepada seorang kawan aku, Azli (bukan nama sebenar). Azli agak berminat dan terus berjumpa pakcik itu.

Seterusnya. Aku dan Azli menjadi ejen jualan baju di sekolah itu. Kami adalah perintis dimana selepas itu, ada beberapa student turut menjual baju-baju self-design. Sambutan sangat menggalakkan. Duit kami banyak. Sangat banyak bagi pelajar sekolah seperti kami.

2 bulan berlalu. Duit sudah diserahkan kepada pakcik itu. Tapi baju masih belum kunjung tiba. Aku dan Azli jadi gelisah. Pakcik langsung gagal dihubungi.

Masuk bulan ke 4. Kami sedar yang kami telah ditipu. Perniagaan pertama aku menemui kegagalan. Aku sangat kecewa. Kawan-kawan mula bertanya tentang baju mereka. Dan ada yang meminta balik duit. Akhirnya aku terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri membayar duit baju kawan-kawan. Aku mendapat pengajaran yang sangat berguna mengenai perniagaan iaitu jangan mudah percaya kepada orang. Berlaku jujur dan jangan mudah berputus asa!

Dan adalah baik untuk kita renungkan kisah mengenai Sirivat Voravetvuthikun. Seorang jutawan hartanah dan pelaburan dari Thailand. Dulu dia hidup mewah dengan pelbagai perniagaan dan pelaburan. Beliau boleh dikatakan seorang yang sangat berjaya sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997. Dia telah disytiharkan bangkrup. Dia kerugian USD8.7 juta berserta aset seperti kondominium mewah dan tanah. Kereta-kereta mewah beliau turut ditarik. Akhirnya beliau terpaksa menjual sandwich yang dibuat oleh isteri dan 3 anaknya di kaki lima jalan untuk menyara hidup.

Dia pernah mengaku yang pada mulanya, dia amat malu dengan cara hidup barunya. Dia berkata ini umpama terbang tinggi 10 000 kaki ke udara dan akhirnya terpaksa duduk di atas tanah menjual sandwich di kaki lima. Tapi katanya, dia lebih rela bankrupt daripada mati.

"It's not easy to do whatever we never did before, carrying a tray on the ground and sell sandwiches". "In the first week my sandwiches were not moving very quickly, but thanks to the media publicity, people begin to know me and the sandwiches soon statred selling. I feel better for myself", he added. His sandwiches are made new everyday and the unsold are given to his staff first. The remaining are given to abandoned children at Ban Rajavithi, Phayathai Shelter and to the aged at Ban Bang Kae. His main principle is to be honest to his customers, by selling them products of good quality. The unsold sandwiches would never be frozen overnight for next day sale, because that would damage the taste. He said his failure has taught him to look into reality. He said that in the past he used to think that big is beautiful and small is ugly, but now he thinks the opposite. He said he was proud that his 'never-give-up' spirit has been meaningful to his family, his employees and others who are living in despair." - petikan dari http://www.sirivatsandwich.com/

Making Money

MAKING MONEY
Free easy tips to get rich in 30 days!
You could earn as much as RM10K/month.

Available soon in this blog... =)

P/s: Orang yang tak kaya dan memberi tips tentang cara-cara untuk kaya adalah sangat memualkan. Begitu juga tentang orang yang gagal yang memberi tips bagaimana untuk berjaya. Sangat keji. Adalah lebih baik jika dapat memberi tips bagaimana mengelakkan kegagalan berulang seperti beliau. Wang bukanlah segalanya namun segalanya memerlukan wang. Tapi harus diingat gagal dan miskin bukanlah penentu kebahagiaan hidup ini. Memetik kata-kata akhir Bob Marley kepada anaknya, Ziggy semasa terlantar sakit di penghujung hayatnya, "money can't buy life"..

Satu persoalan daripada aku ; "Jika ditakdirkan kamu diberi RM1 juta, apa yang kamu akan lakukan?"

Mereka yang terpilih

Kata ustaz, jika kamu dapat pergi ke mekah. Janganlah menganggap, kamu terpilih disebabkan kamu banyak membuat kebaikan. Tapi anggaplah kamu terpilih kerana dosa-dosa kamu yang banyak. Maka, kamu tidaklah terlalu gembira malah Insya Allah kamu akan lebih taat beribadah.

Begitu juga dengan Ramadhan. Anggaplah disebabkan dosa-dosa kita yang banyak. Maka kita diberi peluang untuk merasai Ramdhan. Mendapat pengampunan dan rahmat yang banyak. Sepanjang bulan Ramadhan.

Sekian. Renung-renungkan dan Selamat Beramal.

Sentap

Pagi tadi. Lepas subuh. Terus bergerak. Hasilnya pukul 6.40 sudah tercongok depan stesen komuter. Tunggu punya tunggu. Orang dah ramai gila. Komuter tak nampak batang besi pun (komuter takde hidung). Masuk pukul 7.05, terdengarla pengumuman. Seperti yang dijangka. Komuter terlewat 40 minit.

Pukul 7.45, sebijik komuter datang dengan jayanya. Orang sendat. Penuh macam sardin. Kalau sardin tengok pun segan nak masuk. Sebagai warganegara yang prihatin, aku memberi peluang kepada pegawai kerajaan, warga kilang, penjawat awam, warga emas dan segala macam warga lagi untuk masuk dulu. Aku tunggu komuter seterusnya. Akhirnya. Aku sampai di ofis pukul 8.30.

Aku. Sangat berkecil hati dengan komuter hari ini.

PM

Smalam di ofis. Sambil mendengar ceramah. Ada sorang brother. Cuba borak-borak dengan aku dan kawan aku.
"Nanti dapat PM baru la kita ye", kata brother tersebut.
"A'ah. Abisla Paklah dan kuncu-kuncunya. Anwar dah bertindak balas", kawan aku membalas.
"Agak-agak sapala ahli BN yang nak melompat tu?", tanya aku sekilas.
"Ceh! Aku cakap pasal Project Manager kita la. Bukan Perdana Menteri! Kan Project Manager dulu dah berhenti... Aparaa", brother.
"Ooo...", kami sambil tersipu-sipu.

Aiskrim

1992. Balik kelas fardu ain hari itu panas terik bukan main. Budak-budak ramai yang tak datang. Adala 2-3 orang datang yang kuat semangat. Jarak rumah aku ke sekolah tak jauh pun. Boleh nampak dari rumah. Selang 3 buah rumah. Betul-betul tepi sekolah. Ada rumah makcik jual aiskrim asam. Aiskrim buat sendiri. Kat dalam ada taruk asam jeruk mangga. Takpun jeruk cermai. Aiskrim dia boleh tahan la.

Aku. Berjalan seorang. Laju-laju. Hajat di hati sampai di rumah nak pasang kipas nombor 5 (maximum) pastu tido sepuas ati. Sambil tunggu berbuka. Sampai di depan rumah itu. Aku rasa tak sedap hati. Nampak budak-budak ramai. Ni tak boleh jadi.Sekilas aku dah di muka pintu rumah makcik tu.

Dan sesampai di rumah, kakak aku tegur "ha! tak puasa ke hari ni?"
"Err..err", aku.

Tandus

Otak beku. Tangan kejang. Pergerakan terbatas. Mata rasa berat. Aku. Terbayang sirap bandung. Ayam percik. Murtabak. Ayam masak merah... Fuh, Cobaan.

Wajah Yang Sedih

Melihatnya. Aku rasa sedih.

Dulu. Arwah ayah selalu membawa kami ke rumah dia. Sambil membawa beras atau makanan. Dia tinggal dengan neneknya selepas ibunya meninggal sewaktu kecil. Dia dan neneknya yang tua. Berdua. Di rumah yang sangat daif pada pandangan aku. Jika Bersamamu wujud pada ketika itu, dia dan neneknya mungkin masuk rancangan itu.
Sebenarnya ayahnya masih ada. Ayahnya adalah adik ayah aku. Dan dia adalah sepupu aku. Ayahnya berkahwin lain dan tinggallah dia di situ. Berdua.

Perjalanan hidupnya sangat menyedihkan. Sungguh.Beberapa tahun lepas, neneknya pula meninggal dunia. Dan dia keseorangan di situ. Ditakdirkan, dia cerah hatinya. Mendapat tempat di universiti. Selepas grad, dia ke KL. Mendapat kerja. Dan kami terputus berita.

Baru-baru ini, dia ke rumahku. Umurnya sudah menjangkau 30. Hampir tidak kenal. Dia amat kurus. Sugul wajahnya. Sangat sedih. Mungkin kedaifan atau kemiskinan menjadikan dia rendah diri. Mungkin. Sewaktu berbual dia asyik menunduk. Termenung seolah-olah memikirkan kehidupan sendiri.

Dia selamat menjadi seorang isteri pada 30/08 lalu. Semoga lelaki itu dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan padanya. Semoga tiada lagi wajah sedih. Amin.

Gula-gula Bajet

Kamu
Mungkin digula-gula
Dengan bermacam-macam
Mungkin
Gembira sekejap

Tapi
Akhirnya tetap sama
Hidup seperti biasa
Kembali
Seperti ayam

CrAyoN (0747am, Cubicle kecil)

P/s: Sekembali ke tanah air, aku menjadi agak puitis. Terasa-rasa ingin bersajak, berpantun, bersyair dan apa-apa sahaja. Bercerpen juga mungkin. Buang tebiat ke aku? Hahaha...

Tahi

Berbondong-bondong keluar
Dari lubang yang satu
Rupa pelbagai
Cair, pekat, kecik, besar, panjang,lonjong, tompok-tompok
Bentuk bujur sireh juga
Barangkali

Warna bermacam
Kuning, hitam pekat, coklat
Dan mungkin sedikit merah
Kalau sembelit

Busuk
Jatuh ke lubang jamban akhirnya

Manusia
Yang bodoh
Dan diperbodohkan
Barangkali malas berfikir
Atau sengaja buat-buat pandai

Walaupun dungu
Akal di kepala lutut
Tuhan dipinggirkan

Kamu
Umpama tahi

(CrAyoN - 27 Ogos 2008, cubicle kecil)

Kembali

Kata orang.. jauh perjalanan luas pemandangan.

Pemberitahuan...

Encik Crayon akan bercuti panjang kerana menguruskan hal-hal kehidupannya. Beliau akan kembali menulis setelah selesai. Harap maklum dan semoga ceria-ceria selalu. =)

Tali

Pagi tadi. Kawan aku. Tiba-tiba berteka-teki.
"Dalam banyak-banyak tali, tali apa paling panjang?"- dia
"Ntah"-aku dan kawan-kawan yang lain.
"Jawapannya tali panjang"- kawan aku.

Nak kena taichi jugak kepala budak ni.

Belasungkawa.. Oghe Koto Bharu

(gambar ihsan Berita Harian)


Aku melawat laman blog Rudy bluehikari. Terkesima dengan berita pemergian penulis berbakat ini. Lalu, aku tulis sesuatu pada buku tamu :
"Teringat buku tulisan beliau. Orang Kota Baru. Aku menanti lama. Mencari-cari di segenap kedai. Ye. Salah satu sebab aku membelinya kerana aku bergenetik kedaerahan sama dengan tajuk buku itu.. Akak penjaga kaunter senyum sinis semasa aku membayar.. Buku yang sarat dengan mesej tersirat. Dan tak lupa juga cerita Jogho. Satu-satunya VCD original yang aku beli adaptasi novel beliau ‘Juara’. Juga penuh dengan mesej. Al-Fatihah untuk beliau. (SN S. Othman Kelantan)"- Crayon

Aku khatam buku Orang Kota Baru sebanyak dua kali. Aku terpegun dengan cerita mengenai gangster-gangster yang ada di Kota Bharu. Dan juga sekolah-sekolah pondok yang banyak. Ulama dan gangster berada bersama-sama di Kota Bharu. Begitu juga dengan Biaritz Park yang terkenal dengan sarang pelacuran. Menarik bukan. Oh tak lupa mengenai jolokan Paris Malaya terhadap Kota Bharu. Politik yang bergolak. Sikap kenegerian. Mafia. Dan pelbagai lagi. Penuh mesej tersirat.

Sebenarnya, aku baru sahaja mengulang tayang menonton cerita Jogho. Ya.. adaptasi novel beliau. Dan untuk rekod. Satu-satunya VCD original Melayu yang aku beli. Cerita yang sangat menarik bagi aku. Dialognya dalam bahasa Kelantan-Thai. Cerita yang simple sahaja. Mengenai laga lembu dan konflik yang berlaku disekeliling lewat suasana perkampungan Melayu-Thai.

Takziah untuk keluarga Allahyarham. Dan Al-Fatihah. Kita bakal menyusul..

Ntah nape 2-3 hari ni aku rase CIMB adalah bank paling hampeh di seluruh Bima Sakti

2 hari lepas. Aku ke CIMB Seksyen 18 Shah Alam. Nak buat cash deposit. Tapi mesin cash deposit ada satu je berfungsi. Satu lagi "temporarily out of service". Orang beratur daripada dalam hingga ke luar pintu pagar. Ramai gile macam nak beli goreng pisang Azmi dekat stesen komuter Shah Alam. Aku jadi tak bersemangat. Trus blah balik rumah tido.

Semalam. Aku ke CIMB dekat KJ. Mesin amik nombor rosak. Kene beratur secara manual dulu sebelum brother kat pintu tu bagi nombor. Orang tak berapa ramai. Tapi benda paling penting iaitu mesin amik nombor telah gagal berfungsi. Maka jadi kelam kabut. Aku jadi bosan. Nasib baik brother tu banyak membantu.

Petang semalam. Aku ke CIMB seksyen 9 Shah Alam. Ceh! takde mesin cash deposit. Pastu aku gi ke CIMB bangunan UMNO Shah Alam. Ada 2 mesin cash deposit. Dua-dua "temporarily out of service". Aku jadi buntu. Apekejadahnye sume asyik "temporarily out of service" ni!!!!. Time nak balik aku singgah kat CIMB Seksyen 15 Shah Alam lak. Pun sama. Mesin cash deposit takde. Aku dah panas. Tapi bley sabar lagi. Aku balik rumah. Makan nasik lemak ayam goreng masak berempah.

Pagi tadi.. kemuncak segala-galanya. Aku gi CIMB Seksyen 18 skali lagi. Bajet takde orang. Pukul 6.15 dah ada 3 orang tengah beratur dekat mesin cash deposit. Gile ape?? Tak tido ke diorang? Asyik beratur kat mesin tu je kerjanye...Seperti biasa satu lagi mesin "out of service". Ngam-ngam brother yang terakhir guna mesin tu. Tiba time aku. Baru je aku nak cucuk kad. Satu kenyataan timbul dekat itu punya mesin "temporarily out of service". Haiiitt!!! Aku jadi mendidih. Ini sudah lbey!!! Aku karate mesin tu. Trus aku capai kayu dekat tangga, aku pecahkan cermin kaca. Itu jam ,aku tetiba ternampak botol petrol dengan minyak tanah dekat kedai sebelah. Aku amik dan curahkan. Lepas tu, ngam-ngam aku amik lighter dalam poket seluar jeans Levis aku. Aku cucuh dan bakar seluruh mesin-mesin dekat situ. Semua orang jadi kaget menyelamatkan diri. Bunyi alarm bank toksah cerita bising. Suasana tetiba jadi havoc. hahahhahaha... aku ketawa puas hati! Padan muka ko CIMB bank!!!!!

P/s: Peristiwa dengan huruf italic di atas hanya khayalan penulis sahaja. Harap maklum. Satu lagi, aku harap pegawai-pegawai CIMB tengok-tengokkan korang punya mesin kt Shah Alam ni. Asyik "out of service" je manjang. Jangan salahkan aku kalau lambat bayar kad kredit bulan ni. Sekian.




MC

Bangun pagi. Tekak rasa sakit. Kerongkong pedih. Ada kahak hijau. Kepala pening.
Ahh.. tak bley jadi ni. Pergi klinik. Jumpa doktor, dapat MC sehari. Yahoo!

Dulu-dulu. Time skolah. Susah benar nak cuti. Kadang-kadang. Stakat sakit tahap-tahap biasa ni. Kene paksa pergi skolah jugak. Sebab itulah, aku pernah dapat kehadiran penuh untuk setahun. Beberapa kali. Tak pernah ponteng. Amacam? Skema tak.. haha.

Time-time sakit ni. Rasa nak makan pelik-pelik. Macam orang mengidam plak. Daging kijang masak pedas. Gulai kibas. Kari daging unta. Sirip jerung betina lahir bulan januari. Ada sapa-sapa tahu kat mana nak cari? Hahaha...

Tips dari kawan

Tut.. tut (sms) .. "Ada beberapa minggu lagi. Aku tahu ko dah tak sabar" - dia

"Aku rilek je.. Bley kontrol lagi ni" - aku balas.

Tut..tut (sms).. "Ingat!! Jangan gelojoh.. Slow and steady..hehe" - dia lagi

"Ceh" - aku reply ringkas sambil senyum-senyum kambing. Hahaha

P.s : Budak-budak kalau tak paham, pi main jauh-jauh. Orang dewasa tengah borak. Hahaha

Babi

Sesekali berjumpa kawan aku. Kitorang borak-borak sambil minum-minum dan makan-makan.
Kawan aku kerja biase-biase je. Orang kata bukan kerja makan gaji. Sendiri-sendiri punya kerja. Sendiri keluar modal, sendiri untung, sendiri rugi. Kalau dalam form untuk anak sekolah yang ada tulis pekerjaan bapa tu. Aku saspek dia akan taruk "buruh" sebagai pekerjaan. Hehe

"Ko tengok rambut aku dah banyak uban", kawan aku.
"A'ah, ko banyak berfikiran kot. Takpun ko terlalu banyak untung. Juta-juta mungkin. Haha.", aku
"Untung la sangat. Aku kerja macam babi. Siang malam kerja. Kalau babi, dah lama mampos. Nasib baik aku hidup lagi", kata dia lagi.
"Err.. tadi aku terpegang lengan ko. Kene samak la ni. Abis tu ko cakap ko macam babi", aku.
"hahahhaa..", kami.

Selepas itu kami pun pulang ke rumah masing-masing. Sekian.

GAMBAR PANAS, GAMBAR HANGAT!!!

Ekslusif... aku tampilkan GAMBAR PANAS dan HANGAT..


(kredit gambar untuk AXN)

Amacam??? ada cukup hangat ka? hehe

AKU KAYA..

Tak disangka-sangka. Smalam aku mendapat durian runtuh. Serius. Secara total. Pulangannya ialah RM111,478.90. Aku sendiri tak percaya. Tapi memang ada dalam buku bank. Btul-btul ada. Aku dah tengok banyak kali. Memang ada. Tak dinafikan secara jujurnya duit tu ada. Bukan tipu. Aku dah kaya rupanya. Haha..

Alkisahnya, 3 bulan lepas. Aku join projek kawan aku. Asalnya hanya nak membantu. Tapi dia menolak. Dia kata join a skali. Kiranya aku ada sher la. Dan smalam. Dia kol. Dia kata. Ada nampak duit sudah masuk ka? Aku terus check dan... hahahaha.. Memang ada. Aku gembira. Aku ingat lepas ni bley a wat blanje kahwin. Takpun wat bayar downpayment kete Persona sebijik. Takpun wat beli banglo atas bukit. Takpun wat gi jenjalan. Gile a.. duit ada. Hati gumbira! Haha

Tut..tut..tut.. (bunyik loceng henset)

Cilakak.. mimpi rupanya. Hampeh btul..

Melukut di tepi gantang

Pada suatu petang yang damai. Datang kawan aku. Duduk bersebelahan aku kat ofis. Dengan muka serius dia ajak aku borak-borak.
"Minyak naik skang ni", kawan aku membuka bicara dengan muka sedih.
"A'ah", aku jawab selamba badak.
"Aku ingat nak tukar kete la. Ko tahu tak kete ape yang jimat minyak?", dia tanye lagi.
"Aku tahu la 2-3 jenis kete. Tapi yang paling aku rekemen kat ko. Satu kete ni. Minyak memang tak pakai langsung. Diorang kate teknologi dari Jepun", aku jawab tanpa melihat dia.
"Yeke. Kereta ape?", dia kelihatan makin bersemangat.
"Kereta tolak", aku.

Gelandangan

Umurnya dalam lingkungan 14-15 tahun. Mungkin. Kurus sahaja kelihatan. Berbaju kurung dan bertudung sambil membawa beg sarat berisi barang. Aku tengok dia mundar mandir. Dari seorang ke seorang pelanggan stesen minyak tersebut. Setiap kali ada orang yang tidak menghiraukannya atau tidak berminat dengan barangnya. Mukanya kelihatan sugul. Tapi dia tak pernah kecewa. Dicuba lagi pelanggan lain. Begitulah setiap masa.

Aku memandang sahaja dari kejauhan. Dari atas bas itu. Aku lihat jam. Sudah pukul 10 malam. Di tengah-tengah lebuh raya. Waktu malam. Masih ada lagi rupanya yang mencari rezeki untuk sesuap nasi. Benarlah.. dalam keadaan terdesak atau terpaksa. Manusia boleh sahaja melakukan sesuatu yang tak dijangka.

Pernahkah???

Adakah pernah engkau mengalami satu situasi dimana engkau rasakan tersangat terdesak?
Dimana semua jalan untuk penyelesaian sudah kelihatan tertutup pada pandangan engkau. Dan masa yang ada amat singkat. Engkau terasa seolah-olah susah untuk bernafas menghirup udara segar. Sesak sekali.

Engkau rasakan sangat tertekan. Murung. Hiba. Jiwa kacau. Semuanya bercampur gaul. Satu demi satu cubaan. Ujian dariNya. Ditambah dengan kesuntukan masa untuk membuat keputusan yang tepat. Engkau rasakan semua perancangan yang dibuat sukar untuk menandingi perancangan Yang Maha Kuasa. Semuanya serba tak kena. Hampir semuanya. Dan dalam kesilapan perancangan itu. Engkau menangis. Bukan kerana kebodohan diri atau kerana ujian yang menimpa jauh sekali menyalahkan Yang Esa. Tapi kerana engkau rasakan teramat kerdil. Tiada kuasa sama sekali serta menginsafi kekurangan diri. Sesungguhnya Dia juga yang Maha Mengetahui.

Aku... Mohon dengan sangat ya Allah!!!

Kenangan Mengusik Jiwa 1999 : Dia. Pertama

Slalu-slalunya, kita akan lebih ingat perkara-perkara pertama yang berlaku dalam hidup.

Pertama kali pergi sekolah. Pertama kali dapat nombor pertama. Pertama kali mengorat. Pertama kali pergi obersea. Pertama kali berjauhan dari keluarga. Pertama kali naik bas. Pertama kali jumpa tok mudim. Pertama kali pergi interview. Pertama kali dapat kerja. Pertama kali ada kereta. Pertama kali ada awek. Pertama kali bercinta. Pertama kali clash. Pertama kali kahwin. Pendek kata, semua benda pertama adalah sejarah dalam hidup. Dan kita akan mengingati perkara pertama tersebut.

Dia adalah cinta monyet pertama aku. Cinta monyet umpama monyet bergayutan. Kadang-kadang bila terjatuh. Sakit sekali. Haha.. Tapi dia bukanlah cinta pertama aku. Saat-saat dia berkata 'tidak' untuk aku. Juga merupakan benda pertama. Iaitu pertama kali direjek. Haha..

Daripada sejarah direjek pertama kali, barulah kutahu. Rupa-rupanya, suka bagi perempuan ada banyak maksud. Maybe dia suka kita sebab kita hensem, maybe dia suka kita sebab kita baik. Maybe dia suka kita sebab kita slalu tolong dia. Maybe juga sebab kita bijak. Atau, maybe dia suka kita sebab kita kelakar. Tapi.. suka disini bukan bermaksud dia mencintai dan menyayangi kita. Suka adalah suka. Umpama suka main bola. Suka makan megi. Suka berkawan. Begitulah adanya..

Ahh.. melankolik sekali aku hari ini. Apa-apapun Selamat pengantin baru untuk dia pada 30/06/2008. Semoga berbahagia.

Lelaki poliTIKUS Melayu

Aku jarang bercakap tentang politik. Tapi tak bermakna aku tak amik tahu hal-hal politik semasa ni. Sebabnya mudah. Aku rasa memang budaya kita. Asyik berpolitik sahaja 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sbulan, 12 bulan setahun. Pendek kata... Setiap masa.

Sudah-sudahlah. Rakyat dah nak mampos dengan kenaikan harga barang itu, barang ini. Korang dok asyik berpolitik. Fitnah sana, fitnah sini. Liwat sana, liwat sini. Rogol sana, rogol sini. Skandal sana, skandal sini. Sampai isu kenaikan harga minyak dah tenggelam. Sudah-sudahlah.. Aku dah nak muntah dengar.

Cuba-cubalah banyakkan baca Quran. Takpun berzikir. Takpun solat sunat. Dapat jugak pahala.

Kawan aku

Nama dia Iwan. Aku panggil Wan saja. Aku kenal Wan dah lama. Sejak dari sekolah menengah lagi. Membawa ke sekolah asrama dan seterusnya masuk universiti. Dari segi penampilan, Wan agak tak smart. Jauh skali untuk menggosok baju sekolah hari2. Basuh baju pun 3 minggu skali. Tu pun kalau dia rajin. Kalau malas, anta dobi je la. Dari segi fizikal, Wan ni bertubuh agak gempal skit. Dengan perut agak gendut. Kepala botak. Tak bersukan gamaknya Wan ni. Petang2 tido je.

Dulu, masa kat sekolah asrama. Wan agak digeruni budak perempuan. Wan ni agak ganas dan suka main2. Pastu Wan macam ada temper skit. Slalunya dia akan mengamuk tak tentu pasal walaupun dengan kes-kes kecil seperti hilang pemadam atau cikgu fizik lambat masuk kelas. Padahal Wan bukan ketua kelas pun. Jauh sekali dia minat matapelajaran fizik. Wan Wan, rilek2 dahla..

Masuk tahun berikutnya, Wan agak berubah. Dia makin user friendly orang kata. Kalau bercakap tu, ada diplomasi jugak la. Baju plak dah bergosok. Rambut simpan ada panjang skit. Slalunya dia skit belah blakang. Time ni barula nampak macho skit si Wan ni. Dari segi cara hidup pun dah berubah. Dulu2, dia dengar kaset Linkin Park, Limp Bizkit takpun paling koman Cromox. Tapi skang dia dengar Westlife dengan KRU. Ape cite ni Wan??

Nak dijadikan cerita rupanya Wan ni ada minat kat sorang budak perempuan ni. Cun la jugak. Nasib baik dia minat budak lain. Bukan budak perepuan yang sama dengan aku minat. Kalau tak, mau berpatah arang berkerat rotan aku dengan Wan. Wan nak tekel budak perempuan tu tapi dia malu. Siot la Wan. Ingatkan ganas sangat. Ada jugak sifat malu tu. Dia soh orang lain tolong tekel untuk dia. Maneley camtu Wan. Tak kopi jantan la macam ni.. Tapi, aku dah agak. Wan takkan dapat budak tu. Budak perempuan tu dah minat kat orang lain. Tu a ko Wan. Lambat sangat.

Sudah takdir agaknya. Wan ni masuk Universiti pun sama ngan aku. Ceh.. ape punya bosan. Asyik tengok muka dia je... Tima kat universiti. Wan asyik memain je. Dia tak berminat nak belajar langsung. Final year, Wan tak siap tesis. Dia blah balik kampung pastu buat bisnes penternakan dan pertanian. Pelihara ayam, itik. Jual telur ayam. Bela ikan keli. Tapi last2 sume tak jadi. Pastu ada satu kali. Dia penah hampir dapat tender kontrak gomen. Pun tak jadi jugak. Last2, dia kije pasang kanopi untuk kenduri kendara dan untuk majlis2 kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat. Semua dia bantai.

Minggu lepas aku balik kampung. Ingat nak jumpa Wan tanya perkembangan. Mak dia kata dia dah fly gi United States. Nak holiday kat sana dalam seminggu dua. Fuh... gile a ko Wan!

Perkara bangang yang kita buat

Dalam hidup ini. Ada ketika kita terbuat atau sengaja buat perkara bangang.
Tadi, time break trus bergegas ke Shah Alam. Sampai2, perempuan tersebut berkata, "sori encik, dokumen tak lengkap. Lain kali nak datang bagitau dulu"
"Err.. Baiklah", kata aku.
Dan tiba-tiba aku rasa adrenalin aku bergerak pantas. Aku rasa macam terlalu bangang. Membuat kerja-kerja bodoh. Dahla nak pergi Shah Alam ikut federal tu tol pergi balik Rm2.20. Nak keluar dalam keadaan panas matahari. Minyak kereta lagi. Masa yang terbuang lagi. Kalau aku dok ofis tadi kan bagus. Dapat baca harian metro terkini.
"Apekejadahnya aku tak telefon dulu tadi. Kan dia dah bagi nombor tepon?"

Hey There Delilah


Hey There Delilah
(Plain White T's)

Hey there Delilah
What's it like in New York City?
I'm a thousand miles away
But girl, tonight you look so pretty
Yes you do
Times Square can't shine as bright as you
I swear it's true

Hey there Delilah
Don't you worry about the distance
I'm right there if you get lonely
Give this song another listen
Close your eyes
Listen to my voice, it's my disguise
I'm by your side

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me

Hey there Delilah
I know times are getting hard
But just believe me, girl
Someday I'll pay the bills with this guitar
We'll have it good
We'll have the life we knew we would
My word is good

Hey there Delilah
I've got so much left to say
If every simple song I wrote to you
Would take your breath away
I'd write it all
Even more in love with me you'd fall
We'd have it all

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me

A thousand miles seems pretty far
But they've got planes and trains and cars
I'd walk to you if I had no other way
Our friends would all make fun of us
and we'll just laugh along because we know
That none of them have felt this way
Delilah I can promise you
That by the time we get through
The world will never ever be the same
And you're to blame

Hey there Delilah
You be good and don't you miss me
Two more years and you'll be done with school
And I'll be making history like I do
You'll know it's all because of you
We can do whatever we want to

Hey there Delilah here's to you
This one's for you
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me.
Ntah nape aku suka lagu ni.. Mungkin lagu dia. Mungkin lirik dia. Sambil2 buang masa, aku cari kat internet pasal lagu ni. Kat bawah ada beberapa trivia berkaitan :
1- Lirik ditulis Tom Higgenson. Salah sorang ahli kumpulan ni berdasarkan gadis cun bernama Delilah DiCrecenzo. Gadis ni telah me'reject' Higgenson untuk keluar bersama. Higgenson kata "I thought she was the most beautiful girl I had ever seen". Bertuah ko Delilah.
2- Higgenson cuba mengorat Delilah dengan berkata dia ada mencipta sebuah lagu untuk Delilah. Sedangkan lagu sebenarnya dicipta setahun kemudian...Hmm
3- Majalah TIME menamakan lagu ini salah satu daripada 10 lagu terbaik untuk tahun 2007.
4- Tercalon dalam Grammy Award 2008 untuk Song of The Year.
5- Berada dalam kedudukan teratas dalam Billboard Hot 100 pada July 2007.
6- Saya pernah mendengar ulang lagu ini tanpa henti selama 8 jam setiap hari. Selama beberapa hari. Lagu sama... Apa sudah gila ka?

Spain 1 - 0 Germany

Akhirnya...

"Kami menang sebab kami tidak kalah, kalau kami kalah dalam perlawanan ini, semestinya kami tak menang. Begitu juga German, kalau depa menang, kami yang kalah dan kalau depa kalah, kami yang menang. Yang menang tetap menang, yang kalah boleh cuba lagi!" - kata Torres kepada pemberita.

"Shut up you!" - kata Ballack lalu melibas kepala Torres dengan kasut bolanya.

P/s : Situasi di atas hanya khayalan penulis sahaja. Harap maklum. =p

Dan gembiralah engkau..

Malam Smalam.
Engkau masuk umah aku kat kampung. Engkau kopak pintu umah time semua orang tido.
Engkau masuk bilik mak aku. Amik semua barang kemas mak aku. Amik semua dokumen penting mak aku. Amik semua duit dalam beg mak aku. Amik beg mak aku. Amik kredit kad mak aku. Amik handphone mak aku. Amik VCD player adik aku.

Banyak yang engkau dapat. Pasti engkau gembira kan???
CELAKA!!

Engkau telah menyusahkan mak aku. Nak kene wat report. Nak kene wat IC balik. Nak kene beli handphone baru. Nak kene block kredit kad. Nak kene macam2 lagi... Mak aku mesti susah hati. Keselamatan duduk di kampung dah takde. Dah tak tenteram.

Dan aku rasa engkau adalah orang yang kami kenali wahai celaka. Engkau penah datang umah aku. Aku tahu. Sebab engkau tahu pintu mana nak masuk. Engkau tahu kedudukan bilik. Engkau tahu kedudukan almari dan barang kemas. Engkau tahu banyak.

Wahai pencuri.. engkau penah dengar peribahasa melayu "sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Engkau jangan senang hati sangat! Ingatlah hasil yang engkau makan tu adalah haram. Aku tahu engkau penah pegi skolah agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”. (riwayat At-Tirmizi).

... dan aku harap engkau insaf.

Permainan apakah itu?

Euro 2004. Aku berjaga. Tiap-tiap malam lepak dengan kawan2 tengok bola. Lepas abis, pegi kedai. Makan-makan. Sampailah kesudahannya. Greece menang.

Euro 2008. Ura-ura nak bangun. Tengok bola. Sedar-sedar dah pukul 6.30pg. Shebby Singh tengah bagi ulasan perlawanan. Begitulah setiap hari. Sampai aku tak tahu sapa yang menang sape yang kalah. Mujur ada radio dan tivi. Ada jugak modal nak berborak pasal bola. =p

"4 tahun lepas stakat berjaga malam ni. Takde problem la. Tapi kenapa skang ni mengantuk lain macam je", aku.
"Maybe ko dah tua untuk permainan bola. Aku rase pada umur-umur ko ni, baik ko tumpu pada permainan lain", kawan aku sambil gelak sakan.
"ceh"

Kenangan Mengusik Jiwa 1998 : Dia. Sweet


10.30pm.

Malam selepas prep. Semua budak perempuan dah balik. Sunyi sepi. Aku ke meja dia. Buku itu aku selak perlahan2. Aku baca baris demi baris. Sampai satu ayat yang menarik perhatian.

"Saya suka Cray sebab dia kelakar dan sweet"

Dia suka aku. Ohh..Senyum. Bangga. Lubang hidung sukar dikawal.
Tapi..Err, sweet??? Dia kata aku gula-gula?.. huh


Pengalaman saya menaiki bas TRANSNASIONAL

Balik kampung skali skala memang amat mendamaikan. Sebagai rakyat kelas marhaen yang terbeban dengan kenaikan harga minyak. Pengangkutan bas Ekspres adalah pilihan yang tepat dan bijak. Setelah membuat kajian secara ilmiah dan tesis, saya memilih bas transnasional (atau bas Trans).

Bas Transnasional memang amat banyak. Boleh dikatakan hampir ke semua destinasi dia ada. Pengalaman membeli tiket, amatlah senang. Kerna tiket bas transnasional menggunakan komputer sepenuhnya dan terdapat link dengan hampir seluruh kaunter2 transnasional di Malaysia (saya rasa la). Disini, pujian patut diberikan.

Pengalaman balik kampung menaiki bas Trans, tidak ada masalah ketara kecuali bas lewat. Hal ini memang lumrah. Lagikan kapal terbang pun boleh delay, inikan bas. Getus hati saya.

Pengalaman balik semula ke KL setelah bercuti di kampung lagi satu hal. Setelah menunggu dalam jangka waktu 30 minit, bas baru tiba. Masalah lain, tiba2 sahaja bas trans ni gabungkan bas yang akan saya naiki dengan bas yang lain (yang turut ke detinasi sama). Maybe tak cukup penumpang dan untuk bajet. Saya rase... Paling hampeh, tiket jadi bertindan. Tiket tempat duduk saya telah diduduki oleh ntah mamat mane. Saya amat marah sekali. Sekonyong2, baik tak payah pakai tiket. Driver menyuruh saya duduk di mana sahaja tempat kosong mengikut keselesaan saya. Apekejadahnye! Driver plak saya dapati merokok dengan konsisten. Bukankah dalam bas telah tertulis. DILARANG MEROKOK. Ape ko tak reti baca tulisan rumi ke? Ini boleh menjejaskan pengudaraan dalam bas. Lagi bahaya jika terdapat ibu2 mengandung.

Kesimpulan disini :
1- Bas lewat. Hampeh. Macamane kalau aku kerja esok pagi? Sape nak datang amik aku kalau bas lewat?
2- Driver merokok. Aku tau la korang bosan. Asyik drive je. Tapi keselesaan orang yang tak merokok perlu diambil kira. Kalau macam tu baik takyah tulis papan tanda DILARANG MEROKOK.
3- Tempat duduk bertindan. Korang ni bajet ke ape nak gabung bas? Macamane kalau aku ni pelancong asing yang baru first time naik bas TRANSNASIONAL? Mesti diorang kutuk2.
4- Aircond sejuk gle. Cam kat eskimo. Suis nak tutup aircond aku tak jumpe. =p
5- Err.. driver korang ni cukup tido ke? Aku nampak cam kuyu semacam je mata.

Sekian dari saya melaporkan.

Adakah mungkin..



Mungkin nanti, aku akan mula bosan dengan cara aku menggunakan masa. (Lebih kepada buang masa sebenarnye).. Dengan benda2 yang tak berfaedah langsung (lagha?). Lalu, pada suatu masa yang sudah ditentukan. Aku mula meminta2 untuk dikembalikan pada masa itu..

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu adalah di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan ber­pesan-pesan dengan Kebe­naran dan berpesan-pesan dengan Kesabaran." - Al 'Ashr

Mungkin aku terlalu banyak bercakap..

Aku dapat rasakan. Dia bengang. Tadi, berbual2. Ramai2. Dan tiba2 aku menyebut sesuatu yang menyakiti dia. Niat aku hanya untuk bergurau. Tapi, mukanya berubah. Beginilah jadinya jika banyak bercakap. Mungkin aku perlu lebih mendengar dari bercakap. Atau diam sahaja. Sepatutnye begitulah..

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

Tips Menjimatkan Minyak.. Tinjauan umum

Dah dekat 2 minggu lbey harga minyak naik. Kesan domino mula berlaku. Harga barangan turut meningkat. Sebagai seorang yang prihatin dengan masalah ini, aku telah melakukan satu tinjauan umum dengan menyoal selidik rakyat jelata bagaimanakah caranye untuk menjimatkan penggunaan minyak supaya rakyat keseluruhannya tidak terbeban dan pemimpin2 negara yang kite sayangi tak perlu memotong mana2 elaun diorang. Bukankah ini bagus?.. Ayuh sama2 kita tengok :

"Lu guna itu ubat gegat, masuk dalam tangki time penuh. Sure sebulan lu tarak payah kasi isi minyak lagi maa.. Kalau lu mau, kasi angkat satu plastik besar ubat gegat. Setaun punye stok. Manyak bagus." - Ah Keong (tauke kedai runcit)

"Bro, lu naik motor lagi baik. Lu pakai kereta takde gune. Tak thrill. Tak bley nak cilok sane, cilok sini. Gua lagi suka naik motor. Skang gua pakai itu Honda EX5 modified punya. Kalau stakat Satria GTi, kacang buncis je gua potong dekat federal highway tu. Berdesup gua naik" - Joe, bukan nama sebenar (hardcore mat rempit)

"Saudara bawak kete jangan laju2. Slow je. Agak2 dalam 80km/j. Lagi slow lagi bagus. Pastu jangan slalu brek mengejut. Kang tak pasal2 minyak abis. Lagi satu jangan bukak aircond. Pakai kipas tangan je. Takpun kipas yang pakai bateri tu. Jimat saudara. Saya pun penah cuba."- En. Awaluddin (penganalisis keselamatan jalan raya)

"Incik, ini produk sangat bagus. Skali masuk. 40% jimat itu minyak. Tarak susah guna. Taruk sahaja dekat itu enjin. Kasi cuba la incik. Suda ramai orang cuba. Money back guarantee incik" - En. Raja (jurujual alat penjimatan minyak)

"Penah dengar NGV?.. Haa.. ini yang aku nak cite ni. Engkau ada bace paper tak? Kerajaan skang ni galakkan rakyat pakai NGV. Banyak kelebihan NGV ni. Ko try la pasang. Murah je. Kalau nak contact aku ye"- Abang Nasir (Pengawal keselamatan di pusat pemasangan NGV)

"Susah2, naik RapidKL je la dik. Kete parking kt umah. Makcik ni ari2 naik bas. Singgit je bayornye" - Makcik Hasnah (operator pengeluaran wanita)

"Aku rase kite campur air ngan petrol dengan nisbah 40/60. Amacam? Jimat banyak kite ni. Dahla Selangor air free." - kawan aku.

Blackout satu hari macamana saya mahu tingkatkan produktiviti???

Bayangkan dunia ini tanpa elektrik...
Masuk satu jam elektrik takde, mati kutu. Aku menghadap komputer, komputer menghadap aku. Aku sengih. Skrin komputer tak sengih.
Ah... Balik awal la arini.

Pisang

Kat tempat aku ni, time ari Jumaat ada org letak pisang kat masjid. Makan pisang di kala perut lapar adalah amat sedap, tambah2 pisang free. Slalunye benda free amat sedap, tak tau kenapa maybe sebab free. Hoooho..=p Aku rase lumrah manusia, suka benda free kot (aku rase je la). Tengok a bubur lambok kampung baru. Beratur2 orang time pose.

"Aku tertanye2. Kenapa orang slalu letak pisang kat masjid ek?.. Kenapa tak letak buah lain? Buah epal ke, jambu batu ke, oren sunkist ke, durian ke, dokong ke. Takpun letak nasi ayam goreng berempah ke, nasi beriyani gam muar ke, nasi dagang ke.. Amacam? hehe"- aku.
"Makan je la. Ada orang bagi pun dah baik"- kawan aku.

Rahsia buat duit dengan kad kredit?

Malam semalam, sambil layan seekers aku ternampak satu kertas kaler2 terjulur bawah tv. Rupenye macam flyers ntah company ape. Flyers ni dah lame ada kt umah aku. Aku amik baca. Tajuk die "Rahsia buat duit dengan kad kredit". Sebelum ni aku tak pernah hirau pun. Menarik ni. Aku dah la banyak kad kredit. Slalu abiskan duit dengan kad kredit adela. So, aku amik bace... dan hasil dari pembacaan aku adalah seperti di bawah... jeng3!!

1. mesti ada kad kredit(of course la, nama pun buat duit dengan kad kredit)
2. tak payah kerja (goyang kaki kt umah rilek sambil baca Mastika dpt duit)
3. dalam seminggu bley dapat rm4000 (banyak woo) pastu bley cecah dalam rm10000 (bapak banyak!)
4. Pastu syarikat ni menurut katanye bertaraf international (Bangladesh ade?)
5. company ofis kt PJ (tak nyatakan lokasi pon.. klu tak bley aku nak g tgk.)
6. company berdaftar (siap ada nombor pendaftaran tu)
7. pastu macam biase la kat belah belakang ada testimoni. Ada tunjuk gambar brother2 macho n akak2 tengah berdiri sebelah BMW n Mercedes mata belalang (standard a ni.. cliche <--- perhatikan sy menggunakan ayat ni dengan jayanye.. dh lame aku tunggu nk guna ayat tu)
8. Yang paling menarik ada gambar Irma Hasmie (ala yg bukak2 kotak roda impian dlu tu)- die ni pun masuk gak ke?? hmm... siap cakap masuk melalui kawan tu. Si Irma ni menurut dalam tu die tulis dah dapat pendapatan cecah rm4000 seminggu. Hehehe.. patut a die dh lame tak bukak kotak roda impian tu. Aku syak die dah kaya la... =p
9. Mengikut hukum syarak (takde plak tulis mufti mane benarkan..)
10. Dan banyak lg.. lupe plak aku nak scan and boh kt cni untuk berkongsi dengan sume org. hehe

Kaji selidik :
Sebagai seorang yang profesional, aku tidak bersikap skeptikal dalam menilai sesuatu. Oleh itu, pagi ni aku mula melakukan kaji selidik mengenai company tu. Disebabkan takde nama. Aku taip je "buat duit dengan kad kredit". Hasilnya mengecewakan. Ada yang kaitkan dengan uptrend la, apebenda la, kaitkan dengan bank islam pun ada gak. Aku jadi konpius. Waima demikian, yang paling menghampakan aku ialah hampir sume laman web tu tak nyatakan bisnes apa. Nama company pun takde. Just ade contact number ngan nama orang tu. Nama die plak ringkas je. Banyaknye testimoni. Tak abis2 testimoni tu, testIni sangat mengelirukan. Seolah2 ada sesuatu yang dirahsiakan. (memang la udahnye nama rahsia buat duit dengan kad kredit kn??.. tapi takkan la rahsia bebenor). Sume nak soh jumpe dlu. Apekejadahnye? kate aku..

Kesimpulan :
Aku tak tau nak cakap ape. Info tak cukup dan mengelirukan. Kat flyers takde nama company. Alamat pun takde (cakap kt PJ je.. PJ besar maa!). Bisnes macam rahsia je. Jual dadah ke? karipap ke? Jual ape aku pun tak tau... Aku nak jumpe kang die culik aku lak. (Abistu nama simple je. Manela tau kn? heheh.) Just klu ada sesapa yang penah masuk and dapat untung ribu2an tu, bley a kongsi ngn aku kt cni. Aku sangat curious. Apebenda korang jual ni sampi untung tak hengat dalam seminggu je????

Parut (Istimewa Hari Bapa)

Mase tu umur aku dalam 5 taun lbey. Milo minuman kegemaran aku. Kebetulan aritu, mak aku takde kat umah. Slalu mak yang buat milo kat aku. Aku merengek nak milo kat abah. Abah pun buatkan secawan milo taruk dalam gelas kaca bagi kat aku. Slalu mak aku boh dalam cawan plastik. Milo kaw2, sedap sekali.

Dari dapur ke ruang tamu umah ada tangga. Aku nak ke ruang tamu. Nak layan cite Thundercat. Apa barang budak2 tak tengok cite thundercat. Tiba-tiba, time naik tangga aku terjatuh. Gelas pecah. Darah membuak. Tangan aku terkena kaca. Abah panik. Bawak aku ke hospital. Hari tu aku dapat 4 jahitan luka kat ibu jari tangan kanan.

Parut luka ada sampai sekarang. Tapi aku still kacak. Parut di tangan langsung tak menjejaskan kekacakan saya. Jika aku perempuan, hantaran mesti ditolak sikit. Nasib baik aku lelaki. Lelaki anak jantan kena ada parut. Kata nenek aku pujuk.

Petang tu, mak aku balik umah membebel kat abah sbb bagi gelas kaca kat aku. Abah diam. Sesekali kalau aku tgk parut, aku teringat kat arwah abah. Aku akan menangis.

Naik II

27 May 2008
"Jangan percaya spekulasi minyak naik 1 June..Bla, bla, bla kabinet berbincang bla bla tauke minyak bla bla, petronas rugi bla bla budu tak naik bla bla beli roket bla kapal selam bla bla" - Timbalan Menteri Perdana kerajaan BolehbLAH.

1 June 2008
"Kenaikan ini tak dapat dielakkan bla bla harga minyak di negara kita paling murah di asia tenggara bla bla minyak cap kapak pun mahal bla bla bla bla minyak unta lagi mahal bla bla"- Buletin pukul 9 malam di Tivi (sambil tunjuk carta perbandingan dengan bangladesh, thailand, vietnam dan negara ntah pape.. macam biase)

"Kenaikan ini dijangka tidak membebankan rakyat bla bla bla kerajaan lama tanggung subsidi bla bla bla diguna untuk tingkat khidmat pengangkutan awam bla bla bla subsidi untuk rakyat miskin bla bla orang kaya subsidi sikit bla bla rakyat makan nasik seketul je bla bla makan pasir bley gak bla bla makan ubi kayu bla bla kopi jantan bla bla bla pemilihan Amnu Bla bla saya nak jawatan tu bla bla bla" - Menteri Kerajaan BolehbLAH.

"Ubah cara hidup bla bla bla kita terpaksa hadapi sama-sama bla bla rakyat makan seketul nasik beras hancur bla bla bla saya makan nasik berpinggan2 bla bla bla"- Menteri Perdana Kerjaan BolehbLAH.

9 june 2008
"Celaka btul diorang ni"- Kata saya sambil berlalu meninggalkn stesen minyak. RM50, minyak cukup2 je kt meter minyak. Dulu isi RM40 penuh.

Naik!!

Haak Tuihhh!!!
Apejadahnye sume ni. Aku dah jangka perkara macam ni akan berlaku. Tepat telahan aku. Tak sia2 2-3 arini aku naik komuter.
Percayalah, lepas ni sume benda akan naik. Waima kicap, sabun mandi, ubat nyamuk, ubat gegat, pensel 2B.
Nasib jadi rakyat Malaysia.

Sindrom

Dia mai dah...
Sindrom apakah yang telah melanda aku ni?
Sesekali rase macam idea banyak gile.. Sesekali nak tulis, jadi buntu dan malas.
Kalu macam ni, macamana aku nak jadi full time blogger ni..
Huh..

Mereka yang Tertewas


"Ala.. menang penalti, apa barang!", kata brother yg tu sambil cucuh rokok dunhill lagak Rosham Nor dalam filem KL Menjerit.

"Penalti pun.. menang jugak", kata sorang lagi brother tu sambil berlalu pergi.

Brother yang tengah cucuh rokok tu terpaku. Aku faham macamane pemikiran orang kalah. Haha..




Pengalaman sy menaiki komuter

Akak2 ngn makcik operator tgh blk kije mase tu. Sy mengerling sorang awek operator ni. Cun jgk. Getus hati sy. Badan solid, bergetah, muka Maya Karin. Fuhh! Dlm 20 minit berjalan tambah dgn sesat jln ikut jln jauh, smpila dkt komuter.

Hampeh pertama berlaku ble mesin duit tu rosak. Tkleh nk terima duit kertas. Apejadahnye nk byr tambang dkt rm5 kene pki duit syiling. Kate sy dlm hati smbil beratur kt kaunter.

Lps byr, tggu komuter. Org ramai satu hal, tpt duduk tkde satu hal. Jam kt screen tunjuk 1745. Sy tgk jam sy, 1530. 15 minit lg. Kate sy sambil usha awek sbelah yg tgh mkn kopok. Jam 1745, komuter tk jgk smpi, Screen plak tukar jd 1805. Sy masih bley bersabar. Mayb pakcik drebar sakit perut. Getus hati sy. Seminit sblm 1805, tiba2 screen cam palat, tukar2 lg jadi 1818, Cantik plak nombor die pilih. Sy saspek kejadian ini adalah angkara pihak ketiga. Ini tkleh jadi. Sy jadi bengang.

Tggu punye tggu, kol 1820 baru dtg. Siot btul. Mase nk naik. Lg skali hampeh. Org ramai nk mampus. Yg mcm celaka tolak2 org pun ada jgk. Pastu nk raba2 la, nk pegang tgn org la, mase ni tgn kene stay pegang dompet. Kang ada yg pjg tgn pg cilok, abis la. Bau hangit ketiak toksah cte. Blom masuk bau peluh, perfume cap ayam, bau bangkai. Campur. Paling maksimum hampeh pabila gerabak jd full. Nk bernafas, kene pki oksigen klu nk selamat. Klu tk, pitam la dgn bau tu. Aircond dh jadi mcm tahap puaka. Sy skali lg saspek dan amat yakin yg aircond rosak. Panas satu hal, berpeluh satu hal, bau toksah cte, org mcm sardin. Cuba bygkn. Mmg tahap hampeh tertinggi.

Kesimpulan
- Pengalaman menaiki komuter d waktu blk kerja adalah antara yg paling ngeri dlm hidup sy dgn waktu tk menepati janji mcm ahli politik.
- Tpt duduk tk cukup. Kesian la makcik2 tua warga emas nk duduk tkleh. Dhla tpt duduk tu dh rmi mamat2 muda belia sihat sejahtera duduk smbil buat2 tdo.
- Gerabak tk byk. Org berasak2 masuk jgk even dh penuh. Mcm sardin. Keselamatn gadis2 sunti, akak2, makcik2, nyonya2 diragui sbb ble2 mase je ada peluang utk diraba oleh mereka yg bernafsu kuda padi. Keselamatan dompet jgk bley dpertikaikn. Ada je peluang mat2 drug dan pencopet nk cilok.
- Aircond mcm celaka. Dh tau komuter slalu penuh. Tarukla aircond yg berkualiti skit. Pastu rajin2la servis.
- Sy tertanye2 d manakah duit subsidi yg ditarik aritu utk meningktkn pengangkutan awam dbelanjakn. Mcm tkde perubahan je. Sy saspek ada ketirisan disni (ceewah, ayat buku DBP tu).
- Sy cdgkn supaya menteri dan ketua KTMB naik sdiri utk merasai pengalamn ngeri ni. Barulah tau mcmane. Jgn dok main telur je kt ofis!!

Sekian dari sy melaporkn.

Kismis

1998.. reformasi tgh kuat. Org asyik berdemonstrasi sini sane. Ntah apejadah pun tk tau. Aku bajet, ramai dpd diorng hanya ikut je. Ahh.. pedulikan. Aku malas nk masuk campur. Klu ada mkn free ok gak. hehehe... Mase tu aku kt boarding school kt Perak. Exam dh dekat. Membe2 asyik dok tgk video Anwar. Dok bace buku Anwar. Dok usha2 poster Nurul Izzah. Bajet nk kawin ngn anak Anwar lah kunun. Poorah... Kalkulus pun tunggang langgang.

Aku tk layan sume tu. Aku asyik mentelaah. Ceeewah! Bajet semester ni mcm biase a 4 flat. ;) Hoho.. Smbil2 tu mkn kismis dua tiga bijik. Kismis Haron Din membe aku kate. Ntah btul ke tak. Dkt2 nk exam, cara idup kt skolah ni mula berubah bg kebanyakan student.. kismis wajib mkn 7 bijik sehari, kepala ikan tkleh main telan je, semut tkleh mkn, tkleh tgk ppuan.. nnt terganggu fokus utk pembelajaran ;p , perkataan carut2 tu takleh (rosak ati) dan byk lg... Masa berlalu, kua result, x dpt 4 flat gak. Kwn aku yg main tibai mkn kepala ikan bley plak dpt result lg tinggi dpd aku..Aku bajet aku tertengok bdk ppuan cun kelas aku tu la... hehehe

Ape yg aku melalut kt atas tu saje je...Ironinya, smalam aku g shopping complex. Terlupa kt mane parking kete. Siot btul! dkt 20 minit gak la melilau... 'dia' soh aku mkn kismis. Hoho..

Dia III

Dulu,
dia kate aku bwk kancil je,
Aritu,dia kate aku kurus sgt,
Minggu lepas,
dia kate aku pki mcm bdk skolah,
Smalam,
die kate rimas asyik sms.

Tp tahukah engkau..
aku bwk kancil sbb jimat nk bwk engkau jln2,
aku kurus sbb jimat nk blanje ko mkn mahal2,
aku tkde pakaian baru sbb nk byr baju n kasut engkau time shopping mggu2,
aku sms sbb prihatin akan engkau.

Dan..
aku mmg jimat,
aku mmg miskin,
tkde duit juta2,
tkde rumah dan apa2,
tp aku berusaha yg terbaik,
utk buat engkau gembira,
walau engkau masih merungut tiap masa..


cray(undeterminationoflife)

Surat terbuka utk Abg Lan

Assalamualaikum abg lan,
Harap2 abg lan sihat dlm menyibukkan diri Abg Lan. Abg Lan mmg sibuk sy rase, mengalahkn menteri2 negara Malaysia ni smpikn Abg Lan tk punya masa utk org yg memerlukan khidmat Abg Lan. Menteri pun ada masa nk bertekak psl hal2 remeh temeh cam isu babun dan big foot (babun tu sy reka) dlm dewan rakyat. Utk pengetahuan Abg Lan yg bz ini, smalam kami ke kedai Abg Lan, tp mcm biase, Abg Lan sgt bz hingga menyebabkn kami tertunggu2. Padahal dan2 smalam Abg Lan dh berjanji dgn kami agar dtg pkl 1 tgh hari. Abg Lan bukannye nk tepon ktorng, tp sy lak terhegeh2 idung tk mancung pipi tersorong2 tepon Abg Lan. abis kredit sy tau tk??? Siot btul! Adeke patut??
Abg Lan,
Ini bukan kali pertama abg lan menghampakan kami. Ini dh masuk kali ke 3. Kalu sekali dua, mmg kami bley konsider. Tp dh masuk kali ke 3. Dan kami bukan tunggul kayu utk tunggu je abg lan bukak kedai abg lan tu. Mcm tapir je rasenye menunggu kt lua kedai tu. Kalu ada infotaiment tkpe gak, ini bukannyye de pape pun. Apakejadahnye macam tu. Macam la kami ni desperate sgt nk amik perkhidmatan dpd abg lan. Satu lg yg sgt penting, kami ni customer, bukannye kuli abg lan. Abg lan bley je wat layan tak layan je ngn kami. Ape abg lan ingt sy takde duit ke?? Or abg lan ingat kedai abg lan tu artis2/ menteri slalu wat tempahan? tolong skit he... jauh panggang dr api sy rase... org2 mcm kami ni la yg ramai dtg. Huh
Abg Lan,
Mulut abg lan mmg manis. Tp tk tau la. Sy dh menyampah sgt. Kedai abg lan mmg menyediakan perkhidmatan yg murah. Tp klu servis mcm celaka!! Mmg hampeh jugak. Tk kemana abg lan oii!Taukah abg lan yg salah satu sifat org munafik ialah pabila berjanji, die mungkiri. Hmm.. abg lan mesti bley pikir sdiri kn? Sy bukanlah nk menuduh abg lan yg bukan2 tp abg lan telah menyakitkn ati kami. Abg lan telah hampir2 memutuskn silaturrahim org yg ingin bina masjid. Apakah abg lan tk takut?? org yg pnah g mekah mcm abg lan ni sy rase mesti ada keimanan yg kukuh dan tau buruk baik perkara ini.
Abg Lan,
Saat ini.. sy dh konsider utk tk berurusan lg dgn abg lan. Even lalu dpn kedai abg lan pun sy dh menyampah. Sy dh nk cari org lain. Ktorng malas dh dgr janji2 manis abg lan. Murah mmg murah tp servis mcm celaka. Harapkn mulut manis je... klu ktorng amik gak servis abg lan, mmg cari nahas kami rase. Abg lan dhla tk menepati janji, tk punctual, bermulut manis ckp dpn lain ckp blakang lain... mmg hampeh tahap max la. So, ktorng tk kisah bersusah2 skit cr yg lg baik dpd abg lan.. boleh blah abg lan. Satu lg, klu mcm ni la caranye, sy tk pikir bisnes abg lan akn maju. serius!! babai!

Yg amat bengang,
En. crayon dan pasangan.

Kawan aku

Dedulu kala.... Kwn aku. Grad pn x lg. Alih2 tepon aku, nk kawin.
Setaun sblm tu... Kwn aku tu. Grad x lg jgk. Die tepon aku, nk bertunang.
Lama sblm setaun tu... Kwn aku tu lg. Grad mmg of course x lg sbb die baru masuk U. Die tepon aku, die beli kete. Cash!!
Beberapa lama lama sblm setaun tu... Lagi2 kwn tu. Grad jauh sekali sbb baru pas SPM. Die tepon aku, die dpt pegi Jepun.
Slalu2 mase blk Mesia... Kwn aku tu lg skali. Die slalu tepon aku. Aku jumpe die. Die msti beli mcm2. Ipod, Laptop, Henset. Sume Cash. macam2 die beli. Aku melopong tgk.
Baru2 ni... kwn aku tu. Die tk grad gak lg. Die tepon aku. Dh blk Mesia. Die dh dpt anak.
Baru2 kepada baru ni... kwn aku tu jugak. Die tepon aku lg. Nk g Jepun smbng blaja lg. Grad dlu blm lg.

Dlm otak aku ada satu benda je bermain2- byknye duit ko wahai kwn... ko still blaja. Bley beli kete cash, beli benda elektronik mcm2, bertunang, kawin, ada anak bini utk kene sara. Adakah ko sgt kaya???.. aku punyela tercari2 duit utk kawin ni. Mungkinkah org blaja kt oversea sgt kaya? Alahaii....

Arkib